Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

MELAYU DAN KETAKSUBAN MEREKA PADA NAMA. APABILA SI DUNGU MULA MENDABIK DADA....

Bismillahirrohmanirrohim....

Patah kata lafaz dari hati...tidak di sebut dengan lidah...kerana hati yang berkata...tidak akan pernah bisa berdusta...Bagaikan aliran air dari perbukitan...menerjah menuruni lembah-lembah...sebelum bertemu di muara... perumpamaan kehidupan seperti itulah... penuh onak dan duri.. hanya kekuatan semangat dan iman mampu untuk membantu kita menempuhi perahu kehidupan...

Adapun pada tajuk di atas, hanyalah kisah lama yang ingin aku kongsi kepada kamu-kamu-dan-kamu untuk kesekian kalinya...ketika kamu bisa memanggil Tuhan kamu dengan panggilan AKU-KAU. Prediksi yang memungkinkan satu sikap kurang ajar untuk seorang hamba terhadap Tuhannya... Jadi, kenapa kamu ingin bising jika orang yang lebih muda memanggil kamu dengan panggilan seperti itu?? Sangat ralit bukan??

Berbalik pada tajuk, aku ingin kongsi sedikit pengetahuan yang aku punya, pada ketaksuban para ibu bapa melayu dan muslim untuk memberikan nama anak mereka sesuka hati mereka...konon pada pandangan untuk mendapat berkah dan keberkatan dari nama tersebut. Maka mulalah mereka menyelak kamus-kamus arab, mulalah mereka mencari nama-nama unik untuk diberikan pada anak mereka... Yang pentingnya yang baik-baik sahaja...

"Dan janganlah kamu menyerupakan ALLAH dengan MAKHLUK.."

Adalah satu perkara yang selalu di lepas pandang oleh para ibu bapa Muslim... 99 Nama-nama ALLAH adalah nama-nama yang dilarang malah diharamkan sama sekali untuk diberikan kepada anak... Tetapi apa yang selal kita lihat adalah nama seperti ini, Malik, Quddus, Salam, Muhaimin, Aziz, dan bla bla bla nama yang selalu kita jumpa di mana-mana....

Ambil contoh..sekiranya orang yang bernama Aziz itu kemalangan dan terputus tangan, maka sudah pasti akan ada orang yang berkata... "Tangan Aziz putus wwooo...." ...adakah kita nak cakap bahawa Tangan ALLAH dah putus? Tidak mungkin kan??

Begitu juga kalau seorang yang bernama Salam menggantung gambarnya di dinding dan secara tak sengaja gambar dia itu memberikan penerangan seperti.... "Itulah Salam...takkan tak kenal??"...sejak bila pula ALLAH memiliki rupa kan?? Wallahua'lam..

"Aku adalah satu perbendaharaan yang tersembunyi, Aku ingin dikenali dan diketahui. Maka Aku ciptakan makhluk. Dan dengan NAMA ALLAH lah mereka mengenali Aku.." - Hadis Qudsi...

Nama ALLAH...manusia bila memiliki nama ALLAH maka dia akan secara sengaja mencabar kuasa yang dimiliki oleh Tuhannya.. Kerana itulah, setiap apa yang menggunakan nama-nama ALLAH di dalam namanya...tidak dapat tidak, wajib untuk meletakkan ABDUL sebagai awalan namanya. Abdul bermaksud Hamba... boleh juga Abdil, Abd atau sebagainya... semuanya memberikan maksud hamba..

Namun, walaupun ilmu pengetahuan kini sangat mudah diperolehi...tetapi tidak ramai yang mahu mempelajarinya...Maka, menjadilah mereka insan yang gemar menurut dan mengiyakan apa saja kata alim ulamak...tanpa menyelidiki apa benarnya perkataan tersebut..

Maka, marilah kita berlindung dari kemurkaan ALLAH..

Terima kasih kerana membaca....salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda...

P/S : Jika kau letak nama John Labu pun tak ada apa nak dikisahkan...asal tidak kau cabar ALLAH...

P/S : Kenapa semua Nabi dan Rasul yang wujud tidak pula guna nama-nama ALLAH?? Hairan kan??
4 Komentar untuk "MELAYU DAN KETAKSUBAN MEREKA PADA NAMA. APABILA SI DUNGU MULA MENDABIK DADA...."

Bila orang jahil menyebarkan 'ilmu' mereka..

Antara nama2 yang terbaik adalah nama2 yang disandarkan dengan nama Allah (idhafah).. tetapi sandaran ini kena diperhatikan juga.. jangan main sandar je, nanti dinding roboh, siling pun runtuh..

Sandaran yg boleh digunakan adalah meletakkan abd (abdul) di pangkal nama sebelum disandarkan dengan nama Allah.. spt Abdullah (abd Allah), Abdurrahman (abd Ar-Rahman) dsb.

Tetapi tidak boleh meletakkan nama Abu jika nak disandarkan kepada nama Allah spt Abul Hakeem (Abu al-Hakeem), Abul Quddus (Abu al-Quddus) dsb.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD