Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

SEJARAH PAS A.K.A PARTI ISLAM SEMALAYSIA

bismillahi...ya rahman...ya Rahim....

ini adalah kisah sejarah..bermula beberapa delad nan lalu...

Parti islam semalaya... atau kini dikenali sebagai parti islam semalaysia adalah pertubuhan politik yang ditubuhkan di bawah undang-undang sekular zaman british... matlamat pihak british adalah jelas...untuk memisahkan umat islam melayu kepada dua...dasar tinggalan penjajah ini telah mengakibatksn perpecahan di kalangan umat Islam melayu.... sedangkan hakikatnya....penubuhan umno adalah hasil gerakan perpaduan hampir seluruh umat islam melayu untuk memelihara kedudukan raja-raja dan agama islam... dan untuk menentang ketidakadilan yang dilakukan oleh pihak British terhadap bangsa melayu dan umat islam di malaya.... pertubuhan inilah yang menjadi duri dalam daging terhadap usaha untuk menyatupadukan umat islam dan melayu di negara ini seperti yang telah dikehendaki oleh pihak british...

hasilnya...seperti yang kamu dapat lihat sekarang inilah....

dan walaupun umat islam melayu itu semakin bijak...namun sebenarnya mereka semakim bodoh...seperti sabda Baginda Sollallahu 'alaihi wasallam... "Allah tidakhilangkan ilmu itu sekaligus dari anak adam...tetapi Dia menghilangkannya dengan mematilan alim ulamak...."

jadi sesiapa sahaja daripada golongan yang konon-kononnya pejuang agama ini yang mengatakan bahawa umno parti sekular...kamu beritahulah pada mereka akan fakta ini...kerana rata-rata mereka adalah buta fakta dan sejarah... jika kalian bilang bodoh pun tiada apa...


dan satu lagi tanda kebodohan yang nyata daripada para pejuang tinggalan penjajah british ini adalah... apabila merela menyatakan bahawa umno adalah parti bangsa... mementingkan bangsa dan puak-puak... assobiyyah... sedangkan faktanya adalah... ahli umno terdiri daripada pelbagai kalangan... india muslim pun boleh masuk umno dengan menggunakan gelaran mamak...cina muslim pun boleh masuk umno... rakyat di sabah juga boleh masuk umno... semuanya boleh...asalkan dia seorang islam...tetapi hakilatnya tidak ramai yang menyedari perkara ini... termasuk ahli umno sendiri...sehinggakan mereka jadi sama sahaja bodohnya dengan kumpulan yang mereka hadapi ini...
i
akibatnya bila di bawa berhujah....maka mereka akan ketinggalan banyak isi isi penting... a
sehinggakan merea sendiri tewas akibat kebebalan mereka sendiri...


dan bagi aku... untuk melaksanakan hukum Allah itu mudah sahaja.... jama'ah... satu jama'ah.... insyaAllah kita akan kuat... kita akan mampu membuat apa-apa keputusan bersama... asalkan sahaja semua pihak mahu mengetepikan kepentingan diri untuk memenuhi keinginan nafsu gila kuasa dan pangkat yang dimahukan....
1 Komentar untuk "SEJARAH PAS A.K.A PARTI ISLAM SEMALAYSIA"

Salam Pendekar Berkuda,

Saya nak betulkan sedikit kenyataan PB bahwa "..ahli umno terdiri daripada pelbagai kalangan... india muslim pun boleh masuk umno dengan menggunakan gelaran mamak...cina muslim pun boleh masuk umno... rakyat di sabah juga boleh masuk umno... semuanya boleh...asalkan dia seorang islam...tetapi hakilatnya tidak ramai yang menyedari perkara ini... termasuk ahli umno sendiri...sehinggakan mereka jadi sama sahaja bodohnya dengan kumpulan yang mereka hadapi ini...

akibatnya bila di bawa berhujah....maka mereka akan ketinggalan banyak isi isi penting... a
sehinggakan merea sendiri tewas akibat kebebalan mereka sendiri..."

Sebenarnya kenyataan PB itu kurang tepat, ini kerana mengikut Fasal 5 Perlembagaan Umno berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya. Ini bermakna hanya orang Melayu dan Bumiputra (termasuk Siam Buddha di Semenanjung dan Bumiputra Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menjadi ahli Umno, tapi orang India Muslim dan Cina Muslim tak boleh jadi ahli Umno kecuali India Muslim yg bergabung sebagai ahli Kimma.

MASIH ingat lagi John Ghani? Beliau ialah perwakilan Umno Sabah beragama Kristian dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.

Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.

Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.

Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.
Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.

Oleh itu kenyataan PB bahawa "Cina muslim pun boleh masuk Umno... rakyat di Sabah juga boleh masuk Umno... semuanya boleh...asalkan dia seorang Islam" tak tepat sama sekali.

Apa pun saya menyokong kenyataan PB "...akibatnya bila di bawa berhujah....maka mereka akan ketinggalan banyak isi isi penting... sehinggakan mereka sendiri tewas akibat kebebalan mereka sendiri..."

Betul kata PB, memang ramai antara kita yg bebal dengan fakta-fakta sejarah dan perlembagaan hingga akhirnya kita tewas dalam berhujah....

Maafkan saya kerana membuat pembetulan di atas kesilapan insan biasa dan lemah seperti kita...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD