Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

APA YANG SEBENARNYA YANG DIKATAKAN OLEH TUN DR MAHATHIR BAHAWA HUDUD ITU TIADA DALAM AL-QUR'AN??

Bismillahirrohmanirrohim..

Mungkin apa yang pendekar kongsikan ini akan membuka mata sesetengah pihak..Agar jangan pernah menjadi pak turut tanpa menggunakan akal yang dianugerahkan ALLAH SWT dengan sebaiknya untuk mengkaji kebenaran yang ada...

Dr. Mahathir adalah insan yang berilmu dan sudah pasti sebelum mengeluarkan perkataannya, dia telah menggunakan akalnya yang waras seperti mana akal orang-orang yang berilmu. Cuma manusia itu kebanyakannya bebal dan tidak mahu berfikir... Lantas menjadilah mereka itu orang-orang yang hanya menganggukkan kepala sahaja. Dengan kata lebih sopan, pak turut pada gelarannya.

Dalam wawancara dengan peserta seminar di UNIMAS awal tahun ini, Dr. Mahathir menjawab persoalan berkaitan dengan hudud. Dan dengan seberapa segeranya, gegak-gempitalah para pejuang sok-sok alim untuk menegakkan hujah mereka.

Jadi di sini, aku ingin kongsikan maklumat yang aku dapat untuk tatapan kamu. Patah kata yang di susun menjadi hujah oleh insan-insan yang BERSANGKA BAIK.

AnonymousMar 6, 2012 09:40 PM
jika kita mahu bersikap adil, kita akan dapati seperti yang tersiar didalam video sesi soal jawab Tun M bahawa beliau tidak mengatakan hudud dicipta atau direka oleh ahli fikah sebaliknya dibentuk oleh mereka...

ini sudah tentu membawa maksud yang berbeza...

apabila penyampaian sesuatu maksud sesuatu di manipulasi mahupun disalah ertikan oleh pihak yang lain samada secara sedar atau tidak, ia mampu di katogerikan sebagai fitnah...

maka berhati2lah kita apabila ingin mengeluarkan sebarang kenyataan...
perlu analisis yang mendalam keatas sesuatu perkara agar kita dapat mengelak dari dipertanggungjawabkan di kemudian hari kelak...



Meski akan halnya pada sekalian pejuang sok-sok alim itu, yang mahu berhujah atas landasan ilmu tetapi gagal untuk memahami akan landasan ilmu, makanya sudah pasti mereka itu tidak bisa di pegang pada kata-kata dan hujah mereka.

Satu lagi maklumat :

AnonymousMar 6, 2012 09:14 PM
1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.

2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.

3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.

4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.

5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-
a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) – pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) – 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) – pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) – pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) – pada surah 58 ayat 4.
Semuanya berjumlah 14 kali.

6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).

7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.

8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.

9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.

10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.

11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.

12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.

Sumber: http://chewal.blogspot.com/2012/03/hukum-hudud-tidak-disebut-dalam-al.html




Maka apa yang pendekar harapkan adalah, apa yang pendekar sampaikan ini mampu menambahkan ruang lingkup ilmu di dada dan jemala para pemikir serta pejuang Islam sejati.Berlainan kepada pejuang sok-sok alim, apabila di bawa kepada mereka slogan Islam Hadhari, mereka memeranginya... Tetapi apabila mereka membawa slogan Negara Berkebajikan (mereka menggelarnya Baldatun Toyyibah sedang hakikatnya, ia bukanlah maknanya....) dan menyeru masyarakat untuk menyokong mereka...

Islam Hadhari bermaksud kedatangan Islam... dengan kedatangan Islam, tamadun berkembang...tetapi Negara Kebajikan? Kebajikan adalah berbuat baik... sedangkan Baldatun Toyyibah adalah negara yang baik (kisah mengenai negeri Saba'..). Perbezaan antara berbuat baik dan baik sangatlah besar. jika ada yang mahu menggunakan akalnya...


Golongan berilmu sangat tinggi martabatnya....jika ilmu kamu masih belum cukup ampuh...maka janganlah kamu berlagak bijak pandai dan mendabik dada untuk menyokong hujah kamu itu...kerana kamu akan menyebabkan aku berasa sungguh kasihan....


Wassalam...
5 Komentar untuk "APA YANG SEBENARNYA YANG DIKATAKAN OLEH TUN DR MAHATHIR BAHAWA HUDUD ITU TIADA DALAM AL-QUR'AN??"

Assalamualaikum..

ntah,cakap macam ulamak,padahal tin kosong je..nyampah org mcm ni..dlm hal hudud,sokong sgt tp hal maksiat,dia buat jugak..muhasabah la diri masing2 ^^

Terbaik bro .. tepat .. sekali disitu ..luas ilmu dan luas sudut pandang bro ... ... - zanarkand tidus

Sebab orang sekarang memandandang SIAPA yang menyampaikam ... bukan APA yang disampaikan ...

ULAMA = BERSERBAN , BERJUBAH ,

Agak kalau aku berserban sikt aku cakap merompak tu dibolehkan ...
Semua angguk ulama nyer cakap kjta tak leh kater tidak ...

Pasni komen kat bawah pun tulis .. umat akhir zaman mmg macam tu menolak ulama ...

Heh ko main ngan ulama kampungan kat malaysia ni... ulama berkepentingan ...
Sheikh ahmad deedat salah seorang ulama LUAR yang digeruni .. oleh musuh islam ... dan disegani ulama2 lain dunia .. sebab dier memperjuangkan agama nyer dari agama lain ... bukan menentang sesama saudara seagama...

Sesiapa yang mengkafirkan orang nescaya dia lag yang kafir..

Ketahuilah ilmu itu terbahagi kepada tiga peringkat.. - zanarkand tidus

Inilah jawapan yang saya tengah cari. Kerana Tun Mahathir seorang yang berfikir dan bijak sana. Ada sahaja mahasiswa yang berasa mereka sangat "bijak" dan "pandai" dalam sesuatu hal. Walhal, pengajian sendiri masih tidak lagi tamat dan masih banyak lagi perkara yang mereka tidak pernah hadapai secara sendiri.

Hanya berpandukan buku, dan bergurukan hati sendiri. Memang akan sesat. Tidak pernah mahu membuka minda untuk menerima dan menganalisa perkara sebenar.

Paling senang apa yang saya ingin katakan, "Back To Basic". Warna pelangi timbul hanya kerana 3 warna asas (basic) dalam dunia. Ringkas.

Kenyataan Tun Mahathir adalah kenyataan "Basic" yang ramai orang yang merasakan "Bijak" dan "pandai" tanpa mengunakan kepala.

salam

kenyataan perlu jelas menerangkan dan tidak mengelirukan pada yang kurang faham..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD