Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BUDAK MATI DI SAMBAR PETIR DI IPOH KETIKA BERSUKAN

IPOH: Seorang murid terbunuh, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera selepas dipanah petir ketika sedang berlatih sukan di padang Sekolah Kebangsaan Mazuin di Kuala Kangsar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Syafiq Mohd Tajul Ariffin, 11, dan tiga rakannya serta seorang guru baru selesai menjalani latihan memanah.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Ghaffar Mohamad, berkata murid Tahun Lima itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi rakannya berusia 10 hingga 12 tahun dan guru mereka dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di seluruh badan manakala mangsa yang cedera dalam keadaan stabil," katanya ketika dihubungi hari ini.
1 Komentar untuk "BUDAK MATI DI SAMBAR PETIR DI IPOH KETIKA BERSUKAN"

takziah kepada keluarga mangsa yg terbunuh..
simpati kepada keluarga mangsa yg cedera.
kemalangan mmg x berbau

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD