Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BEZA ANTARA DAJJAL DAN MANUSIA YANG BERPERANGAI BURUK

Bismillahirrohmanirrohim...

Sesungguhnya ALLAH itu memiliki kekuasaan apa yang di langit dan di Bumi... Dan DIA mempunyai kuasa untuk memberikan kuasa itu kepada sesiapa sahaja yang di kehendakiNya...manusia sahaja yang selalu melampaui batas..."dan ALLAH tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas..."

Dalam entry mengenai andai sahaja pendekar bilang Anwar itu adalah dajjal, adakah kalian marah? Pendekar tertarik pada satu komen pembaca...bilangnya ;

Dalam Malaysia sendiri penuh dgn manusia-manusia dajjal dan dajjal2 ini ada di sepanjang zaman. Manusia2 dajjal ini spt masa pemerintahan Dr Mahathir pernah menembak mati 15 org yg baru selesai solat Subuh di Mamali. Manusia2 dajjal ini juga masa pemerintahan Dr Mahathir pernah menghina sunnah Rasul dan hukum Allah. 

Manusia2 dajjal ini juga spt semasa pemerintahan Najib merampas kuasa MB Perak yg dipilih rakyat melalui cara yg sungguh keji. Malah manusia2 dajjal ini menggunakan wang rakyat untuk membeli lembu2 tak wujud utk mengenyangkan perut gendut kroni mereka.

Original Source: http://www.pendekarberkuda.org/2012/02/bila-aku-bilang-anwar-itu-dajal-kamu.html#ixzz1lHXPyEMN
Under Creative Commons License: Attribution Share Alike


Kebenaran...dan pertuduhan yang tidak benar bisa mendatangkan fitnah... kenyataan bahawa Manusia2 dajjal ini spt masa pemerintahan Dr Mahathir pernah menembak mati 15 org yg baru selesai solat Subuh di Mamali.  adalah satu pertuduhan yang keras dan jika tidak benar pertuduhannya, maka jadilah dia pembawa berita palsu dan pembohong durjana.... Minta ampunlah dari ALLAH...."Sesungguhnya manusia itu gemar kepada melampaui batas.."

Seperti yang pernah di sebut oleh Dr. Mahathir Muhammad kenapa draft hudud PAS di tolak sebelum ini. Jawapannya sudah ada di situ. Hanya orang yang berakal sahaja mahu mengkaji...sedang yang beremosi itu lebih kepada menurut nafsu keinginan...

BACA : SURAT DARI DR. MAHATHIR UNTUK MENOLAK DRAFT HUDUD PAS

Hatta rampasan kuasa di Perak pun mahu di bilang sebagai perbuatan dajjal? Kasihan bila punya otak tak mahu fikir apa-apa...Semua orang tahu kedudukan Parti-Parti di Perak sangatlah rapuh... keluarnya ahli DUN dari kelompok mereka menyebabkan ada sesuatu yang tidak kena...apatah lagi ahli DUN tersebut tidak menyertai BN malah menganggotai proksi bebas..bukankah itu janggal?? Dan jangan lupa, kerana semasa itu, PR bukanlah satu pertubuhan yang sah.... tidak seperti Barisan Nasional...

Kasihan....orang yang desperate sangat mahu kuasa...sehinggakan akal yang ada dibataskan oleh emosinya...walaupun akalnya mengatakan kebenaran...namun emosinya lebih tinggi daripada kebenaran yang tertera...maka...dicampakkan sahaja kebenaran itu ke longkang....seperti firman ALLAH..." dan menjadilah mereka orang-orang yang rugi ...."...

Wabillahi taufiq wal hidayah...
Allazii na zholamuu adalah yang di benci oleh ALLAH...
3 Komentar untuk "BEZA ANTARA DAJJAL DAN MANUSIA YANG BERPERANGAI BURUK"

penulis blog ini perlu memahami konsep islam sebenarnya. jangan membawa isu semborono yang membangkitkan kemarahan manusia. lebih baik menulis perkara yang membawa perpaduan dan ketaatan kepada allah. saya berada bersama-sama mereka yg sedang mengkafankan 13 mayat syuhadak memali( 1985 ). mayat2 tidak keras walaupun hampir 36 jam berada dalam bilik mayat, mereka berpeluh-peluh dan darah mereka ada yg berbau wangi. terpulanglah kpd org2 UMNO nak percaya atau tidak. inilah tanda2 mati syahid. apa hukumnya pulak org yg mengarahkan pembunuhan tersebut. sampai sekarang kesnya tidak diselesaikan. pihak PDRM menyenaraikan ibrahim libya suatu ajaran sesat. terpulanglah kpd anda apa yg hendak dikatakan. " azzohiru yadullu alal batin" perbuatan zahir melambangkan diri batin seseorang. lihatlah sendiri sistem pemerintahan BN sekarang, cara pakaian bini2 pemimpin BN skrg, paparan hiburan dibawah pimpinan UMNO sekarang. adakah ia selaras dgn agama. fikir sendiri jawab sendiri. kupas la sendiri siapa dajjal sebenarnya.

Astarfirullah hal azim..apa ni?tak baik ckap manusia sebagai dajjal..walau sejahat mana pun seseorang tu,jganlah sampay nak samakan dia dengan dajjal..wallahualam..Allah saja yang tahu!

kalau semua nak tahu penulis blog inilah dajjal sebenar kerana menulis berdasarkan fahaman politik bukan disiplin ilmu. saya cadangkan anda berhenti saja menulis sebab saya kenal anda yang tak berapa pandai sangat ilmu agama.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD