Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

PENIPUAN DI SEBALIK PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Di sebalik gegak gempita kenyataan daripada pemimpin Pakatan Rakyat bahawa selangor di bawah mereka memperolehi keuntungan yang tidak sedikit dalam pembangunan negeri selangor. Terselit fakta yang cuba untuk diselindungkan di sebaliknya.

Aku menulis bukan suka-suka...

Fakta yang tersembunyi ini sekiranya di utarakan sangatlah sukar untuk di tangkis. Akan hakikat bahawa fakta ini adalah sahih tidaklah mampu di sangkal oleh akal dan pemikiran yang logik. Maka aku senaraikan di sini akan apakah yang sebenarnya tersembunyi di dalam pendapatan negeri selangor yang cuba untuk diselindungkan daripada anda.

PEMBERIAN AIR PERCUMA 20 METER PADU

Pertamanya, akibat pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu kepada sekalian isi rumah, termasuk kilang-kilang dan sebagainya telah menjahanamkan syarikat yang bertanggungjawab dalam pengurusan air selangor iaitu SYABAS. Akibat pemberian air percuma ini, SYABAS tidak mempunyai kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melakukan kerja-kerja selenggara dan meningkatkan kemampuan untuk membekalkan air bersih yang secukupnya.

Kerana pemberian percuma ini juga, menjadikan kemampuan kewangan SYABAS untuk menggantikan paip-paip lama dengan paip-paip baru dan menaiktaraf kemudahan di pusat pengeluaran menjadi satu dilema. Natijahnya siapa yang menanggung? Sudah pasti rakyat selangor juga...dan mereka tidak akan pernah mahu menyedarinya.


PERLOMBONGAN PASIR YANG BERLELUASA TANPA KAWALAN - BANJIR KILAT TERBURUK

Akibat perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan telah menyebabkan sungai selangor menjadi sebuah sungai yang cetek. Siapa-siapa sahaja yang belajar mengenai geografi dan kaji bumi tidak akan mampu menafikan kebenaran ini. Akibat kedalaman sungai yang semakin cetek ini telah menyebabkan aliran air sungai terencat dan terbantut di hulu yang menerima hujan yang lebat. (Mengambil-kira kedudukan hulu selangor yang terletak di banjaran titiwangsa...)

Akibatnya, beberapa banjir kilat yang teruk terjadi sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat dewasa ini. Walaupun akan ada pihak yang mengemukakan hujah-hujah lain dan menyelindungkan fakta ini, namun itu tidaklah akan menjadi suatu perkara yang boleh diambil kira selain daripada kesan kemusnahan ekologi dan sungai yang berlaku akibat perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan ini.


PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR MENINGKAT SECARA MENDADAK - JUALAN ASET-ASET BERHARGA.

Sesiapapun yang menjadi CEO sebuah syarikat boleh sahaja menjual segala macam aset-aset yang berharga milik syarikat tanpa perlu mengambil kira kesan jangka panjang terhadap jualan tersebut. Dan itulah yang dilakukan oleh kerajaan SELANGOR pimpinan Pakatan Rakyat yang telah menjual beberapa aset penting milik kerajaan negeri sebelum ini seperti KOMPLEKS PKNS dan beberapa lagi aset-aset penting yang lain.

Akibat daripada jualan ini, pendapatan kerajaan negeri selangor meningkat dengan mendadak. Namun sayang, peningkatan itu bukanlah akibat usaha-usaha ekonomi seperti pelaburan asing mahupun mempelbagaikan sumber pendapatan kerajaan negeri melainkan dengan menjual aset-aset berharga milik kerajaan negeri.

Natijahnya, rakyat dan peniaga bumiputera yang sebelum ini boleh menyewa di bangunan PKNS dengan sewa yang murah terpaksa menyewa dengan kadar yang mahal apabila lebih 50% daripada bangunan tersebut dimiliki oleh pelabur dari Singapore. Tidakkah kalian mahu berfikir??

Begitu juga akibat ketamakan untuk meningkatkan pendapatan kerajaan negeri dengan drastik menyebabkan mereka memberikan lesen perlombongan pasir tanpa kawalan yang menjerumuskan rakyat kebanyakan ke arah bencana yang boleh dielakkan sebenarnya...


PENYELENGGARAAN LANDSKAP YANG KUCAR-KACIR - IMEJ YANG TERJEJAS TERUK.

Pergilah anda ke ceruk mana pun di Selangor, dan anda akan temui pemandangan lanskap yang tidak terjaga dan terurus dengan teratur. Bagaikan tiada sebarang inisiatif daripada kerajaan negeri selangor untuk memperindah negeri mereka itu..

Anda akan lihat di mana-mana sahaja situasi itu berlaku. Pihak berkuasa tempatan bagaikan hidup segan mati tak mahu...cukup bulan klaim duit parking dan saman untuk mengisi kantung kewangan kerajaan negeri yang tiada kredibiliti mengurus ini.


KESIMPULAN

Apa yang aku tulis adalah apa yang aku lihat, aku dengar dan aku baca mengenai negeri Selangor itu...sebagai sebuah negeri yang termaju di Malaysia, sayang sekali apabila kerajaan yang memerlukannya sebagai tanda kejayaan mengurus dan membangunkan sesebuah negeri dengan berjaya terpaksa berputih mata akibat sifat tidak mahu menggunakan akal dalam membuat keputusan.

Kita kini dimomok-momokkan dengan segala macam kebahayaan apabila kerajaan membuat sesuatu keputusan yang melibatkan rakyat. Lynas umpamanya, apabila piawaian yang kita laksanakan lebih tinggi daripada piawaian antarabangsa...namun akibat momokan dan ketidakmahuan mendengar kebenaran oleh kita, maka menjadilah bagaikan pisau yang menikam kita...

Sayang sekali apabila LYNAS yang diorganisasikan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan muslim diganyang sebegitu rupa dalangnya telah berjaya menanamkan momokan yang dahsyat ke dalam hati para muslimin...apakah kita khuatir dan ragu-ragu terhadap kemampuan saudara seagama kita untuk melaksanakannya mengikut piawaian yang ditetapkan??

Jika beginilah fikiran para pejuang-pejuang yang menggelarkan mereka pejuang agama...pejuang hukum ALLAH...penganut yang taat... maka, selayaknya mereka di lempang sahaja! Kerana merekalah yang menyekat umat Islam lainnya untuk maju ke hadapan mengambil iktibar dari al-Qur'an yang meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi!

Sesungguhnya aku memohon ampun daripada Yang Kholiq...dan berlepas diri daripada umat Islam yang suka untuk melihat saudaranya MUNDUR di belakang....


Nauzubillahiminzalik....
8 Komentar untuk "PENIPUAN DI SEBALIK PENDAPATAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT"

Memang saya setuju benar dgn bro panglima, politik PR ni memang kotor, cakap tak serupa bikin. Contoh lain ialah berminggu2 TV kita menyerang pihak yg dikatakan menyokong Israel, sedang ada keputusan Jemaah Menteri pada 1986 yg menghalalkan hubungan dagang dgn Israel. Malah Malaysia memang diketahui menjual kelapa sawit kpd Israel spt yg disahkan oleh Jabatan Kastam. Siapa yg untung drpd hubungan dagang Malaysia-Israel yang disetujui oleh kerajaan Malaysia itu? Israel mendapat keuntungan dari hubungan dagang dgn Malaysia yg kemudian digunakan utk membeli peluru membunuh rakyat Palestin! Secara tak langsung kerajaan Malaysia membantu kerajaan Israel membunuh rakyat Palestin. Itu tak masuk lagi pewujudan agensi Israel - APCO - di negara ini yg semuanya menjadikan rakyat tergelak dengan sandiwara kerajaan yg mulut buat-buat benci dgn Israel tapi tangan membantu Israel membunuh rakyat Palestin. Ia bukan fitnah, ia realiti kerana segalanya ada dlm rekod dan dokumen.

Banyak lagi contoh cakap tak serupa bikin org2 politik..Ia sungguh meloyakan tekak bagi mereka yg masih siuman. Bagi mereka yg kurang siuman, tak tahulah bagaimana mereka boleh menghadamkan bahan-bahan berita yg memualkan itu.

Malangnya kebanyakan rakyat Malaysia masih siuman dan bahan berita yang tak dapat dihadamkan itu akan dimuntahkan dlm tong undi...

tapi bagaimana pula dengan pemimpin yang membelanjakan duik rakyat untuk pertunangan anak.. duit negara untuk sambutan hari lahir dan juga rasuah yang berleluasa.. harap pendekar huraikan semua sekali sebab, biarlah kita mencemuh segala perkara yang batil.. tidak kira daripada pihak mana...

dahla PB... baik ko citer pasal SEO je... xmuak nak baca... ko cakap pandai... fakta satu habuk pun xdak... aku berpuluh2 tahun duk selangor, aku lebih tau apa yang berlaku kat sni... baru2 ni pihak syabas buat operasi besar2an menukar paip2 utama hampir di seluruh kawasan selangor... ko tau ke x pasal tu? mana syabas dapat duit?

Pendekar berkuda...kau lah sebenarnyer kude UMNO..rakyat dah sebdoh dulu..
Buka minda sendiri dulu sebelum nak menulis ntuk buka minda orang...

Karangan mcm ni korang baca utk suke2 dah laa.. KArangan mcm ni kalu korang tgk selalu ada dlm paper and berita kat TV. Copy paste jek. So, jgn ambil hati. Baca utk hiburan..gelak2 sket. Udahhh..

Kalau nak ikut sawit ... kalau nak ikut nescafe ko minum tu pun brand yahudi ... teknologi sekaranf semua milik yahudi .. event ko ...taip comment ni pun masih mengunakan yahudi .. kalau nak ijut saliran pada akal ko .. ni lah hakikat nya ... dalam jual beli .. yang mendapat keuntungan itu bersama .. tapi akan ader yang lebih untung .. ader ko pk .. duit yang yahudi bayar kat kita .......tu kita amik pakai buat masjid plak .. pastu ? ... kalau nak ikut ko .. tolak semua barangan israel ni yahudi ni .. mmg tak melangkah lah ..... tak der urusniaga langsung .. dengan yahudi dan israel ni .... ko nak urus niag ngan saper ? ... barangan buatan malaysia pun korang tolak mentah2 ... kita bukan macam rakyat iran yang mampu hidup denga. Hasil dan teknologi negara mereka sendiri .... still iran mengaplikasi juga pasal .. teknologi nuklear kalau nak ikut itu teknologi yahudi .... why nak ikut ... kemon lah mat ... bukak pemikiran ...jangan jadi rigid sangat dalam pemikiran ko ... persoalannya ... bukan urusniaga dengan siapa yanv ko buat persoalannya bagaimana ko menggunakan faedah hasil dari tu .... anwar berbicara dengan yahudi aku tak nampak aper faedah nyer ... kepada masyarakat .. tak tau lah kan kalau faedah tu menyebelahi dier jer ker kan ...... - zanarkand tidus

Segale ape yg terjadi telah dirancang....owg2 beso telah ditwn sume oleh kaum laknat yahudi....kite skrg berada hidup fasa keempat yg tlh trtulis dlm alquran...yg mane pemimpin sombong membelakangkn agama...yg mane mengejar dunia semate....tgu la saat fasa kelima islam akan bangkit.....insyaallah perjuangan kite demi allah dan agama islam....akn dirahmati allah...amin...

1. Pemberian air percuma oleh keajaan selangor..bukan oleh syabas..kerajaan selangor membayr kepada sybas untuk pemberian tersebut.harp betulkan fakta

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD