Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

ANTARA EGOISTIK AGAMA DAN ISLAM SEDERHANA

Bismillahirrohmanirrohim... 

Izinkan untuk pendekar luahkan apa yang tersirat dalam hati...perasaan sedih yang menggunung melihat setiap inci dan ruang yang ada buat umat Islam menjadi satu permainan bagi mereka yang berjuang dengan taksub untuk agama...

Mengambil kisah bahawa PAS ini bukanlah sebuah parti politik yang telah wujud sejak sekian lama...tetapi kewujudan PAS ini adalah kerana perbezaan pendapat di dalam satu pertubuhan yang dulunya bernama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau dengan lebih mudahnya di sebut sebagai UMNO... Akibat perbezaan pendapat mereka ini, mereka mula mendabik dada dengan penuh ego dan memisahkan diri mereka dari JEMAAH UTAMA umat Islam.

Kemuncak keegoan mereka adalah apabila mereka dengan berani mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa sahaja yang berada di dalam UMNO adalah kafir. Sehingga menimbulkan kesan ke atas perpaduan ummah... Di mana bermulanya sembahyang dua imam dan juga bermulanya proses assobiyyah yang memakan tidak sedikit korban bagi hati...malah menular dari generasi ke generasi...

Suatu perjuangan agama yang suci telah diporak-perandakan oleh kelompok-kelompok ego ini. Bukan mudah sebenarnya untuk menerima dan menelan hakikat ini..namun itulah kebenarannya... Andai jika para ahli agama yang egoistik ini lebih mendahulukan kemashlahatan ummah lebih daripada kepentingan diri, maka tidak mungkin akan kita lihat perpecahan di kalangan kelompok umat Islam seperti sekarang ini...Percayalah..

Bila agama yang suci lagi menyucikan digunakan sebagai pertaruhan untuk memperolehi kekuasaan politik dan dunia... maka di manakah lagi bisa kita gantungkan harapan dan impian untuk melihat bahawa Islam itulah yang memberikan rahmat kepada seluruh umat manusia??

Kelompok ulama egoistik ini, yang menubuhkan satu parti atas dasar tidak berpuas hati terhadap pemerintah..juga menggunakan kelebihan pengetahuan agama mereka untuk merendah-rendahkan golongan yang satu lagi yang tidak sependapat dengan mereka... Menggunakan agama untuk menyebarkan fatwa-fatwa sesat lagi menyesatkan dan menyimpang jauh dari asas Islam hakiki... Yang telah menghancur luluhkan perpaduan umat Islam...

Percayalah wahai saudara-dan-saudari ku sekalian...

Islam itu ad-deen...
Islam itu adalah perdamaian....
Islam itu adalah kesejahteraan...
Islam itu adalah kasih sayang sesama saudara...
Islam itu adalah belas kasihan...
Islam itu adalah kerendahan hati....
Islam itu adalah ketinggian budi dan kekayaan jiwa..

Justeru itu, 
di manakah kita pelajari bahawa Islam itu adalah sumpah seranah?
Di manakah kita pelajari bahawa Islam itu adalah rendah-merendahkan?
Siapakah yang mengajar kita untuk kafir mengkafirkan??
Bilakah kita di ajar supaya percaya bahawa Allah itu mewakili semua perilaku buruk?
Sejak bilakah makhluk bisa menggunakan Sifat Makhluk ke atas Zat Yang Maha Kuasa??


Kita sudah jauh menyimpang dari jalan yang benar... Allah itu Satu...Dia tidak pernah menyerupai makhluk... Zat yang Tunggal...Unggul...tidak terusik pun sekalipun kalau kamu tidak beribadah kepadaNya...langsung tidak rugi satu apa...


Dia yang memiliki kuasa apa yang di langit dan di bumi serta sekalian isi-isinya... Dia yang mencipta kita semua... Jika kalian rajin menyelak hadis Qudsi, kalian akan temukan untuk apakah manusia dan sekalian makhluk ini di ciptakan?


Ingin sekali pendekar ungkapkan...pemerintah kini adalah Muslim... dia tidak pernah mengajar kamu untuk melakukan maksiat...dia tidak pernah mengajar kamu untuk melakukan kejahatan...dia tidak pernah menyiksa dan membunuh keluarga kamu... Maka untuk apa kamu tentang dia??


Kata kamu pejuang Islam? tetapi kenapa kamu masih mahu sibuk-sibuk tentang urusan dunia? Kenapa tidak kamu jaga agama kamu? Kenapa perlu kamu kalut dia menyeleweng atau rasuah? Adakah perbuatan itu merosakkan agama kamu? Mentaliti seperti inilah yang perlu kamu kikis... Jika kamu bukan pejuang agama...mengaku saja... Jangan sampai orang bilang kamu munafiqin... azabnya lebih teruk dari kafir harbi...Jika kamu mahu sedar itu...


Pendekar sangat sedih sebenarnya...tetapi pada masa yang sama sangat bersyukur... Dr. Hassan Ali, seorang insan yang berani berkata benar dan lantang untuk menyelamatkan akidah ummah, di pecat dari PAS... Ya...inilah yang sebenarnya yang pendekar mahu... kerana perjuangan agama...tidak mungkin akan pernah di sukai oleh politik... hanya golongan egoistik dan riak sahaja akan menggunakannya untuk mendapatkan kuasa... Tidak percaya? Percayalah...


Mudah-mudahan selepas ini, perjuangan Islam akan lebih subur....tanpa kekangan mana-mana parti politik.... UMNO, daripada apa yang pendekar lihat... akan menyokong mana-mana perjuangan ISLAM...tetapi bukanlah dari PAS.... itu sahaja... kerana apa yang kita boleh lihat kini... PAS bagaikan satu agama...pemimpin utamanya bagaikan maksum sehingga di gelar Nabi oleh pengikutnya... Nauzubillah...

Untuk itu...kalian juga mempunyai pendapat...mempunyai kotak fikiran...apa salah kalau kalian guna...hanya untuk menjaga agama ini supaya tidak menjadi serendah-rendahnya...sehingga si kafir juga bisa memandai2 memberikan nasihat tentang agama...


Aku bermohon ampun dariMu ya ALLAH...dari fitnah dunia dan segala isi-isinya... Amin...


Sekian..salam perjuangan dan salam hati dari Pendekar Berkuda...


Assalamualaikum...
1 Komentar untuk "ANTARA EGOISTIK AGAMA DAN ISLAM SEDERHANA"

inilah akibatnya meletak politik tinggi daripada agama. walhal politik ni pitis shj...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD