Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SURUHANJAYA PILIHANRAYA 2011/2012

Pilihanraya Umum sudah pasti akan berlaku dalam masa terdekat ini. Siapa sahaja yang menjadi calon bukan soalnya. Tetapi siapa yang akan kita undi untuk memegang tampuk pemerintahan negara. Bukan sentimen politik menjadi isu tetapi pengalaman dan kebolehan mengurus dan mentadbir negara lah yang akan menentukan arah tujuan kita di masa depan.

Wawasan 2020 hanya tinggal angan-angan jika kita tidak cuba untuk melihat ke hadapan. Kerana wawasan itulah yang menjadi penanda aras tahap pencapaian kita. Cita-cita ulung seorang anak melayu dan seorang muslim yang ingin melihat sebuah negara yang menjunjung al-Qur'an dan Hadis sebagai kuasa tertinggi dalam pengamalannya untuk menjadi sebuah negara maju yang mampu membuka mata khalayak dunia bahawa sebuah dunia Islam juga boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah sedia maju.


Malah jika diizinkan ALLAH, kita pasti akan menjadi sebuah negara Islam yang maju dalam segala bidang untuk menjunjung sunnah Rasul dan menjunjung keilmuan al-Qur'an sebagai pedoman kita. InsyaALLAH selagi kita percaya dan mahu menanamkan segalanya seperti itu di dalam diri kita.

Lupakan sahaja pada kebejatan yang berleluasa. Lupakan sahaja pada perkara-perkara remeh yang disebabkan oleh individu-individu yang ingkar pada perintah tuhan. Teruskan langkah kita untuk menggapainya bersama. Setiap dosa itu sudah pasti ada balasan. Kita menjunjung keadilan sebagai tunjang utama kemashlahatan ummah.

Rakyat sebenarnya tidak punya hak untuk menyoal seorang pemimpin selagi dia tidak melakukan dua perkara :

Pertamanya, dia menyuruh kamu melakukan maksiat dan melanggar suruhan dan perintah ALLAH...dan jika benar dia begitu, maka dia adalah pemimpin yang zalim....dan pemimpin yang zalim wajib untuk dilucutkan kuasanya....

Keduanya, dia gagal dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Kerana seorang pemimpin yang gagal tidak boleh menjadi seorang pemimpin negara dan ummah. Maqasid syariah adalah asas dalam pemerintahan negara.

Bagi pendapat pendekar pula, kepimpinan yang ada ini wajar dan lebih wajib untuk dikekalkan untuk mengelakkan perpecahan dalam negara. Sungguh, kamu tidak akan hidup dengan aman jika pilihanraya kamu jadikan barang senda gurau dan permainan. Kamu harus sedar bahawa di luar sana terdapat lebih daripada bermacam-macam musuh dalam selimut menanti untuk menguasai negara dan memperokperandakan keamanan dan keharmonian dalam negara. Tidak percaya?? Peracayalah!

Untuk itu, undi kamu adalah rahsia. Siapapun yang kamu pilih, pastikan kamu tidak tersalah pilih. Bak kata pepatah lama...

"Biar tersalah ampun asal jangan tersilap hukum....."

Untuk membuat semakan daftar pemilih 2011/2012. Kamu boleh klik pada gambar yang diberikan di bawah. Terima kasih dan selamat membuat semakan...(^_^)


Keywords: semakan daftar pemilih 2011, semakan daftar pemilih 2012, semak daftar pemilih, semak spr online, semak daftar pemilih 2011, suruhanjaya pilihan raya, suruhanjaya pilihanraya,semakan daftar pemilih, cara nak semak daftar pemilih, cara nak semak daftar pengundi, semakan daftar pengundi, semak daftar pengundi 2012, semak/semakan daftar pengundi pilihanraya 2012,
0 Komentar untuk "SEMAKAN DAFTAR PEMILIH SPR SURUHANJAYA PILIHANRAYA 2011/2012"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD