Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

WARKAH UNTUK ADAM ADLI DAN SEMUA MAHASISWA

Assalamu'alaikum... pendekar kongsi pendapat seorang rakan kepada sekalian mahasiswa untuk pedoman...pandangan yang sangat bernas dan penuh kesedaran...siapa-siapa yang baca ni tapi masih tak insaf lagi.... pergilah memandai...


Warkah buat Adam Adli,


Wahai Adam Adli, ketika aku seusia kau, aku juga pelajar Universiti dan aku juga terlibat dengan politik Universiti dan pernah duduk sebagai Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti aku. Aku tak nampak bagaimana AUKU mengongkong kehidupan aku sebagai seorang pelajar dan berpolitik cara universiti. Setahu aku, universiti adalah tempat menuntut ilmu dan dengan ilmu itulah aku berada di tempat aku sekarang.


Mungkin kau wahai Adam Adli melihat universiti dari persepsi yang berlainan, menjadikan universiti sebagai platform untuk kau menjadi hero politik murahan didalangi oleh parti pembangkang. Kau harus ingat wahai Adam Adli, pada ketika kaum Cina menuntut lebih kuota kemasukan ke universiti, tetapi kau dan kawan-kawan kau yang bodoh dan bangang, dan aku percaya semuanya berbangsa Melayu, tidak menggunakan kelebihan yang kerajaan bagi (kuota Bumiputera ke Universiti) untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin dan menjadi pendidik.


Wahai Adam Adli, adakah kau tahu bahawa satu tempat sebagai pelajar di UPSI yang menjadi milik kau sekarang ini pernah menjadi rebutan beribu insan yang lain, namun kau bertuah dapat memilikinya. TETAPI, kau mensia-siakannya dan mengecewakan beribu yang lain, yang benar-benar hendak menuntut ilmu dan bukannya bercita-cita untuk menjadi seperti kau wahai Adam Adli.


Adakah kau wahai Adam Adli datang dari sebuah keluarga yang sememangnya berdendam dengan kerajaan? Apakah yang kerajaan telah buat kepada keluarga kau sehingga ibubapa kau merestui segala tindakan kau yang menentang sesuatu yang sepatutnya bukan menjadi tanggungjawab kau. Sesungguhnya wahai Adam Adli, walau disokong oleh ibubapa kau, tetapi sedarlah kau bahawa sesungguhnya ada sekelumit perasaan kecewa ibubapa kau melihat masa depan kau yang mereka harapkan ke atas kau untuk menjadi seorang pendidik telah kau musnahkan kerana sikap dan sifat kau yang mudah termakan pujukan dan hasutan dari anasir yang sentiasa mahu menghancurkan keamanan dan keharmonian dalam negara Malaysia tercinta ini.


Renung-renungkan....

PSST~! Apa sebenarnya tanggungjawab mahasiswa??
10 Komentar untuk "WARKAH UNTUK ADAM ADLI DAN SEMUA MAHASISWA"

Tanggungjawab mahasiswa adalah belajar...

>>>http://www.ceritadaribloggers.blogspot.com/

entri sampah...blogger pun sampah

sampah?hahaha..apa yang dia terangkan dalam entri nie memang benar sama sekali.

kalu entri sampah , blogger sampah TAKYAHLAH BACA SAMPAHHH!!!...

Harap Adam Adli baca, boleh muhasabah diri kejap. Ke dia dah baca lepas tu tinggal komen kat atas tu? Sampah ? Pedulikan~ :D

manusia yang tak kenal budi mmg mcm ni pendekar. ini lah maksud Dr M. lupa jasa dan budi org yg menabur jasa..

aku sokong entri ko bro...nak main politik pas belajar laaa kok yer pong...

ni betul-betul pos kepada beliau & the geng tak?

*'hebat' betul mereka tu.. ;)

sunguh berani dan kurang ajar.dah dpt peluang belajar.habsla dlu.p sebuk politik ape dpt.mgkn kerana darah muda.tp bila da tua nti br thu ape kesannya.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD