Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

APAKAH RASIONALNYA ANWAR MENGAMBIL ALIH KEM BERSIH 3.0

Mungkin sudah agak terlambat untuk menulis mengenai perkara ini. Tetapi pendekar mahu tulis juga.

"Ah..diamlah kau pendekar..memekak je lebih.."

Justifikasi ungkapan yang sering kita dengar tatkala seseorang itu cuba menghindar dari kebenaran. Itulah hakikat. Yang sudah terang lagi nyata. Namun dalam lafaz kalimah ayat 18 surah al-Baqarah, mohonlah akan ada yang mengambil pengajaran.

Summum bukmun 'umyunfahum laa yar ji'un....


"Sesungguhnya mereka itu pekak, buta dan bisu"....terhadap kebenaran yang dihidangkan di hadapan mereka. Sama seperti Tok Guru mereka yang menjadikan kafir sebagai ketuanya. Fatwa yang manakah lagi yang diambil olehnya tatkala seorang Islam yang begitu kerasnya terhadap kemungkaran dan kemaksiatan di negerinya di buang dengan begitu bersahaja olehnya. Dan golongan munafik dibela bagaikan anak emas pula.

Kalian sudah pasti tahu siapa yang pendekar maksudkan. Jika tidak, bacakanlah doa penerang hati sebanyak-banyaknya ya....

Ketika Perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan untuk menuntut kebersihan dalam pilihanraya kononnya. Pendekar masih tidak nampak apakah yang cuba untuk diperjuangkan? Melainkan dua sahaja. Kemahuan untuk menunjuk hebat dan melakukan kezaliman terhadap manusia lain. Jujur saja. Kerana kelompok-kelompok yang mengadakan perhimpunan ini adalah golongan-golongan yang zalim. Atas alasan apa? Mari dengarkan.

1. Apakah kewajaran untuk mereka melakukannya di tempat ramai? Adakah mereka sahaja rakyat Malaysia yang wujud di negara ini? Mana pergi lagi 29 juta?


2. Tidakkah itu zalim jika kamu bawa kanak-kanak kecil dan orang tua ke jalanan? Yang kamu sudah pasti tahu akan kemungkinan bahawa ia akan menjadi peristiwa berdarah? Bukankah kamu sudah menzalimi mereka?


3. Apakah dosa kanak-kanak yang masih tidak mengerti apa itu pilihanraya dan apa itu politik kamu tanamkan mentaliti menentang sedari kecil ke dalam jemala fikir mereka? Tidakkah itu zalim??


4. Di manakah rasional dalam pemikiran kamu, seorang bekas pemimpin yang dicemari dengan skandal seks kotor lagi jijik, sokongan secara terbuka terhadap Israel dan Yahudi, penganut agama liberalisasi bahawa Islam dan agama lain itu adalah setaraf dan seorang pemimpin politik dijadikan pemimpin oleh kamu untuk mengetuai perhimpunan yang kononnya "bersih" itu? 


5. Di atas logik apakah kamu diberikan hak untuk merosakkan harta benda awam dan negara? Melibatkan insan lain yang tidak mahu langsung terlibat dengan tindakan zalim kamu itu tetapi menjadi mangsa? Tidakkah itu zalim?


6. Hanya kerana tindakan kamu, beribu-ribu anggota polis di kerah dari seluruh negara hanya untuk menjaga keselamatan Kuala Lumpur sedangkan banyak lagi tempat yang perlu di jaga? Bukankah itu zalim kepada orang lain?

Dan banyak lagi sebenarnya kezaliman mereka ini. Yang pendekar rasa tidak perlu sebut lagi akannya. Kerana seperti firman ALLAH Ta'ala dalam ayat di atas. Mereka ini pekak, buta dan bisu. Dan tidak akan pernah cuba mahu mendengarkan.

Dan berbalik kepada tajuk di atas. Apakah rasionalnya Anwar Ibrahim mengepalai peserta Perhimpunan Bersih 3.0 di sebalik dia adalah pemimpin politik yang mahukan jawatan Perdana Menteri dan mempunyai kepentingan dalam Pilihanraya UMUM?

Cubaan untuk melakukan provokasi terhadap kerajaan adalah satu kesalahan besar. Cubaan itu boleh membawa huru hara kepada negara. Dan kehuru-haraan ini boleh menyebabkan campurtangan asing ke dalam negara. Inikah yang mereka mahukan?

Tapi Allah sendiri sudah menyebutnya.... Summum bukmun 'umyunfahum laa yar ji'un....

titik.

Jata Negara Malaysia : Harimau itu apa makna? Bulan dan Bintang itu apa makna? Andainya kamu mengetahui.
3 Komentar untuk "APAKAH RASIONALNYA ANWAR MENGAMBIL ALIH KEM BERSIH 3.0"

terbaik la pendekar berkuda.

kepala hotak kau...

yang pekak tak ambil tahu
yang buta tak ambil kisah
yang bisu tak ambil berat

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD