Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

[ Syahdu ] LUAHAN HATI SEORANG INSAN UNTUK SEMUA MAHASISWA DAN PELAJAR

Bismillaahirrohanirrohim...

Patah kata yang tersusun indah sudah pasti akan menenangkan jiwa. Patah kata yang teratur dengan kalimat keterujaan sudah pasti akan membangkitkan semangat dan rasa...

Terima saja hakikat bahawa penulisan bisa mempengaruhi jiwa. Dan apa yang mahu pendekar kongsikan di sini kali ini adalah luahan hati dan nasihat seorang insan biasa kepada sekalian mahasiswa dan pelajar di mana-mana sahaja...Jadi...hayatilah setiap patah katanya ya...

"adik-adik ku sekalian.....berfikirlah sejenak....dari mana kita semua mula merangkak belajar alif ba ta, nombor 123..huruf abc....bagaimana rupa kita pada hari pertama kita mendaftar sebagai seorang mahasiswa/mahasiswi institut pengajian tinggi/pendidikan yg amat diimpikan oleh setiap pelajar lepasan sekolah menengah....kenapa pada hari ini, tiada lagi kesedaran dalam diri? di mana di sembunyikan tatasusila?di mana di sembunyikan rukun negara yg sering dilaungkan?

semua ibu bapa amat mengharapkan dapat melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran....tamat pengajian dengan cemerlang....tanpa ada diselitkan unsur-unsur negatif yang sering merasuk disekeliling anak-anak ini....menitis air mata setiap insan yang ingin melihat keamanan di Negara Malaysia kita yg tercinta ini....adakah pernah terfikir ada lagi adik2 kalian yg masih kecil yang sedang berusaha untuk ke menara gading seperti kalian?...bagaimana masa depan mereka nanti jika mereka melihat keadaan di sekelilingnya sudah begini?....

sering kita laungkan keamanan, kebebasan, ketelusan....tapi adakah kita pernah melaungkan syukur atas apa yang telah kita kecapi selama ini?...adakah kita pernah melaungkan syukur atas kejadian kita pada hari ini?..kita semua sama adik-adik ku....semua bermula dari tangisan yang amat kecil ketika dilahirkan oleh ibu kita yg bertarung nyawa demi utk anugerah Allah SWT yang tidak ternilai....kita tidak terus jadi dewasa/besar begini kan?....menuntut ilmu satu tanggungjawab...amanah utk setiap insan yang bergelar pelajar.....

Maka laksanakanlah tanggungjawab/amanah itu...beristiqamah dalam setiap perkara yg setiap hari akan kita hadapi pelbagai macam warnanya.......demi ibu bapa tersayang, demi keluarga tersayang, demi masa depan, demi Negara Malaysia..tanah kelahiran kita..yg kita duduki dari lahir hingga sekarang....yg kita duduki dgn aman, selesa, bahagia, tiada pun ledakan bom semasa kita sedang berbahagia berkumpul bersama keluarga (nauzubillahuminzaliq)......fikirkanlah adik2ku.....di mana pun kita berada....Allah Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...hanya sekadar untuk berkongsi, tiada maksud lain selain utk manfaat bersama.....jazakallah~ " - by anonymous

Jadi...fikir-fikirkanlah ya...selamat beramal...

Dan jangan lupa tonton video ini...seorang ibu yang kecewa terhadap anaknya....



Salam perjuangan dari Pendekar Berkuda
4 Komentar untuk "[ Syahdu ] LUAHAN HATI SEORANG INSAN UNTUK SEMUA MAHASISWA DAN PELAJAR"

Bila Ummi Hafilda bawa ibunya yg sudah uzur itu mengutuk Azmin Ali, riuhlah TV kerajaan dan akhbar pro-kerajaan berkicau. Tapi bila Allayarham Hj Ali menulis surat tidak mengaku Ummi sbg anaknya kerana penderhakaannya terhadap keluarga sejak sekian lama, cerita itu tak pernah disiarkan pula oleh mana2 stesen TV dan akhbar. Begitu juga bila Azwan 2 hari lepas memanggil adiknya sbg "bangkai" kerana sering mengambil tindakan yg menyusah dan memalukan keluarga, ia juga tak disiarkan. Malah bila Azmin mengeluarkan kenyataan membela dirinya, ia juga tak disiarkan dlm mana-mana siaran TV dan akhbar.

Rakyat semakin cerdik. Mereka mahu melihat sesuatu dari semua sudut dan bila mereka dipaksa mempercayai sesuatu hanya dari satu sudut gelap, mereka pasti tak mempercayainya. Rakyat sudah cerdik dan sayang sekali kebanyakan pemimpin tidak menyedarinya. Sebab itulah 400,000 org menyertai Bersih 3.0, bukan semua mereka menyokong parti pembangkang, tapi mereka mahu tunjukkan protes: "jangan perbodohkan kami lagi..cukuplah,cukuplah!"

Begitulah bila manusia dlm keadaan terdesak, tujuan menghalalkan cara. Kesiannya umat Islam Malaysia, maruah dan seks dijadikan agenda utk mempertahan sebuah kuasa. Kesiannya...

hmm betol ape yg cik anon tu ckp..

@semutapi..bikin kelakar sungguh...kau tahu kenapa Allahyarham Haji Ali menulis surat itu? kerana Ummi Hafilda mengatakan perkara yang benar! Sangat benar! Sehingga memalukan keluarga..sedangkan jika tidak diberitahu kepada umum, sudah pasti ianya akan memberikan mudarat yang lebih besar! Dan ummi hanya menyerang Azmin,Anwar, dan Azizah...dia mahu berkata benar...akan kebejatan mereka ini yang berselindung di sebalik perjuangan...tetapi mempunyai kepentingan yang tersendiri... Woahha!

Dan bila kau kata 400 000 orang join bersih...gila...aku sungguh terperanjat!! Sedangkan bapak besar kau sendiri bilang 300 000 orang yang join bersih...tapi hakikat yang nyata, mengikut penganalisis adalah sebanyak 20 ribu sehingga 30 ribu orang...itu belum lagi tolak orang KL ataupun pelancong ataupun orang yang keluar jalan-jalan ke KL...yang terperangkap dalam bandar... Sebab tu lah Anwar nak sangat buat kat jalan...tak mahu kat stadium...sebab takut sangat tak ramai yang akan join...

Tapi..aku sangat salut dengan kau...sebab sangat hebat dalam memutarbelitkan fakta di sebalik bahasa indah yang kau guna...

Maruah dan seks??? 9bulan Azmin tak menjenguk mak dia...tak bagi anak dia makan kat rumah mak dia?? Kau ingat apa?? Aku harap...anak kau takkan buat macam tu kat kau bila kubur dah panggil kau nanti... Mudah-mudahan... Amin...

Sebelum ini, aku sangat hormat kat kau...tapi akibat perkataan kau sendiri...rasa hormat aku hilang bagai di saput ribut taufan...sekelip mata sahaja...

Jadi maafkan...jika bahasa yang aku guna sangat kurang ajar...

Klu lah penyokong PR tau sape yg dieorg nk angkat jadi pemimpin yg sebenarnya..Allahuakbar..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD