Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BILA TOK GURU KATA WAJIB PERGI BERSIH.....DOT...DOT...DOT....

Bismillahirrohmanirrohim...

Pendekar tak mahu hipokrit...memang sejak dua menjak ini hati selalu menggelegak...syaitan sering menggoda untuk melepaskan amarah...sehingga lemah gemalai bahasa bukan lagi pegangan...atur susun kata bukan lagi indah seperti selalunya... ya...syaitan itu sangat hebat dalam menggoda...hakikat yang nyata seperti itulah....

Dan berbalik semua kepada tajuk asal...Bila Tok Guru kata wajib pergi bersih...apa jadi?? Mari kita fikir guna akal...bukan guna emosi...setuju tidak??

Tok guru..adalah lambang satu taraf yang diberikan pada dia kerana ilmunya...bukan kerana sikapnya...tetapi kerana ilmu yang dia ada...setiap patah katanya di anggap bagaikan dari Rasulullah S.A.W..tiada cela satu apa...kerana dia di anggap sebagai pewaris Nabi... Faktanya seperti itulah...tiada selindung satu apa...

BERSIH 3.0 atau apa-apa saja perhimpunan so-called menentang kerajaan sudahpun dihalalkan oleh Tok Guru dengan alasan bahawa ia untuk menentang kemungkaran dan kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan yang pada pendapat penyokong perhimpunan itu tidak adil dan tidak melaksanakan Islam....

Teringat pula tiba-tiba pendekar pada kisah puak Khawarij...kisah pembunuhan Saidina Umar-Usman-dan-Ali adalah kisah nyata dalam sejarah segolongan pihak yang mengatakan bahawa mereka lebih Islamik daripada yang lain...dan bilang pemerintah itu tidak melaksanakan perintah ALLAH.... dan puak inilah yang menyebabkan perpecahan di dalam perpaduan ummah...

Kelompok Khawarij ini...golongan mereka adalah seperti penganut Islam lain...mereka berjubah-berserban....ibadah kadangkala melebihi daripada yang lain....namun ketaksuban mereka dalam menegakkan perintah ALLAH menyebabkan mereka sanggup untuk menentang saudaranya sendiri....malah memberi gelar kafir dan munafik sekalipun...

Sedang ALLAH sendiri sudah menerangkan dengan jelas dalam kitabnya....di antara golongan yang masuk syurga itu, ada yang berlari,berjalan,merangkak,mengengsot dan sebagainya...dan mereka yang paling perlahan itu sudah pastinya yang paling sedikit amalnya....

Kata Tok Guru : "Wajib pergi Bersih..."

1. Atas kapasiti apakah BERSIH itu wajib?

2. Bila wajib pergi BERSIH, maka wajiblah untuk mematuhi arahan pemimpinnya...hatta jika pemimpinnya kafir sekalipun...

3. Bila sudah wajib taat kepada pemimpin yang kafir...untuk menentang saudara seagama...adakah masih masih ada ampun dari ALLAH??

4. Bila sudah wajib pergi bersih untuk menentang kerajaan, maka wajiblah juga untuk menerima apa sahaja tindak balas kerajaan bukan?

5. Demontrasi tidak pernah ada melainkan kemahuan untuk berperang dan menunjuk hebat...dalam hal pemerintahan sebuah negara Islam...demontrasi sebenarnya tidak pernah wujud...

6. Bila sudah wajib, maka bermakna, halal untuk menumpahkan darah...maka digelar ia akan itu adalah jihad...

7. Dan sejak bila pula BERSIH itu menjadi satu perjuangan yang berunsurkan perjuangan Islam? Apakah kaitan bersih dengan menyuburkan keindahan Islam kepada ramai??

8. kalian senaraikan sendiri boleh tak? nanti pendekar tambah di dalam nya...

Pssst~! : Tok guru belajar kat India...
Pssst~! : Seorang yang tugasnya sebagai pemimpin, tetapi masanya lebih banyak habis dengan berceramah sana sini...menyerahkan urusan menjaga kesejahteraan rakyat kepada polis dan kerajaan persekutuan... duduk rumah berehat...
Pssst~! : 20 tahun tok guru menjadi Menteri Besar...adakah sebab Pilihanraya tak bersih?? hairan...hukum mana yang dia guna??
5 Komentar untuk "BILA TOK GURU KATA WAJIB PERGI BERSIH.....DOT...DOT...DOT...."

fuck you...

aku xleh la baca entri melibatkan politik dari PB... rasa hangin je... baik ko buat citer SEO la... ko, mulut ko dgn hati ko mmg sama busuk, buruk dan hodoh!

menutup aurat hukumnya 'WAJIB' - itu pasti.

menghukumkan wajib menghadiri 'BERSIH' - itu saya tidak pasti.

kembalilah kepada Al Quran & Hadis.

Taat lah kepada pemimpin selagi mana ia tidak mnyuruh kepada kemungkaran..antara dua pihak..yang mana suruh kepada kemungkaran? mewajibkan memnyertai aktivis emosi di jalanan? ataupun mengawal keadaan huru hara di jalanan? hairan dan pelik..rata2 aktivis jalanan itu terang lagi bersuluh bukan untuk niat menegur tapi lebih kepada melepas amarah bak kata penulis..

Bodoh punya admin... Nama jak pendekar.. Tapi menulis otak letak kat lutut.. Kalau tak cukup ilmu tu baik tak payah nak menulis.. nampak sangat kebodohan kamu..

Kamu tahu ka Bersih tu apa?? Bersih tu untuk menuntut pilihanraya yang adil. Menghadiri bersih bukan semestinya tentang Islam.. Iya adalah perhimpunan untuk menyokong agar pilihanraya kita ni bersih dari penyelewengan..

Pilihanraya negara kita ni kotor.. Kamu tahu ka banyak pengundi2 hantu yang takda kaitan ada dalam daftar SPR??? Kamu tahu ka??? Bila rakyat mahu semua tuntutan tu SPR dan kerajaan tak mahu layann.. So cara terbaik supaya isu ini di ambil perhatian adalah dengan berkumpul je untuk memberi sokongan..

Malangnya perhimpunan aman ini dicemari dengan sikap polis yang masuk campur dan cari pasal.. teruslah media2 arus perdana putar belit cerita... Kamu2 ni pun percayalah buta2....

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD