Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Tunang...

Bismillahirrohmanirrohim...

Malam tadi semasa bertweet dengan rakan-rakan di twitter,gua terbaca satu tweet lamaran dari seorang lelaki kepada seorang wanita yang ditulis di Twitter Timeline...

Lamaran yang biasanya diutarakan oleh lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga bersama idaman hatinya...sungguh menyentuh perasaan...

Aku juga pernah melakukan hal yang sama..tetapi di dalam telegon bimbit...dan tahukah kamu akan hukum lamaran tersebut?

Lamaran itu mungkin remeh pada pandangan manusia lain..tetapi tidak pada pandangan aku...lamaran yang bersifat serius...menggambarkan keikhlasan hati sang pelamar..bukan benda yang bisa dibuat main...

Misal kata lamaran tersebut ditolak..sudah pasti akan ada hati yang kecewa...ataupun lamaran tersebut dibuat mainan seperti yang pernah dialami oleh seorang artis wanita beberapa tahun dahulu...kalau tak silap aku nama dia Fiffy... *betulkan kalau aku salah*...

Hukum lamaran itu bila dipersetujui oleh yang dilamar dan disaksikan oleh saksi-saksi yang baligh dan berakal..maka telah terjatuh hukum pertunangan...dengan lain maksud...tiada pihak ketiga harus mengganggu gugat si yang di lamar sementelah dia sudah menerima lamaran si pelamar...walaupun tidak secara rasmi megikut adat seperti cincin tanda..bla bla bla....

Maka wajib bagi keduanya memegang teguh dan memelihara tali pertunangan yang telah dipersetujui...kerana jika tidak...ia umpama permainan syaitan untuk menyesatkan anak-anak adam...

Pertunangan hanyalah selangkah dari penyatuan antara dua hati melalui akad nikah yang sah...begitu pentingnya pertunangan dalam konteks pembinaan keluarga dalam Islam...walaupun perkahwinan adalah yang paling digalakkan dan paling wajib...tetapi tanpa pertunangan siapa sahaja boleh mengacau perhubungan di antara dua insan yang berimpian untuk hidup bersama...

Kerana itu dalam Islam telah mensyariatkan betapa haram untuk lelaki lain melamar wanita yang telah dilamar oleh lelaki lain sebagai tunangannya...

Walaupun begitu...pertunangan adalah sunat untuk dirahsiakan...berbeza dengan perkahwinan yang digalakkan untuk dihebahkan...

Wallahua'lam...

Maha Suci Allah yang mengatur kehidupan manusia dengan sebaik-baik ketetapan...


1 Komentar untuk "Tunang..."

apa ayat yang menyentuh hati tu?

share la sikit..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD