Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

KISAH ORANG KELANTAN DENGAN ORANG NEGERI SEMBILAN

Kisah ni diceritakan oleh kawan aku. Mamat ni asal Kelantan. Mmg pure kelantan. Satu hari tu dia ceritakan macam mana first time dia dtg ke
Seremban sebab nak interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan.

Nak diceritakan disini, dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki. "Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pengangkutey?"
Lelaki tu tengok dia atas bawah, atas bawah. "Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang"

"Betul doh kawey kecek nih. syarikat pengangkutey, pengangkutey.."
"Budak ni ado yg lobam nanti kang.." Brother tadi dah mula naik hangin sikit.. Memandangkan member aku tau brader tu tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..
" Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd... ., transportation, transportation"

"Oo... transportation.. ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey.."
Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi member aku ni mintak tolong brader tu lukiskan pelan..

"Abey buleh tunjuk peley dok?"
Lagi sekali brader nogori tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok member aku ni atas bawah, atas bawah.

"HESHH... ! Ekau kan dah ado tu. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?" Brader tu start bengang dah. Maka member aku ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn kertas sambil mintak brader tu lukiskan..

"Lukih lukih peley nok gi ke sano.."
"Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo tadi... hishh
kau ni jang... ." Maka brader tu pun tolonglah lukiskan pelan.
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan brader tu maka member aku pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia diterima bekerja dgn syarikat tersebut.

sumber : - VIRTUALFRIENDS.NET
5 Komentar untuk "KISAH ORANG KELANTAN DENGAN ORANG NEGERI SEMBILAN"

heheee.. dah ku agak..ini mesti masalah bahasa.. apo boleh buek.. paham2 saja lah yep

Tu la.. Lain kali kalau datang negeri orang, gunakan la bahasa kebangsaan yang betul.. Gunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya. Bukan semua orang boleh faham loghat2 negeri lain ni.. ehehh...

ellow brader, betul ke cerita ni macam FAKE je. hahaha, tetapi BERSTYLE. haha

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD