Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

WAHAI PEMIMPIN, DENGARKANLAH~!! @najibrazak

Wahai pemimpin... aku bukan seorang yang memiliki kuasa...bukan juga seorang yang memiliki harta...apatah lagi seseorang yang memiliki apa-apa... maka...untuk apa kau dengarkan apa yang mahu aku kata?? Untuk apa kau mahu baca apa yang aku tera?? Bukankah itu merendahkan darjatmu apa adanya???

Wahai pemimpin....kau telah di pilih untuk memimpin...kau telah di tentukan untuk memimpin... maka jadilah seorang yang benar-benar memimpin...bukan seseorang yang khianat dalam memimpin!!

Wahai kau pemimpin..aku memegang pada perintah ILLAH! Aku bersandar pada sunnah Rasul!! Taatilah pemimpin! taatilah pemimpin! taatilah pemimpin!... Aku pegang ia selagi aku ada nafas ini! Tetapi janganlah kau kecewakan aku dengan kepimpinanmu!

Wahai kau pemimpin...bawalah kami menuju cinta ILLAH! Bawalah kami membina perpaduan ummah! Bawalah kami menjunjung al-Qur'an di atas jemala... Jangan kau bawa kami ke tempat-tempat lalai dan leka....

Wahai pemimpin! Perjuangkanlah kebenaran kita! Kemajuan bisa kau capai bila-bila... tetapi jangan kau campak akidah ke lubang nista! Kerana aku tidak rela....tidak rela untuk melihat...agamaku jadi gurau senda!!!

Wahai kau pemimpin... usah kau takut pada mereka! Usah kau takut pada hinaan mereka... hanya cukup satu saja...bawa kami menuju cinta Illah! jadilah Imam kami ketika kau bisa! Jadilah ketua kami ketika kau wajib! Kerana kami akan terus taat...taat kepadaMu seperti perintah ILLAH....

Wahai kau pemimpin...kami tidak mahu kemajuan ini semua...jika akidah kami lemah selemahnya! Jika jiwa kami rapuh-serapuhnya...sehingga bisa mereka itu... menghambakan kami semahu-mahunya! KAMI TIDAK RELA!!!

Wahai kau pemimpin! Sampai bila kau mahu bergoyang kaki di kerusi empuk??? Sampai bila kau mahu menghirup nyamannya penghawa dingin di kamar kerja?? Sampai bila kau mahu abaikan kami nun jauh di luar sana?? Yang hidupnya tidak tentu hala?? Adakah kamu mahu mengerti??

Wahai kau pemimpin! Bangunlah...bukakanlah mata tadahkanlah telinga! Lihat! Dengar! Akan aduan rakyat yang kau abaikan tanggungjawabmu pada mereka! Akan hati rakyat yang kau terus kau biarkan kecewa! Sedang kau sungguh enak bergelak ketawa...tanpa sedikitpun kau pandang mereka!

Wahai kau pemimpin! Ingatlah, selagi kau masih menjadi pemimpin, kami akan taat! Namun apabila kau lupa pada amanah yang kau pikul, mudah-mudahan keampunan untuk kami ke atas kau yang berkhianat!

BANGKITKANLAH ADDIN, MANTAPKANLAH UMMAH! KAMI TIDAK MEMERLUKAN KEMAJUAN, JIKA AGAMA KAMI KAU JADIKAN PERTARUHAN!


SELAMATKANLAH KAMI WAHAI PEMIMPIN, DARI MURKA TUHAN YANG MENCIPTAKAN! 



************************************



P/S : Aku luahkan ini atas rasa kecewa pada pemimpin UMNO dan kerajaan. Yang masih enak duduk di kerusi empuk membela lemak... lupa mereka kepada rakyat marhaen...rakyat yang memilih mereka menjadi pemimpin... di mana perjuangan mereka?? Jangan harapkan blogger sahaja untuk membela kerajaan! Kau memang bacul kalau pemikiran kau seperti itu! Kami si blogger tidak meminta walau satu sen pun daripada kerajaan! Kerana kami sedar siapa diri kami, sedar akan perjuangan kami... bukan seperti pemimpin-pemimpin UMNO yang bacul itu! Setiap isu yang berbangkit... mereka wajib menjawabnya..wajib pergi ke ramai...jangn tunggu di suruh dulu baru kau pergi!!..Janganlah lebih suka menternak lemak...langsung tak ada semangat... bila perhimpunan agung... gebang bergegar-gegar...tapi bila habis...diam membisu... hmmmm....entahlah...nak harapkan blogger ja?? mintak ampun lerr kawan...
1 Komentar untuk "WAHAI PEMIMPIN, DENGARKANLAH~!! @najibrazak"

salam ziarah..

***moga hati, mata, telinga tidak dihitamkan, tidak dibutakan dan tidak dipekakkan dengan pimpinan yang tidak menjulang agama..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD