Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

LUAHAN HATI SEORANG YANG BERDOSA BERAT

*******************

Mereka bilang.... "Aku mampu menang berhujah dengan 10 orang berilmu tetapi aku akan kalah berhujah dengan seorang yang jahil kerana dia tidak pernah memahami landasan ilmu..."

Kata-kata imam Syafiee Rahimahullah yang mereka tujukan sama aku... tapi aku ingin juga tanya mereka..... apakah landasan ilmu itu sebenarnya?? jangan cuma tahu ambil dan beri ayat tanpa kau huraikan ayat itu bagaimana... memang mudah untuk kau bilang orang lain jahil...tapi adakah kau cukup berilmu adalah persoalannya yang paling utama....


*********************


Aku ini cuma orang biasa saja...apa kau mahu goyang sama aku?? aku conteng dinding aku sendiri juga... aku tak pernah paksa kau untuk percaya... aku tak pernah sentuh kau punya hak dan harta... jadi...bikin apa pula kau mahu goyang sama aku?? ini semua adalah pandangan aku...kau mahu kebaikan...kau ambil yang baik-baik saja...kau tak mahu..kau campak saja apa aku luahkan ke dalam tong sampah...mudah aja kan?? (^_^)


********************


Dibenarkan oleh pihak polis...apa aku nak heran kalau depa melompat girang macam kanak-kanak dapat gula-gula... hayya... polis itu jugak yang kau kata anjing...polis itu jugak yang kau bilang bangsat... last-last...kau kena ugut ka...kena ancam ka...kau pi balai polis buat report jugak... hipokrit sungguh...dasar tak sedar diri....perkataan sendiri pun tak mahu pegang... bangang kau tau tak maknanya?? haakkkktuiiihhh....


********************

Anak muda...yang gila mengejar apa itu perjuangan kononnya... yang aku tak tahu sama ada mereka ikhlas kerana agama...Di ulangi..I.K.H.L.A.S....ataupun hanya mahu memenuhi nafsu memberontak mereka...dan bila emosi membatasi akal... jadilah mereka ini di antara orang-orang yang bebal....kerana bertindak dengan emosi tanpa menggunakan akal adalah sama sahaja seperti orang bebal... yang boleh di sepak ke sana ke mari...asal saja kau boleh goncang emosi dia...


*******************

Sesungguhnya manusia itu suka kepada perhimpunan, lagi ramai lagi bagus, dan ramai itu melambangkan kekuatan.

tapi tak nak pulak diorang apply dekat solat kan?


******************


Ada orang gebang sama aku bahawa Negeri yang paling maju ekonomi di malaysia adalah Pulau Pinang... bila aku mahu bangkang dia lari... keh keh keh...

Dia lupa satu fakta... Lim Guan Eng itu 2 kali sebulan pergi itu singapura mancing itu pelabur... habuannya.... tanah dan bangunan di bahagian pulau... Kau orang tahu ka lebih 50% bangunan KOMTAR itu milik pelabur singapura?? Tidak tahu?? Hayya... manyak susah la mau bicara sama lu olang maaa....

keh keh keh....


*********************


Mencintai seseorang tidak semudah menyukainya... kita bisa saja suka padanya...namun untuk menyintainya bukanlah semudah itu...ya..biar secantik dan setampan manapun dia... jika hati tidak menerima...janganlah di paksa-paksakan... kerana kelak...diri juga yang tersiksa...


********************


Luahan hati hanya;ah sebuah ungkapan yang tidak mampu untuk terluah lewat gerak bibir...hanya melalui penulisan sahaja ia mampu menghiburkan...

Salam hati...(^_^)
0 Komentar untuk "LUAHAN HATI SEORANG YANG BERDOSA BERAT"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD