Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

#Merdeka55 : Erti Sebuah Kemerdekaan

Aku menulis untuk menyatakan pendapat dan meluahkan rasa hati sendiri...itu lah erti merdeka bagi aku dalam dunia penulisan.

Ramai orang tidak tahu erti merdeka. Sama ada mereka tahu menghargainya ataupun tidak.

Siapakah yang tidak merdeka bilamana dia boleh lepak sampai ke pagi di kedai mamak sambil tengok bola?

Siapakah yang tidak merdeka bilamana dia boleh dapat apa dia nak kalau dia berusaha?

Siapakah yang tidak merdeka kalau dia boleh tengok wayang kegemarannya tanpa siapa halang?

Siapakah yang tidak merdeka kalau dia boleh cuti lama-lama bergaji penuh?

Perempuan manakah yang tidak merdeka kalau dapat cuti 3 bulan bergaji penuh sebab mengandung?

Lelaki manakah yang tidak merdeka kalau boleh masuk disko-disko atau kelab malam tanpa siapapun halang?

Pelajar manakah yang tak merdeka selepas habis peperiksaan terakhir mereka?

Peneroka manakah yang tak merdeka kalau dapat duit dari langit sebab usaha mereka sendiri? Yang mereka langsung tak pernah fikir mereka akan dapat?

Tidak merdekakah kita kalau bebas nak online 24jam tanpa ada yang marah?

*sigh*

Di sebalik semua itu..masih ada lagi puak politiking tak sedar diri hanya mahu berpolitik 24jam mempersoalkan itu dan ini tindakan orang lain...

Apa salahnya kalau buat benda yang lebih berfaedah instead of kau pergi tunjuk hero hebat kat depan ramai...macam kau dan puak-puak kau adalah satu-satunya golongan yang wujud dalam negara ini?? Gituu??

Apa salahnya kalau kau taknak sokong sambutan kemerdekaan tu kau buat sesuatu yang lebih baik..cuci jamban ke...cuci kereta ke...cuci longkang rumah ke..cuci masjid ke...cuci rumah ibadah...haa gituu...kan bersih nanti tu??

Ini tidak..sibuk nak tunjuk hero...padahal hero untuk diri sendiri dan keluarga pun fail....boooo....

Salam Perjuangan... Selamat Hari Merdeka ke 55!!

\(^_^)/ Yay!


0 Komentar untuk "#Merdeka55 : Erti Sebuah Kemerdekaan"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD