Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

PERSOALAN MENGENAI ISLAM HADHARI - BENARKAH SATU AGAMA BARU SEPERTI YANG DI CANANG-CANANGKAN OLEH ULAMAK PAS DAN PEMIMPIN PAKATAN??

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh... sudah lama rasanya pendekar tidak menulis entry baru...kekangan masa dan ruang waktu menghalang keinginan untuk menulis lagi dan lagi... walaupun penulisan adalah jiwa seorang blogger...namun jika aral yang melintang itu menghalangi keinginan itu...tidak dapat tidak terpaksa juga untuk dipendamkan hasrat untuk menulis lagi...

Dalam waktu berhibernasi beberapa hari ini, pendekar sempat untuk menimba ilmu dengan guru pendekar, seorang biasa yang memiliki ilmu yang luar biasa...memiliki daya ingatan yang kuat... sehingga mampu untuk menterjemahkan setiap patah ayat al-Qur'an tanpa perlu melihat pada tafsiran... dan alhamdulillah, pendekar sudah mampu untuk mendapat sedikit ilmu penterjemahan al-Qur'an daripadanya... walaupun tidak banyak... namun berbaloi juga... dan ingin sekali di tambah lagi jika masa dan keadaan mengizinkan nanti... Mudah-mudahan...Amin...


Berbalik kepada tajuk, Islam Hadhari yang pernah diwar-warkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menjadi satu topik yang sangat panas. Rata-rata ulamak PAS dan juga para pemimpin pembangkang yang mengaku lebih Islam dan hafaz al-Qur'an lebih daripada orang lain mengatakan bahawa Islam Hadhari adalah agama baru....

Mereka berkata seperti itu tanpa tahu bahawa di dalam makna yang sebenar, perkataan "HADHARI" itu adalah perkataan yang di ambil daripada perkataan "HADHARA" yang bermaksud "DATANG atau HADIR"..sama seperti tatabahasa bahasa Melayu, al-Qur'an juga memiliki tatabahasanya sendiri. Jika di ambil kira pada tatabahasa al-Qur'an, Islam Hadhari bolehlah dikatakan sebagai ISLAM DATANG ataupun KEDATANGAN ISLAM....

Dengan kedatangan Islam, tamadun berkembang, wujudlah masyarakat madani iaitu masyarakat yang bertamadun dan memiliki keluhuran pekerti yang tinggi...

Di dalam al-Qur'an, perkataan HADHARA ini di sebut dalam surah al-Baqarah ayat 133 yang menyebut tentang kedatangan anak-anak nabi Yaakub A.S sebagai penyambung dakwahnya...

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ { 133}

Maksudnya :
(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)". [133]

Maka, berdustalah para ulamak yang mendustakan ayat-ayat ALLAH... juga pada mereka yang tidak tahu tetapi berlagak tahu.... Sesunggunya Ilmu itu milik ALLAH... dan hanya dia yang berhak untuk memberikannya kepada sesiapapun yang dikehendakiNYA.... 
Wallahua'amu bissawab...

Untuk itu..pendekar noktahkan semuanya di sini...mudah-mudahan pengetahuan kalian bertambah ya... amin...

Salam perjuangan dan salam hati dari pendekar berkuda... (^_^)


4 Komentar untuk "PERSOALAN MENGENAI ISLAM HADHARI - BENARKAH SATU AGAMA BARU SEPERTI YANG DI CANANG-CANANGKAN OLEH ULAMAK PAS DAN PEMIMPIN PAKATAN??"

Masalahnya sekarang bukan pasal perkataan HADHARA atau HADHARI bhai..lu ni memang ketinggalan zaman ke apa?
Bila ulama berkata-kata ko tak nak dengar..sifu mana la yang ajar ko kaitkan hanya dengan asal usul perkataan.

Yang dimaksudkan agama baru tu bukan dari perkataan tu, tapi dari apa yang nak disampaikan oleh PM ketika itu..tu lu pandai2 cari sendiri la bro..lu kan pakar SEO..kawan dengan ulama plak tu..

Takat hutang pun lu lari bayar tak payah borak pasal agama la wei..

Bhahaha..takut anon komen, lu nak approve dulu la komen wa? Wei PB..sudah2 la dengan UMNO kau tu..kenang2 la mati esok..

bila nak bayar baki hutang saya??
dh thn lain dah ni..
jauh benar dr tarikh yg dijanji dulu..
saya nanya kat fb xnak jawab...dtg tnya kt blog plak..

teringat seorang ustaz yg cakap hadhari nie sesat..

so islam dan hadhari ialah islam sesaaa....
lepas 2 ustaz 2 mengucap..

lepas 2 baru dia perasan dia tersalah taksir maksud hadhari 2...

mesti dah xjadi lecturer sekarang ustaz 2...hik2

program besar plak 2,penuh orang2 besar umno

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD