Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

LELAKI KACAK DAN ALKISAH LELAKI KACAK ITU GAY~!!

Lelaki kacak?? siapa yang tak mahu bergelar lelaki kacak? Siapa yang tak mahu dipuji sebagai lelaki kacak?? Siapa pula yang mahu bergelar lelaki cantik? Sedikit simpang siur di situ...woahha~!

Adapun lelaki kacak itu adalah mereka yang punya wajah yang baik...sempurna kejadiannya...dan sangat menjaga keterampilannya...dan kerana keterampilan mereka itu...mereka mendapat gelar yang baik pula daripada yang memandang akan mereka...


Lelaki kacak itu sukakan kebersihan. Itu adalah benar....kebanyakan lelaki kacak mencintai kebersihan...seperti mana mereka perlu kelihatan bersih untuk kelihatan kacak...seperti itu juga mereka sangat-sangat menjaga persekitaran mereka...dan kesihatan mereka...

Kebanyakan lelaki kacak ini mendapat pula gelaran yang lain iaitu lelaki metroseksual.... di mana walaupun mereka mungkin tidak bersikap seperti lelaki metroseksual, tetapi oleh kerana penampilan mereka adalah seperti lelaki-lelaki metroseksual...mahu atau tidak...mereka terpaksa menerima hakikat itu... kasihan...

Wanita dulu, kini, dan selamanya akan tetap memandang kekacakan sebagai satu sebab untuk mereka memilih pasangan...kerana kekacakan itu penting bagi mereka untuk berjalan di hadapan khalayak...boleh lah menunjuk-nunjuk bukan?? hehehe...


Tetapi ingin juga pendekar tegaskan...sekacak manapun anda...sekacak manapun pasangan anda...selagi anda tidak menjunjung iman di atas jemala...selagi anda tidak mengamalkan budi pekerti yang mulia...kacak atau tidak apa bezanya?? Woahha!

"Lelaki kacak itu adalah gay!"

patah kata yang dikeluarkan oleh beberapa orang rakan blogger....rata-rata mereka mengatakan bahawa lelaki-lelaki kacak lebih cenderung untuk menjadi gay berbanding menjadi lelaki sejati....lelaki kacak adalah lelaki yang tubuhnya tiada walau sedikit parutpun akibat kerja berat... dan bagaikan lelaki kacak itu hanyalah umpama sotong yang lembut.... bila di genggam...lembik sekali...kasihan...

Pendekar? peduli apa semua itu?? Manusia itu semuanya sempurna dan sebaik-baik kejadian...hanya iman dan taqwa yang membezakan mereka... bak kata seorang rakan di realiti...

"Dunia cuma...."

Kacak kah lelaki ini?? Simpankan saja dalam hati ya....

tags : lelaki kacak, siapakah lelaki paling kacak di dunia, lelaki terkacak di malaysia, lelaki kacak itu gay, kacak itu apa, siapakah lelaki kacak itu, lelaki kacak vs lelaki metroseksual, lelaki-lelaki yang kacak, perempuan suka lelaki kacak, macam mana nak jadi lelaki kacak?
3 Komentar untuk "LELAKI KACAK DAN ALKISAH LELAKI KACAK ITU GAY~!!"

salam..
erkk..risau pula ramai
yang nak jadi metrosexsual
sekarang nih..'mengebat'
mengalahkan pompuan :)


www.zulkbo.com

@Zulkifle Othman

wsalam bro zul...
hehehe...memang pun...ramai sangat yang nak jadi metro.. woahha...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD