Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

TIPS SEO DAN GOOGLE : KONSISTENSI ITU PENTING TAHU.

Bismillahirrohmanirrohim...

Sudah lama rasanya pendekar tidak menulis mengenai tips SEO dalam SENI PERMAINAN SEO PENDEKAR BERKUDA. Bukan mahu menidakkan rasa yang ingin berkongsi ilmu yang ada...namun kekangan masa dan keadaan selalu mencemburui apa adanya...

Lantas, segala idea yang terlintas di dalam kemahuan pendekar untuk berkongsi ilmu seni permainan SEO ini sering terbantut. Apatah lagi sejak dua menjak ini pendekar sudah kurang bermain dengan SEO dan mengemaskini entri terbaru. Maafkan pendekar untuk itu ya...

Dalam seni permainan SEO, selain keyword atau kata kunci, apa yang perlu anda amalkan adalah konsistensi... konsistensi ini bermaksud bagaimana anda mengekalkan jumlah entri dalam sehari, seminggu ataupun sebulan. Selain apakah entri yang anda paparkan itu adalah entri-entri baru ataupun sebaliknya? Semua ini akan memberikan kesan terhadap kerajinan Crawler Robot enjin carian untuk setia mengunjungi blog anda.


Konsistensi ini akan membantu anda kerana robot menyukai makanan-makanan baru yang tidak dimiliki oleh laman web ataupun blog-blog lain. Maka, adalah digalakkan untuk anda mengekalkan konsistensi blog anda seberapa boleh.

Jika anda blogger tegar, ataupun mahu menjadi blogger yang bijak bermain dengan google, bilangan minima entri anda untuk sehari adalah tiga entri. Jumlah ini sudah memadai untuk anda menjamin kedatangan crawler robot secara konsisten ke dalam blog anda.

Juga, jika anda mahu bermain dengan seo dengan lebih kerap, pastikan entri SEO anda tidak lebih daripada dua entri yang lebih kurang sama (pendekar selalu buat...hehe...)... Selang setiap entri, pastikan bahawa anda berikan entri bersifat peribadi...tidak kiralah sama ada tulisan merapek atau apa pun.... yang berlainan dengan apa yang anda mahu di'makan' oleh robot enjin carian.... perencah yang berbeza la senang cakap kan?? Hehe..

Jadi untuk kesekian kali...pastikan anda mengamalkan konsistensi dalam permainan seo anda...tiada yang tidak konsisten...mesti konsistens okay....

Sekian, selamat berjaya....

salam hati dari pendekar berkuda... (^_^)

p/s : lama tak menulis ni rasa kekok pulak.... :(
7 Komentar untuk "TIPS SEO DAN GOOGLE : KONSISTENSI ITU PENTING TAHU."

pwh macam tu ekk bro baru tau, tapi luq jarang update blog just update entri seo yg isu panas je..!

thanx for info..
stakat ni shark mampu 1 hari 1 entry jer..
tp xper..
org kata slow2 pn boleh berjaya jugak:p

Assalam..
Lama juga tak jengok blog pendekar...
hanya ikuti perkembangan melalui bloglist saja..

entry penuh isu neh.. hehehe...

salam kenal~

nice tips bro.. tapi nape iklan 728x90 ada kat footer blog?... hairan juga..huhuhu

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD