Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

JANGAN MENYIKSA HATI MU DAN ORANG LAIN

Bismillahirrohmanirrohim...

Aku bukanlah mahu menidakkan akan rasa hati kamu...apa yang aku mahu bilang hanya mahu kamu tahu apa yang kamu sendiri rasakan...bukan mahu kamu lupa pada hakikat asal kejadian...lupa pada fitrah azali kamu yang mahukan kebaikan...tetapi oleh kerana nafsu dan keinginan kamu, maka kamu sendiri telah menyiksa hati kamu... maka wajarkah untuk kamu menyalahkan orang lain???

Aku ingin tanya kamu, kamu selalu melihat berita-berita buruk di internet, pembunuhan, perkosaan, perompakan, kemalangan maut, peperangan, pembuangan bayi, seks bebas dan perlakuan tidak sopan yang berlaku di mana-mana... kamu sentiasa terdedah kepadanya... dan aku sudah pasti akan tahu apa tindakan kamu... kerana pada masa itu, emosi sudahpun membatasi akal dan syaitan sudah pun bergelak ketawa...

Aku ingin tanya kamu dengan jujur, juga aku harap akan ada di kalangan kamu yang menjawab persoalan aku ini dengan jujur juga. Apakah yang kamu rasakan ketika melihat semua peristiwa yang berlaku itu? Suka? Sedih? Geram? Panas hati? atau melonjak girang? 

Dapatkah kamu menjawabnya? Jika tidak mampu, biar saja aku yang menjawabkannya untuk pihak kamu. Semua perkara buruk itu sudah pasti akan mendera HATI kamu. Ya, hati kamu pasti akan sakit seperti di tikam-tikam namun tidak mati... Sudah pasti kamu akan mahu melepaskan kegeraman kamu terhadap perkara tersebut bukan, maka kamu luahkan apa yang di rasa oleh hati kamu. Kamu lepaskan kemarahan dan kegeraman kamu tanpa memikirkan apakah natijah akibat perbuatan kamu itu kan?

Dari saat itu, hati kamu sudah mula menampakkan bibit-bibit kerosakan. Kerosakan yang akan merebak bagaikan sel-sel kanser. Apabila ianya sudah menjadi semakin besar, maka, hati kamu akan mendapat satu penyakit iaitu, MATI....

Apakah yang berlaku apabila hati kamu telah mati? Kamu akan merasa biasa saja apabila melihat perkara tersebut di lain masa. Malah menyukainya.. Sama seperti apabila kamu melihat perempuan-perempuan yang mendedahkan aurat...kali pertama dan beberapa kali selepasnya, kamu akan marah-marah dan mengutuk keji si perempuan. Perbuatan ini berlaku terus-terusan sehinggalah kamu sudah dapat menerimanya sebagai perkara biasa.... 

Dan daripada perkara biasa seperti itulah ia merebak...merebak dan terus merebak sehinggakan tiada lagi perasaan sakit hati dan bengkak yang kamu alami...dan dari situlah bermulanya proses kematian hati....Wallahua'lam....

Untuk mensucikan semula hati...rajin-rajinkanlah diri kamu untuk membaca ayat-ayat ALLAH...kerana dari situlah hati kamu akan di ajar untuk membersihkan diri... umpama pinggan...apabila kamu tuangkan makanan di dalamnya namun tidak mahu mensucikannya...sudah pasti ia buruk dan tidak enak di pandang bukan??

p/s : hati...adalah anugerah...dari Tuhan kepada Hamba...jadi, janganlah disalahgunakan...


Salam perjuangan...



1 Komentar untuk "JANGAN MENYIKSA HATI MU DAN ORANG LAIN"

gua pelik sgt ngn lu ni,bro.
menulis sgt pndai
ayat muhasabah diri sgt lembut dan terkesan
utk pembaca2 cam gua

tapinya
lu cam x tujukn muhasabah2 2 sume
kpd diri lu sndiri
pttnya lu sndiri yg petama
mnjayakannya utk diri sendiri
seblum bentangkan kpd orang lain

kale lu sebijak 2 dalm mnulis dan meluah
pd pndgn orang cm gua
lu seorng yg baik dn bagus
dn tebarkn kebaikn 2 kpd sume orang,
selayaknya lu tidak terlibat dgn
kes x membayar utang org
yg bkn sedikit 2.

bro,
jelasknlah utang tersebut
berduka dia kerna tindkan lu
meratap dia kerna kepercayannya kat lu
menyepi dia kerna khianat lu

terbalikkan sume 2 kpd diri lu
sbgimana seorg tmn yg dpercayai
tdk mmbyr utang
mungkiri jnji sndiri
diam tnpa pape tindakan
bkn sehari,bkn sbln
mghmpiri setahun kini

pe yg kamu rasa
adkh ase dhrgai pertolongnmu
adkh ase gembra dgn cara bgni
adkh ase dikhianati
adkh ase ditipu dikelentong
adkh ase dipergunakan
dkah ase terkiln dn kcewa
adkh ase bedendam..
tnya diri lu sndri
usahakanlah,bro..

gua pn lelaki cm lu
pecayalah..

-pak mat-

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD