Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

Blogger Yang Celaka.

Tajuk memang sengaja aku bikin panas. Tak perlu berbasa basi nak pakai bahasa indah permai mengusik syahdu. Kerana ia akan lari dari apa aku mahu lakar. Pada hamparan entri untuk blog yang lapar.

Ah! Persetankan sahaja. Bukan mudah untuk aku menulis. Sementelah ramai yang akan terasa pada apa yang akan aku tera. Pada kesat bahasa yang mungkin akan aku bicara. Kerana jika tidak. Kau tidak akan mampu menerima. Betapa kejam dunia dan segala isi-isinya.

Berbalik kepada tajuk yang aku tera. Blogger yang celaka itu apa makna? Jika kamu mahu aku huraikan definisinya. Tunggu sahaja hingga kamu habis baca.

Aku lihat ramai blogger. Dari yang biasa sampai yang berkerjaya makan gaji buta. Bukan sedikit aku lihat. Ramai antaranya yang kamu sanjung puja. Puih! Jika dulu mungkin mereka kawan dan sahabat. Tetapi jangan kerana mereka kawan dan sahabat kau bikin mata jadi buta. Hanjing berak di hujung taman kamu baling batu halau jauh. Kucing berak di dalam rumah kamu sanggup kamu cuci basuh.. Bukankah itu janggal?

Aku lihat ada blogger punya kerja. Istimewa kerana mereka kerja sama kamu punya negara. Mereka menulis mencaci hina..padahal mereka dapat wang dari siapa yang beri mereka kerja!

Omong mereka. "Ini rezeki dari Tuhan. Bukan dari kerajaan."

Puih! Banyak lagi rezeki Tuhan. Tapi kau pungut juga tawaran kerja kerajaan. Kau ludah muntah ke langit lepas...tapi jatuh ke muka kau jilat licin tanpa malu satu apa! Dasar manusia munafik!

Dalam diam kau hina..kau kutuk..kau keji...kau khianat...amanah yang diberi sama kau oleh orang lain...kau tentang kerajaan yang beri kau kerja buat tanggung anak bini..kau guna harta kerajaan untuk update kau punya blog kasi meletup bom bom bom... Kau mencuri masa kerja...tapi kau guna hadis segala bagi untuk nengelat..."tak mengapa..tiada salah satu apa..."

Puih! Dasar manusia letak otak bawah dia punya tapak kaki! Kau bilang kau pejuang Islam? Islam untuk menumpahkan darah? Perjuangan Islam apa lagi di sini? Bukankah semuanya hanya tinggal dakwah? Islam sudah ada..cuma pengisian sahaja yang kurang..kerana itu kau lihat munafik merata..murtad bermaharajalela...masalah sosial jadi bala..

Puih! Dari dahulu aku perhati kau semua...aku lihat pada ramainya yang jadikan kau bahan puja...aku perhati saja cara kau menganjingkan manusia lainnya.. Aku perhati saja betapa kau mahu dipuji-puja konon kaulah yang paling sempurna dari semua. Sedang hakikat kau punya hati yang busuk bak bangkai kau tidak tahu pula.

*sigh*

Aku sudah lama ingin luah apa aku rasa...sudah lama! Tapi aku pendam kerana mahu beri kau peluang untuk berubah dan menginsafi diri...

Tapi bukan itu aku lihat. Malah kau makin galak menganjing dan menikam belakang tuan yang beri kau dia punya percaya. Bukankah itu biadab pada nama???

Dasar blogger celaka..beri makan perut dengan wang curi dari amanah yang diberi oleh kau punya ketua.. Dasar blogger tidak sedar di untung... Kalau hudud itu ada..kau sanggup tidak kena potong tangan??

Puih! Berbicara bak ayam jalak...kokok tinggi-tinggi...tapi ekor penuh tahi...

Moga kau bukan di kalangan penghuni neraka!

Titik pada aksara.


6 Komentar untuk "Blogger Yang Celaka."

Assalamualaikum wbth...
Nice post....
Berkunjung buat kali pertamanya di blog pendekar...

Salam kenal.....
dari TiranaAduka

hoiii babi.....diam la....memekak tak habis2

kau pun same.. termasuk dalam blogger yg celaka... jgn sibuk nak mengata org kalau diri sndiri pun camtu.

sungguh mendalam maksud penulisan ini.

bende ko mencarut ni.haih.

pasal blogger umno dibayar gaji tu ape cer ? umno gune duit sapa toww bayar blogger2 kaki fitnah depa?

hadeh... memang layak tuan bergelar pendekar berkuda. bukan calang-calang marahnya membara. Ya ampun... moga hamba tidak menjadi seperti blogger yang tuan perkata. Mohon maaf hamba ke sini mencari tutorial nuffnangs hamba, tiba2 terlihat entri ini lantas tertarik hati nak membacanya

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD