Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

TIPS SEO : MENGEKALKAN TRAFIK SEO DENGAN KEYWORD MALAR HIJAU

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum dan salam sejahtera satu dunia buat para pembaca yang budiman. Sudah lama kiranya pendekar tidak menulis sebarang entri mengenai SEO di sini. Bukan mahu menghampakan anda, namun akibat kekangan masa dan ruang yang terbatas. Di tambah pula dengan kemalasan untuk mengemaskini entry yang terbaru. Maka terbiarlah seni permainan seo yang telah lama pendekar ajarkan kepada anda sekalian.



Bukan mahu menidakkan pendapat ramai bahawa SEO adalah yang terpenting dalam permainan blog di dunia maya. SENI. adalah satu cabang kehendak hati. Penulisan juga adalah satu seni. Seni yang menggambarkan apakah rahsia yang termaktub di dalam diri. Woahha! Apa mau hairan pada bicara kata yang terluah lewat ketikan jemari ini? Kerana seperti itulah juga pendekar menaip entry-entry yang sebelum ini.

Dunia SEO bukan lagi satu dunia yang indah bagi pendekar. Bukan kerana SEO itu melecehkan, tetapi kerana pendekar sudah terikat dengan dua buah persimpangan, sama ada mahu meneruskan dengan entry personal, mahupun terus mencampur adukkan segala elemen-elemen yang perlu di dalam seni permainan SEO ini...

Adalah tidak mungkin untuk pendekar menidakkan hakikat bahawa SEO adalah dunia pendekar... ilmu yang terpendam wajar untuk dicurahkan.. Tidak begitu sekalian?? Woahha!

Untuk kali ini, pendekar kongsikan bersama anda apakah dia keyword evergreen atau dengan bahasa mudahnya katakunci malar hijau... woahha! Apa-apa sahajalah kan?

Tanpa perlu mengupdate entry sekerap mana- trafik 1k sehari tidak mustahil untuk di gapai. Hanya perlu mengekalkan trafik melalui enjin carian sahaja. Tidak perlu fanpage-fanpage bagai, tidak perlu post entry di group-group fb yang serius menyemak bagai tak hingat dunia sudah! Kadangkala rasa meluat itu sangat banyak jika hendak dibandingkan dengan apa yang ada di luarnya.

Keyword evergreen adalah keyword yang sentiasa di cari orang. dan kita kekal untuk sentiasa di atas walaupun sampai bila-bila. Woahha! Bukan kah itu takjub?

Mahu bukti? Marilah... pendekar titipkan kepada anda keyword yang terbaik untuk pendekar, walaupun keyword ini sudah lama bermain di dalam blog ini. Senang kata adalah keyword purba...tetapi tetap ada orang cari. Bagaimana untuk kekal di 1st Page SEARCH ENGINE RANKING PAGE! WOAHHA!





Itu hanyalah sebahagian kecil dari trafik yang ada... entry permainan SEO yang lama...tetapi masih kekal memberikan pendekar trafik untuk mencapai sasaran 1000 UVs sehari... Itu bagai mana caranya untuk mengekalkan diri di Search Engine untuk satu jangkamasa yang lama...

Yang penting, cubalah untuk jadi yang pertama...kerana di situlah letaknya kekuatan anda... 12k sehari tidak mustahil bagi anda... kerana sahabat pendekar telah membuktikannya. Maka, jadilah yang pertama sekali. Sebelum anda di singkirkan.

Kembali semula ke asal. Membina tapak yang pernah tertinggal..

Salam perjuangan....(^_^)

p/s I : Fanpages adalah satu kelebihan...tetapi bukanlah segala-galanya. Orang mahukan maklumat. Bukan cerita panas, hot dan merangsang nafsu semata.

p/s II : Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya? Duit haram dunia blogging...akan mengalir ke dalam darah generasi anda... jadi jangan salahkan mereka jika mereka menjadi sejahat-jahat manusia!!

p/s III : aku benci kaki Hack fanpages untuk promote entry dia! Aku benci blogger lucah! Aku benci blogger jahanam! Dan yang paling aku benci adalah blogger yang tayang income beriban tapi dapat duit tu dengan cara-cara di atas!! Celaka punya blogger!
6 Komentar untuk "TIPS SEO : MENGEKALKAN TRAFIK SEO DENGAN KEYWORD MALAR HIJAU"

ni yang buat luq suka ni, sudah kembali ke asal, selalu la mengupdate blog ni dengan entri seo ok dan tips seo, sebab kene banyak belajar lagi ni, hehe dan pasal fp tu luq rasa satu kelebihan kepada yang mempunyai fp tapi ada yg ambil kesempatan untuk hack fp orang tu tidak menggunakan kepandaian meraka untuk menolong orang lain just untuk mengjahanamkan orang ada la.

pendekar... ape ek tajuk yang sesuai tuk entry lady seterusnya.. hehehe.. nk try dan mesra SEO..

Setuju. kena pandai main keyword. hehe..

btol tu.. ramai yang guna fan page lo ni..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD