Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Rosmah Mansor - Aset atau Liabiliti?

Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansor adalah individu yang menjadi perhatian rakyat dalam negara sejak dua menjak ini. Kredibilitinya terus dipersoalkan oleh rakyat kebanyakan.

Yang paling pasti adalah serangan bertali arus dari kelompok berpendidikan agama sama ada di dalam ataupun di luar kerajaan. Serangan yang berlaku ini tidak pernah berlaku terhadap mana-mana isteri mantan Perdana Menteri sebelumnya. Namun persoalannya di sini, apakah beliau satu aset atau liabiliti kepada kerajaan dalam menentukan kelangsungan pemerintahan negara?

ASET

Tidak diragui lagi dengan kemampuan beliau untuk menarik perhatian masyarakat terhadap isu-isu sosial dan pembangunan masyarakat. Dengan sifat penyayang yang tinggi, beliau sanggup ke sana ke mari untuk membantu mempromosikan cara hidup positif di kalangan rakyat.

Ketika ramai mak datin-mak datin lain lebih selesa terperuk di pusat-pusat kecantikan,spa ataupun di kelab-kelab mereka sendiri...beliau sebaliknya mengutamakan masyarakat dengan mempromosikan PERMATA,PEMULIHAN REMAJA BERMASALAH dan sebagainya yang berkaitan dengan khidmat sosial...

Sesuatu yang kamu tidak akan mampu untuk lihat di kalangan mana-mana pemimpin pembangkang.

Meskipun diserang dari segenap penjuru dengan fitnah dan tohmahan kejam lagi tidak masuk akal oleh pemfitnah-pemfitnah anti-kerajaan yang didalangi oleh penyokong pembangkang sehinggakan namanya dipersenda di mana-mana seperti kewujudan hastag #GantiTajukFilemDgnRosmah di Twitter..gambarnya di photoshop dalam posisis yang menghina.. Tuduhan palsu cincin RM24juta yang sebenarnya hanyalah untuk tujuan pameran...dan pelbagai lagi fitnah jahat manusia yang berhati busuk dan berhasad dengki kepadanya...

Namun syukurlah beliau tidak melenting sedikitpun ke atas fitnah dan tuduhan jahat syaitan bertopeng manusia tersebut. Malah wanita yang penuh sifat kasih sayang ini hanya tersenyum tatkala di caci hina sedemikian rupa...

LIABILITI

Tidak dinafikan sumbangan beliau terhadap masyarakat Malaysia khususnya dan dunia umumnya. Penglibatan beliau dengan aktiviti-aktiviti masyarakat antarabangsa juga wajar dipuji....

Tetapi bak kata orang tua-tua...dalam sebiji durian, tak semuanya elok dan boleh di makan...begitu jugalah dengan Datin Seri Rosmah..tidak semua apa yang beliau lakukan itu betul dan baik untuk kerajaan dan negara.

Ulasannya terhadap penyebab kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun telah menyebabkan Malaysia mendapat malu besar. Ulasan tersebut menjadi penanda aras kepada tahap pemikiran beliau oleh kebanyakan orang..yang merujuk betapa beliau tidak rajin untuk membaca...

Dan yang pasti yang paling menarik perhatian ramai dari dulu sehingga sekarang sudah pastilah tindakannya untuk tidak memakai tudung labuh bak muslimah PAS dan menayangkan rambutnya yang mengembang itu..

Itu adalah satu LIABILITI kepada sekalian penyokong barisan nasional terutamanya UMNO kerana dalam apa-apa perdebatan sekalipun,sudah pasti isu Rosmah tidak bertudung akan terus di ungkit...liabiliti ini akan melemahkan kemampuan penyokong kerajaan untuk menjawab segala isu yang berbangkit khususnya yang berkaitan sama ada kerajaan ini memperjuangkan Islam atau tidak...

Liabiliti Rosmah terhadap kerajaan sangat besar kesannya kepada cara untuk menarik pengundi ke arah menyokong kerajaan. Terutamanya pengundi melayu yang semestinya meletakkan Islam sebagai yang perkara paling utama...

Tetapi sudah pasti Rosmah tidak akan mahu mendengar...Najib Razak tetap tidak mahu isterinya taat kepada perintahnya...jika begitu..kita pung pang pung pang celah manapun...depa tetap akan berkata....

"KUBUR LAIN-LAIN!"

Arrrgggghhhh!!! Pusing kepalaku!!

Isteri yang mengingkari amanah untuk menjaga maruah suaminya adalah isteri yang DERHAKA. Dan tempat mereka adalah di neraka! Kalian semua pun sama..jangan rendahkan maruah suamimu tahu?

0 Komentar untuk "Rosmah Mansor - Aset atau Liabiliti?"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD