Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

HARGA MINYAK RON97 NAIK - RASIONALISASI DI SEBALIK KENAIKAN

Akan pengumuman oleh kerajaan bahawa harga minyak RON97 naik sudah pasti akan menyebabkan kata-kata busuk si pembangkang tegar. Yang cenderung untuk mempermainkan emosi para pengguna. Hakikatnya, kenaikan ini sangat sukar untuk ditolak. Menggunakan akal yang waras, sesiapapun sudah pasti akan melaksanakan keputusan yang sama. Itu jika mereka berada di tempat yang sama.


Hakikatnya, kenaikan sepuluh sen harga minyak RON97 tidaklah banyak mana dibandingkan dengan kos yang ditanggung oleh kerajaan. Kita memang tidak akan mampu mengelakkannya, semuanya kerana sekatan Amerika Syarikat terhadap pengimportan minyak dari Iran. Kita sebagai sebuah negara yang bergantung kepada ekonomi eksport dan import, sudah pasti mahu atau tidak terpaksa menurut desakan yang menekan untuk tidak mengimport minyak dari Iran.

Kestabilan ekonomi dan negara lebih penting daripada melanggar sekatan yang dikenakan yang sudah pasti akan menyebabkan Malaysia mengalami kesan yang lebih dahsyat lagi memandangkan bahawa Amerika adalah destinasi eksport terbesar Malaysia. Jika lah kerajaan melanggar sekatan ini, sudah pasti akibat yang lebih teruk mungkin terpaksa ditanggung untuk masa yang lama. Sebagai seorang rakyat yang baik dan bertanggungjawab, sewajarnya kita menggunakan akal yang waras dan logik untuk memikirkan kesan dan akibat tindakan kerajaan ini. Kemashlahatan umum sepatutnya lebih baik daripada melakukan penentangan yang akan menjerumuskan negara ke arah krisis.

Hakikat yang nyata, kenaikan RON97 ini tidaklah memberikan kesan yang teruk kepada rakyat kebanyakan. Kerana itu rakyat digalakkan untuk menggunakan minyak RON95. Dan kebanyakan kenderaan di Malaysia menggunakan minyak ini disebabkan mereka sedar setakat mana kemampuan mereka.'

Ini berlainan dengan kelompok penentang, yang sudah pasti kaya raya... yang setiap hari minyak keretanya diisi dengan minyak RON97 yang lebih mahal. Dengan alasan bahawa kereta mereka lebih canggih dan lebih laju...woahha~! Bukankah itu alasan yang dangkal oleh para penentang dan pembangkang ini??

Hanya kenaikan harga itu terpaksa dilakukan kerana krisis minyak Iran yang semakin meruncing. Iran adalah pengeksport minyak antara lima yang terbesar di dunia. Sekatan pengimportan minyak dari Iran sudah pasti akan menjejaskan seluruh dunia.

Kita, Malaysia, yang bukannya sebuah kuasa ekonomi jauh pula sebuah kuasa ketenteraan, sudah pasti tidak dapat melakukan apa-apa tindakan sendiri. Bak kata orang tua "sedarlah kepada kemampuan sendiri..."


Kasihan...hati bila sudah busuk...bangkai busuk pun dikatanya wangi....perangai jahat pun dikatanya baik... Astaghfirullah...


Sekian, terima kasih kerana membaca... (^_^)


tags : harga minyak naik, harga minyak 2012 naik, harga minyak ron97 naik, kenaikan harga minyak, harga petrol naik, kenaikan harga petrol, harga petrol 2012,
5 Komentar untuk "HARGA MINYAK RON97 NAIK - RASIONALISASI DI SEBALIK KENAIKAN"

Nasib baiklah tahun ni nak diadakan pilihanraya. Jika tidak...hmmmm..spt pengalaman yg dulu2 lah, lepas pilihanraya, harga minyak terus naik sebagai hadiah kpd rakyat yg memilih mereka jadi pemimpin...Pisang dah berbuah empat kali, paham sangatlah kita kan Pendekar dengan sandiwara2 ni semua...

semuanya kena kat kepala ko.bukan isu pembangkang atau apa.tapi isu kebajikan rakyat.negara pengeluar minyak.

bila minyak naik harga barang pun akan naik la bro.ada otak pakai la.pak2 menteri memangla terasa sebab diorang makan minyak free.rakyat yg tanggung beban.
seposen memanglah tak banyak tapi kalau dah sepuluh kali seposen dah singgit bang.

bukan isu politik tapi isu kepenggunaan.kalau ko nak sangat harga minyak mahal ko tanggunglah sorang2.gua taknak.

peace.

@semutapi

Itulah...bila ALLAH sudah perintah IQRA'..bacalah....kita tidak mahu taat... cenderung untuk beremosi... Bila membaca...kita akan gunakan akal...berfikir dan berfikir...di mana logik sebabnya kenaikan....

Begitu lebih baik daripada kita beremosi...dan berprasangka buruk...jika di ambil pada dalil...setiap rakyat wajib untuk berkorban demi keharmonian negara...meskipun papa kedana!

Pada kalimah IQRA'...aku mohon kamu untuk untuk menggunakan akal dengan sewaras yang boleh... Mudah-mudahan... Amin...

@faryzh

Kasihan.... negara memang pengeluar minyak? Ya...fakta yang sahih... tapi hakikat bahawa negara bukanlah pengeluar minyak utama adalah lebih sahih lagi...

Jika aku bilang kau fail Subjek Sains ataupun Geografi masa sekolah dulu pasti kau marah kan??

Malaysia memang pengeluar minyak...tetapi bukan minyak untuk kenderaan...sebaliknya kapal terbang, jet, helikopter, dan banyak lagi...sebab apa? kalau kau gagal sains dan geografi...maka aku tak rasa aku wajib untuk bagitau sebabnya...

Kepenggunaan? Sejak bila pula kau tahu istilah kepenggunaan ni?? harga minyak yang naik RON97...aku assume kau ni anak orang kaya la kan pakai minyak RON97... woahha~!

Kerana kerajaan prihatin kepada masyarakat pertengahan dan kurang mampu jugalah minyak RON95 tak naik... sedangkan kerajaan memang patut untuk naikkannya...kerana tanggungjawab kerajaan adalah untuk mengelakkan hutang subsidi yang bertimbun.... sehinggakan perbelanjaan negara melebihi pendapatan... Hutang negara pun masih banyak lagi belum bayar... kau nak kerajaan bayar lagi?? Kau nak negara ni jadi macam GREECE???

AGAK-AGAK LER~!!!!!

Nasib baik la RON97 yang dinaikkan. Kesannya hanya dirasai oleh golongan kaya yang pakai kereta besar2.

Kalau kepada kita yang bawak kete kecil nie, pakai minyak RON95 pun xde masalah.

Oil and Gas Blog

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD