Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

ZAMAN DAHULU DAN ZAMAN SEKARANG

Ini bukan pendekar yang tulis...tapi luahan pendapat dari seorang insan yang bagus pemikirannya...

Ilmu itu ada di mana-mana...hanya kita sahaja yang perlu mencari dan mendapatkannya...Dengan IQRA' , pendekar kongsikan ini bersama kalian...mudah-mudahan kalian juga akan mendapat ilmu walaupun sedikit. Amin...


Zaman dahulu, ramai manusia menyangka bumi ini leper. Ini kerana pada waktu itu manusia belum mampu mengembara mengelilingi dunia. Jadi pandangan mereka tentang bumi ini hanya mengikut perspektif yang kecil dan sempit sekitar tempat kediaman mereka.

Hari ini, ramai manusia sudah mengetahui bentuk sebenar bumi sejak mula mengembara dan belayar mengelilingi bumi. Dan apabila manusia mampu terbang tinggi, baik menggunakan pesawat atau pun roket, gambaran bentuk bumi telah dapat dipastikan dengan jelas iaitu berbentuk globe.

Maksudnya, untuk melihat sesuatu yang lebih besar daripada diri kita, kita tidak boleh guna pandangan yang sempit. Kita kena tinggikan kedudukan kita dan melihat dengan pandangan yang luas.

Begitulah juga konsepnya untuk mengenal erti kehidupan yang luas ini. Kita kena tinggikan tahap pemikiran dan buka minda kita seluas2nya. Tak boleh jumud dan taksub dengan kepercayaan puak sendiri sahaja. Kena terbuka mendengar sebanyak mana pandangan walaupun asing daripada yang diturunkan oleh nenek moyang kita.

Bila kita melihat kehidupan ini secara luas dan terbuka, barulah kita nampak "bentuk" sebenar kehidupan ini. Barulah kita sedar apa tujuan kita diciptakan. Barulah kita tahu siapa Tuhan yang kita hambakan diri ini. Barulah kita nampak objektif dan wawasan hidup kita.



Siapa pengarangnya, tiadalah dapat pendekar kongsikan di sini atas sebab privasi. Mohon pengarang maafkan pendekar ya...(^_^)
1 Komentar untuk "ZAMAN DAHULU DAN ZAMAN SEKARANG"

Zaman dulu semua berita yg cuba disuap menerusi akhbar dan TV semua org percaya, hadam dan telan bulat-bulat. Tapi zaman ini, manusia meneliti, mengupas dan menganalisis semua sumber berita sebelum mempercayainya. Sebab itulah berita temberang pak belalang dalam akhbar, radio dan TV orang tak percaya bulat2 spt zaman dulu. Lalu tinggallah berita TV bercakap sorang2 kerana org tak mau percaya cakap menteri lagi....

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD