Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

LAGI GAMBAR KEBEBALAN DAN KEGANASAN MAHASISWA YANG KONON-KONONNYA ADA OTAK TU (RUSUHAN DI UPSI)

Gambar rusuhan di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)

Dah kemaruk sangat nak tunjuk hebat gamaknya... dah kemaruk sangat nak tunjuk handal gamaknya...kata mahasiswa yang pandai guna otak... ni bila aku tengok gambar ni macam samseng jalanan yang guna hukum rimba... Kalau dah belajar kat IPTA (ingat...kerajaan punya ya...bukan bapak kau punya...) janganlah nak tunjuk belang macam IPTA tu kau punya rumah!

Belajarlah nak hormat rumah orang... hei! IPTA tu untuk orang yang ada niat nak majukan diri dia... nak timba ilmu sebanyak mana...kalau kau tak suka ikut dia punya peraturan, kau berambus pergi itu swasta sana! Celaka punya budak...

Ini dia mahasiswa yang ada otak tapi tak pandai guna... tuan rumah punya peraturan dia kasi langgar saja.... apa lu ingat lu itu sudah besar sangat ka?? Hayya... balik rumah makan itu capati cicah gula lagi enak maaa... apa barang lu mau bikin onar sama orang punya tempat??

**************
 Di curik secara sengaja dari mynewshub.my

**************


Meluat dan jijik. Begitulah dua perkataan terbaik yang patut dilemparkan kepada sekumpulan mahasiswa dipercayai dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang ditahan malam tadi kerana mengadakan perhimpunan tanpa kebenaran.

Setelah kita ‘didodoikan’ kononnya mereka dianiaya, dikasari dan dizalimi, rupanya baru kita tahu semua itu fitnah dan taktik untuk mendapatkan simpati semata-mata!

Hakikatnya yang berlaku jauh panggang dari api.
Allah maha adil. Kebetulan seorang pelajar UPSI berada di tempat demonstrasi itu berlangsung dan dia akhirnya membongkar segala penipuan Adam Adli dan konco-konconya.

Norhidayah Harun iaitu Setiausaha Majlis Perwakilan Pelajar di UPSI  di dalam laman facebooknya  menyangkal dakwaan kumpulan SMM bahawa polis bertindak kejam ke atas mereka.
Menurut Norhidayah, amaran telah diberikan oleh pihak polis.


Sebaliknya kumpulan Adam Adli & SMM ini bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik.

Lihat gambar di bawah sebagai bukti :

(GAMBAR: Mesej apa agaknya yang hendak disampaikan dengan menterbalikan gambar Perdana Menteri? Puak Adam Adli kata mereka bukan alat pembangkang, kalau iye mengapa asyik bertindak begini? Bukankah Najib sudah berjanji akan mengkaji AUKU untuk membolehkan mahasiswa berpolitik.Sabarlah sedikit dan tengoklah apa yang hendak diubah tu dulu)


(GAMBAR: Panjat pagar – Ada rupa macam mahasiswa ke? Lebih kepada perangai Hindraf masa kecoh di Batu Caves dahulu.)

 
(GAMBAR: Tolong jangan kata FRU yang pecahkan klinik ni. Buat apa diaorang nak tambah keje camni kan.)

Sayang sekali, golongan siswa yang diharapkan dapat memberi contoh dan tauladan yang baik ini rupanya lebih teruk perangai dan sikap mereka.

Hanya kerana mahu dilihat sebagai hero, golongan pelajar ini telah membuat sesuatu yang cukup memalukan.
Ia sekali gus menunjukkan yang otak mereka bukan terletak di kepala, tetapi di lutut!
Percayalah, golongan seperti ini tidak layak langsung untuk kita angkat sebagai pemimpin masa depan kerana mereka membenarkan emosi menguasai diri hingga lupa untuk menggunakan pemikiran yang dikurniakan Tuhan.

Yang mereka tahu, matlamat menghalalkan cara, salah atau tidak belakang cerita.
Untuk Adam Adli, mereka boleh tipu semua orang….tapi belum tentu semua orang boleh ditipu mereka!

– Oleh MEGAT TERAWIH Jr.

*********************

Psst~! : Lu bilang sama wa sikalang...itu mahasiswa ada otak atau tidak?? Ada kan?? Tapi tak tau guna maaaaa.....
16 Komentar untuk "LAGI GAMBAR KEBEBALAN DAN KEGANASAN MAHASISWA YANG KONON-KONONNYA ADA OTAK TU (RUSUHAN DI UPSI)"

Islam hanya pada nama...
Lg pown mmg saidatina aisyah pown pernah berkata.. Perbuatan paling jijik ialah berpolitik.. Kenalah faham.. =="

Dah memang polis tu tangkap aku tiba2 dengan keganasan tumbuk terajang. Kenapa di luar negara polis siap beri laluan bila ada perhimpunan? perhimpunan bertukar ganas bila polis masuk campur. Lihat mereka semua masih mahasiswa, apalah sangat boleh dibuat selain melaungkan kata-kata semangat. Tiada sebarang tanda-tanda keganasan akan wujud. Jadi kenapa perlu disuraikan mereka tu? Bagi saja mereka laung, penat baliklah ye tak? Ni nak pukul-pukul, apa mahasiswa ni binatang ke apa nak dilakukan sebegitu rupa?

JiSetuju dengan Pendekar, dalam dunia tak betul ni, cuma TV yang betul. Sebab tu TV tak siarkan video mengenai apa yang sebenarnya berlaku, siapa yang pukul siapa sampai ada yang tercedera. TV kata cermin yg pukul pelajar, tapi cermin yg tak pandai berdusta tidak pernah menipu. Begitu juga video dan gambar foto yang tak reti berdusta tak pernah menipu.Cuma yang sering tertipu ialah orang-orang lurus bendul seperti kita yang bila melihat ayam cuma memikirkan ia adalah ayam dan bukannya ibu ayam yang memperdagangkan anaknya. Malangnya kita....

C

kadang2 kita terlupa apa tugas dan tanggungjawab polis sbnrnya..mereka di tugaskan menjaga keamanan dan keselamatan rakyat. Kalau dah buat perhimpunan sampai boleh menimbulkan bahaya pada masyarakat sekeliling,sepatutnya bukan kata di tumbuk atau di terajang.. susah2 tembak saja. ikut mcm polis di barat. sbb yang buat kecoh mcm ni,bukan tak akal sahaja, ini org smua org gila je pendekar.

wkakakakakaka.. sori kena gelak panjang sikit sbb tak nampak itu widget share kacau jgk.. nasib baik takde iklan kt belak kiri ni.. kalu tak aku klik2 sampai itu banner pecah.. tlg alih sikit widget ni bley.. ganggu org nk komen.. errr.. bersangkutan dgn cite kt atas.. nk komen pendek je.. why so serious o.O?

PB ni ntah ape2 ntah... ayat kononnye bagus... maki2 hamun tu igt bagus sgt la tu.. bajet bagus.. ptuiii!!!

orang bijak mmg selalu bertindak bodoh!

aku xfaham...ade juge rakyat malaysia yg xfaham. aku xnmpk kebaikan atau perubahan dgn politik dimalaysia,dari zaman tok moyang kite dulu smpi skrg same je..xde perubahan,ape yg rakyat mahukan PERUBAHAN. kalau pihak pemerintah yg sedia ada ini xboleh buat sesuatu,bubarkan saja,kite ade hak untuk buat perubahan pada plihanraya nti,harap perubahan bsr berlaku dlm pilahanraya nti,hidop rakyat!

kalau yang komen sume setakat nak ampu tuan belog, lebih baik tak payah rasanya, tuan belog sendiri sudah mengambil masa untuk mencaci dan memaki hamun pelajar-pelajar UPSI dengan penggunaan ayat dan tatabahasa yang cantik, lebih cantik bila ditambah ayat 'Psst~! : Lu bilang sama wa sikalang...itu mahasiswa ada otak atau tidak?? Ada kan?? Tapi tak tau guna maaaaa..... '.
jangan jadi rakyat selalu kena suap. rakyat bodoh mintak suap. rakyat bebal tunggu suap.

mahasiswa UPSI di atas hanya ingin suarakan pendapat mereka. kalau ragu-ragu kes-kes di atas angkara FRU ataupun tidak, sila buat research yang mendalam sebelum buat entry.
shame on you.

@Dr Love

bila polis yang bertugas menjaga keamanan di suruh tembak saja sesiapa yang dirasakan menyusahkan, kemudian dikatakan pula gila bila sekumpulan pelajar ingin menyuarakan pendapat. mentaliti apa ini?

@Dr Love

bila polis yang bertugas menjaga keamanan di suruh tembak saja sesiapa yang dirasakan menyusahkan, kemudian dikatakan pula gila bila sekumpulan pelajar ingin menyuarakan pendapat. mentaliti apa ini?

@nina bobok

ahhha.... bodek tuan belog?? hahaha... depa ada pendapat depa sendiri... tak betul ka apa aku bilang?? ada otak tapi tak tau guna... betul apa??

kau bilang mahasiswa UPSI?? hahaha... pi boboklah kau kalau kau sendiri tak tahu mahasiswa UPSI yang join tu belas2 orang ja...yang lain tu import maaa... ngeks...pi bobok ya ngeks..

aku tak marah kalau nak berdemo tegakkan keadilan ke apa. Sebab bila fikir2 balik logik je darah muda ni nak perjuangkan apa - apa.

yang aku tak suka ialah kemunculan pihak yang membuat provokasi. Demo perlukan suara keadilan sebagai lambang bersatu, tapi bila muncul provokasi murahan menunjukkan kebencian, itu tidak berpelajaran pada aku.

Rileks, nak berdemo pun biar betul perjuangannya. Untuk generasi akan datang, bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Demo tak salah, tapi provokasi murahan dan orang yang menyokong membabi buta dan menuding jari je kerjanya itu yang merosakkan.

Majulah mahasiswa akan datang untuk negara tetapi jangan mudah terpedaya momokan revolusi atau reformasi si kaki belit.

mengapa negara yg amn ni perlu di kucar kcir kn..lupe kh anda pade negra2 yg bergolak...asal nye negara tersebut amn tp disebakn sesetgh pihak ianye tumbg dn miskin...adekh kite nk malaysia jd cam tu..negara ade undg2...klu ia pon x puas ati gunakn la saluran yg betul untuk menuntut satu2 hak...bkn merusuh...

bertindak rasional la.....sy mmg x ska politik either pembangkang ke gomen. tp klo nak suarakan pendapat pown bkn ni caranya. da terbukti kt mane2 mmg rusuhan 2 tindakan yg menyusahkan owg laen.ble nak buat rusuhan x nak fikir akibat. ble da kena tangkap bising pula, kekerasan la bagai...kate secara aman, tp klo da smpi jerit2 tgh mlm, baring kt jalan raya, 2 mmg x aman la namanya.bdk upsi yg nak kena tindakan 2, klo nak berpolitik just berhenti study..bg peluang kat org yg btl2 nak study.jgn smpi org ramai hilang hilang kepercayaan pd institusi perguruan.

adik2ku sekalian.....berfikirlah sejenak....dari mana kita semua mula merangkak belajar alif ba ta, nombor 123..huruf abc....bagaimana rupa kita pada hari pertama kita mendaftar sbg seorg mahasiswa/mahasiswi institut pengajian tinggi/pendidikan yg amat diimpikan oleh setiap pelajar lepasan sekolah menengah....kenapa pada hari ini, tiada lagi kesedaran dalam diri? d mana d sembunyikan tatasusila?d mana d sembunyikan rukun negara yg sering dlaungkan? semua ibu bapa amat mengharapkan dapat melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran....tamat pengajian dengan cemerlang....tanpa ada dselitkan unsur2 negatif yg sering merasuk dsekeliling anak2 ini....menitis air mata setiap insan yg ingin melihat keamanan di Negara Malaysia kita yg tercinta ini....adakah pernah terfikir ada lagi adik2 kalian yg masih kecil yg sedang berusaha untuk ke menara gading spt kalian?...bagaimana masa depan mereka nanti jika mereka melihat keadaan d sekelilingnya sudah begini?....sering kita laungkan keamanan, kebebasan, ketelusan....tapi adakah kita pernah melaungkan syukur atas apa yg telah kita kecapi selama ini?...adakah kita pernah melaungkan syukur atas kejadian kita pada hari ini?..kita semua sama adik2ku....semua bermula dari tangisan yg amat kecil ketika dilahirkan oleh ibu kita yg bertarung nyawa demi utk anugerah Allah SWT yg tidak ternilai....kita tidak terus jadi dewasa/besar begini kan?....menuntut ilmu satu tanggungjawab...amanah utk setiap insan yg bergelar pelajar.....laksanakanlah tanggungjawab/amanah itu...beristiqamah dalam setiap perkara yg setiap hari akan kita hadapi pelbagai macam warnanya.......demi ibu bapa tersayang, demi keluarga tersayang, demi masa depan, demi Negara Malaysia..tanah kelahiran kita..yg kita duduki dari lahir hingga sekarang....yg kita duduki dgn aman, selesa, bahagia, tiada pun ledakan bom semasa kita sdg berbahagia berkumpul bersama keluarga (nauzubillahuminzaliq)......fikirkanlah adik2ku.....d mana pun kita berada....Allah Maha Adil, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana...hanya sekadar untuk berkongsi, tiada maksud lain selain utk manfaat bersama.....jazakallah~

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD