Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

LAGU BAWAKU PERGI DIHARAMKAN. MALIQUE OH MALIQUE...

Bila lagu Bawaku Pergi dari Malique telah diharamkan secara rasmi oleh kerajaan. Maka sudah pasti ramai yang akan memandangnya... Lagu ini, mungkin telah melanggar beberapa garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui kementerian yang terlibat. Sudah pasti ada sebab dan musabab pengharaman lagu ini dilakukan.

Pendekar tidak ingin mengatakan tentang sebab musababnya. Kerana hanya yang membuat keputusan mengetahui dengan lebih baik apakah sebabnya mereka membuat keputusan tersebut?? Apa yang ingin pendekar perkatakan hanyalah mengenai dunia seni amnya dan nyanyian khususnya.

Setiap patah kata yang disusun menjadi satu bait lagu..sudah pasti akan perlu untuk tidak melanggar sebarang garis panduan yang telah ditetapkan peraturannya sebelum ini. Apa sahaja tajuk lagu...apa sahaja isi lagu..bunyian apa...sebutan apa...tidak akan terlepas dari tapisan secara rasmi sebelum disiarkan oleh badan penyiaran kerajaan.... Hukum ini terkecuali kepada badan penyiaran swasta....

Jadi, sudah pasti pihak yang berkaitan telah mengambil kira banyak faktor sebelum membuat keputusan untuk mengharamkan penyiaran lagu tersebut di mana-mana... Jadi lebih baik kita berdiam diri daripada gegak gempita menyuarakan pendapat atas perkara yang kita sendiri tidak tahu sebabnya...

Satu lagu tidak mampu mengubah apa-apa jika pengisiannya langsung tiada makna... bukankah terdapat banyak lagi lagu yang diharamkan penyiarannya oleh kerajaan atas kapasiti untuk menjaga dan memelihara keharmonian masyarakat?



diam..


Apa lagi bisa pendekar bilang??? Kehidupan tetaplah harus diteruskan...bersangka baik lebih daripada wajib untuk dilakukan meskipun manusia itu tidak semuanya baik...tetapi mereka sudah pasti mahu menjadi baik...hanya keadaan persekitaran dan godaan hawa nafsu sahaja yang memaksa mereka untuk memilih...



tags : lagu malique diharamkan, lagu bawaku pergi diharamkan, lagu diharamkan oleh kerajaan, lagu yang diharamkan, senarai lagu yang diharamkan, lagu bawaku pergi sah haram, lagu bawaku pergi malique haram, kerajaan haramkan lagu bawaku pergi, dan sambil merapik aku mengetik papan kekunci dengan gagahnya...woahha~!
2 Komentar untuk "LAGU BAWAKU PERGI DIHARAMKAN. MALIQUE OH MALIQUE..."

bodoh punya melayu. orang berjuang untuk hak dan periuk nasi, kau condemn, cuba kau debate dgn dia one on one dekat rtm1 tengok. ada berani>

@Anonymous
benda tak elok tak payah nak perjuangkan sangatlah.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD