Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL - SUATU KISAH

Bismillahirrohmanirrohim...

Alhamdulillahirobbil'alamiinn...syukur kepada pemilik apa yang di langit dan apa yang ada di bumi. Genap sudah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan. Antara percaya atau tidak, bagi mereka yang berpuasa, tempoh masa ini bagaikan sekejapan cuma. Rasa seperti masih tidak berpuas hati lagi dengan tempoh seperti ini. 

Ketika ramai yang merungut akan beratnya bebanan berpuasa. Ada ramai yang senang hati malahan gembira dengannya. Siapakah mereka? Marilah kita sama-sama mengetahuinya.

1. Peniaga Pasar/Bazar Ramadhan - tempat jualan segala jenis makanan dan minuman. Lihat betapa ramai yang mampu memperolehi rezeki segera dengan kemunculan bulan Ramadhan ini kan?

2. Peniaga Expo Ramadhan - yang kebiasaannya perniagaan mereka seperti hidup segan mati tak mahu, sukar untuk mendapat keuntungan yang lebih tetapi dengan munculnya bulan Ramadhan, rezeki mereka melimpah ruah bagaikan hujan emas turun dari langit. Bukankah itu sangat baik bagi kaum muslimin yang berniaga?

3. Tauke mesin jahit - sudah pasti ramai tauke mesin jahit yang mendapat keuntungan kerana semakin hampirnya Ramadhan, semakin ramai yang akan membeli mesin jahit untuk menjahit pakaian mereka. Ini tidak termasuk lagi jumlah mesin yang perlu diservis dan dibaikpulih. Hiks...

4. Tauke Kedai Pakaian - Sebut sahaja Kamdar, Gulatis, Andromeda, atau mana-mana sahaja kedai pakaian sudah pasti mendapat keuntungan yang besar menjelang tibanya syawal.

5. Tauke Kedai Kasut Lelaki dan Wanita - Yiha! siapa yang mahu beraya dengan selipar jepun dan kasut lama kan? Hiks!

6. Tauke Mercun dan Bunga Api - Sudah pasti tidak ceria acara sambutan Syawal tanpa mercun dan bunga api bak merayakan Tahun Baru Cina kan? Hiks...


Hanya itu sahaja yang ada dalam fikiran pendekar. Kalau anda punya pandangan lain, beritahulah di dalam ruangan komen ya.

Dan yang satu ini adalah yang paling gembira di antara yang paling gembira pada Bulan Ramadhan. Mereka ialah para mukminin yang mencari dan memburu pahala sebanyak-banyaknya di bulan Ramadhan. Mereka juga adalah mukminin yang memburu bonus seribu bulan di bulan Ramadhan. Bila merasakan ketibaan malam Lailatul Qadar, jiwa mereka sayu dan sepi sekali. Perasaan hiba yang tidak mampu diungkapkan menyebabkan mereka menitiskan air mata. (*Fakta : Lelaki sangat sukar untuk menangis kecuali dalam dua keadaan. Paling Sedih dan Paling Gembira* )

Dan sudah semestinya yang paling gembira di bulan Syawal adalah SYAITAN DAN IBLIS...Yihaaa!

Apa-apapun di kesempatan ini pendekar nak ucapkan salam Seindah Syawal kepada rakan-rakan, musuh-musuh, peminat-peminat (bajet retis), dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini dengan ucapan. Minal Aidin Wal Faidzin.... 

SALAM 'IDULFITRI AL-MUBARAK....mohon ampun dan maaf kepada para pembaca yang terasa, tersinggung, terkasar bahasa, termaki secara sengaja ataupun tidak dan dengan perangai penghuni neraka telah menyakiti sesiapa. Pendekar mohon ampun dan maaf dari lubuk hati terdalam dari anda sekalian. Marilah kita sambut salam perpaduan ummah Islam. Lupakan perbezaan pada pendapat dan pemikiran. Marilah kita dahulukan Ummah dan Keharmonian ummah kita seupaya kita bisa jadi lebih kuat dan tidak mudah diperkotak-katikkan akan akidah kita oleh orang lain.


Assalamu'alaikum warohmatullaahi wabarokatuhu....


-Pendekar Berkuda-
1 Komentar untuk "SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL - SUATU KISAH"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD