Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

WANITA ARAB SAUDI YANG DI PANCUNG/PENGGAL KERANA MENGAMALKAN SIHIR : GAMBAR

RIYADH – Seorang wanita kebangsaan Arab Saudi menjalani hukuman penggal. Ia dinyatakan mengamalkan 'ilmu sihir'. Menurut Kementerian Dalam Negeri-Saudi, hukuman penggal untuk kesalahan ilmu sihir merupakan kali kedua di tahun ini.

Amina binti Abdulhalim Nassar, di hukum di daerah al-Jawf, sebelah utara Arab Saudi pada Isnin (12/12). Menurut sumber yang dekat dengan polis agama mengatakan pihak berkuasa telah menggeledah rumah Nassar.

Mereka menemui sebuah buku yang mengajar ilmu sihir, 35 tudung dan botol yang disyaki digunakan untuk melakukan amalan sihir. Surat khabar Arab Al Hayat melaporkan bahawa Amina mengakui boleh menyembuhkan penyakit dengan menjual jilbab/tudung dan tiga botol 'ramuan' dengan harga 1500 riyal, atau sekitar 400 dolar.

Pegawai Amnesty International Timur Tengah dan Afrika Utara, Philip Luther mengutuk hukuman penggal itu. "Ilmu sihir tidak termasuk sebagai kejahatan di Arab Saudi," ujarnya.

Amina bukanlah orang pertama yang dihukum kerana sihir yang dituduh oleh pemerintah Saudi kepadanya. Sebelumnya, pada September, seorang pemuda Sudan dipenggal di kota Madinah setelah dibuktikan bersalah atas kes yang sama.

Amnesti Internasional mengatakan bahawa seramai 79 orang telah dihukum mati di Arab Saudi sepanjang 2011. Jumlah ini tiga kali lebih banyak dibandingkan pada 2010.

Kelompok penggiat HAM mengutuk kebergantungan kerajaan pada hukuman mati yang kerap dilakukan negara ini. "Hukuman mati di bawah hukum antarabangsa seharusnya hanya digunakan pada kejahatan yang paling serius," ujar Luther.

Sekadar gambar hiasan.
2 Komentar untuk "WANITA ARAB SAUDI YANG DI PANCUNG/PENGGAL KERANA MENGAMALKAN SIHIR : GAMBAR"

salam...

pom....pom...pom...

alif datang menjenguk sambil2 jemput ke sini..

http://bloggeralif.blogspot.com/2011/12/tanya-pendapat-sweet-couple.html

"hukuman penggal untuk kesalahan ilmu sihir merupakan kali kedua di tahun ini"

erm..kl kat malaysia bunyinya,

"hukuman penggal untuk kesalahan ilmu sihir merupakan kali kedua puluh ribu di tahun ini"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD