Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Antara Pemimpin Yang Buat Kerja dan Tidak

Bismillahirrohmaanirrohiimm...

Lama tak lama rasanya tak update blog ni. Bagaikan hidup segan mati tak mahu. Hendak tak hendak haruslah update. Kata blogger kan?

Baiklah..berbalik kepada tajuk. Malaysia sekarang mengalami sindrom Pilihan Raya Umum yang bakal diadakan bila-bila masa sahaja lagi. Ada yang bilang lepas raya haji. Ada yang bilang bulan November. Tapi firasat aku kalau tak bulan Oktober bulan November. Semua berdasarkan pemerhatian aku pada pola pilihanraya umum sebelum ini.

Dan sudah pasti masa pilihanraya umum nanti,calon-calon pilihanraya adalah yang paling mendapat perhatian. Sama ada dari parti komponen Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat (aku musykil kenapa guna nama rakyat?).

Dan sudah pasti pemimpin yang paling banyak cakap, paling selalu beramah mesra dengan rakyat akan diutamakan dalam pemilihan di samping faktor kepimpinan pemimpin itu sendiri.

Bagi aku yang lebih cenderung kepada kerajaan yang memerintah sekarang. Aku masih tidak lupa akan pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan kemenangan Barisan Alternatif yang kata depa adalah manifestasi tanda sokongan rakyat kepada depa.

Padahal hakikat bahawa majoriti pengundi BN memboikot ataupun mengundi parti lawan disebabkan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun).

Itu mereka tidak sedar. Tetapi bagi aku yang banyak mengikuti perkembangan pemerintahan dan politik tanah air, sudah pasti aku tidak lupa akan peristiwa ini yang menyaksikan UMNO bukan lagi menjadi satu parti dominan di Semenanjung Tanah Melayu.

Sedar atau tidak, peristiwa ini telah menyebabkan tiang perpaduan umat Islam menjadi begitu rapuh dan menanti masa untuk runtuh. Kerana umat Islam di Malaysia di bina oleh kaum Melayu. Dipasak tiang serinya oleh adab pekerti Melayu. Di hias seni binanya dengan sopan santun Melayu.

Kini tiang ini begitu rapuh kerana adanya golongan fanatik hukum Allah. Adanya golongan fanatik liberalisma agama. Yang kedua-duanya mencari salah pemimpin yang bersederhana dalam menjaga kemashlahatan ummah dan negara.

Semua ini tidak termasuk pemimpin kaum munafiq,kaum kafir,kaum penyembah berhala dan sebagainya yang sudah pasti sangat memusuhi akan perpaduan umat Islam.

Kini Tanah Melayu, sedar atau tidak, pegangan mutlak kaum muslimin dalam negara ini bagi setiap kerusi tidaklah sampai dua pertiga dari jumlah kerusi yang ada.

Hanya apa aku harap, pada pilihanraya umum yang bakal berlangsung nanti, mudah-mudahan kita semua sebagai umat Melayu akan memilih pemimpin di kalangan kaum muslimin juga. Tidak kira daripada mana parti yang mereka wakili. Asalkan tidak rendah moralitinya.

Kerana dari situlah jika kita mampu mencapai majoriti 2/3 dalam Parlimen, hukum Allah mampu dicadang-dibentang-dibahas-dan-diwartakan seperti apa yang kita semua hajati selama ini.

Insya Allah...kata mahu masuk syurga kan?

Salam Perjuangan.. (^_^)


0 Komentar untuk "Antara Pemimpin Yang Buat Kerja dan Tidak"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD