Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

PENDAPAT AKU TENTANG ANWAR IBRAHIM

Bismillahirrohmanirrohim...

Lidah madani bak kata saudara Zulfikar Hazri dari blog rasahati. Itulah yang boleh diumpamakan buat ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Dan aku juga teringin hendak berkongsi pendapat aku mengenai Anwar Ibrahim atau nama manjanya DSAI di kalangan para penyokongnya.



Pendapat aku tentang DSAI adalah seperti berikut :

1. Sangat petah berbicara dan berhujah. boleh menjadikan perkara yang palsu itu benar dan yang benar itu palsu dengan kebolehannya berhujah penuh dengan isi-isi yang tidak mampu di capai akal biasa.


2. Ketika mendengan ceramahnya secara tidak sengaja beberapa hari lepas, apa yang mampu aku perkatakan mengenai nya adalah, tiada raut muka bersih yang selalu kita lihat di kalangan pemimpin seperti yang boleh kita lihat di wajah pemimpin UMNO ataupun PAS. Wajahnya penuh dengan ketegangan, mata yang terjegil seperti menahan dendam kesumat yang maha hebat.


3. Setiap patah katanya bagaikan telah tersusun dengan begitu santai sekali. Yang mampu menarik perhatian khalayak pendengar dan membuatkan mereka terpaku pada ulah bicaranya.


4. Dia akan selalu menyebut tentang jawatan yang pernah disandangnya di dalam kerajaan untuk membocorkan atau memburuk-burukkan kerajaan tetapi tidak pernah mahu bercerita tentang perkara yang pernah dibuat olehnya sepanjang menjawat jawatan tersebut.


5. Serangannya lebih ke arah individu. Menyasarkan pemimpin-pemimpin negara lebih daripada agenda untuk memakmurkan negara dan rakyat. Serta menjaga kebajikan rakyat. 


6. Seperti biasa, dia akan menabur ayat-ayat manis untuk menarik perhatian orang ramai supaya menyokongnya.


7. Tidak kisah untuk menggunakan bahasa-bahasa kesat dan kotor dan mencampurkannya dengan ayat-ayat al-Qur'an. Ini adalah fakta!


8. Di setiap situasi dan program yang menyasarkan golongan tertentu. Topik dan cara penyampaiannya akan berubah seribu pusingan....Percayalah...

Itu serba sedikit yang mampu aku berikan ulasan dan pendapat mengenai Anwar Ibrahim. Ingatlah...kamu boleh saja tersalah ampun...tapi jangan tersilap hukum! Yang batil itu tidak semestinya salah dan yang benar itu tidak semestinya betul...

Renung-renungkanlah...video youtube banyak....belajarlah untuk mencari dan bukan untuk selalu minta di suap bagai kebanyakan meleis-meleis pemalas di sekeliling anda!

Salam perjuangan...
3 Komentar untuk "PENDAPAT AKU TENTANG ANWAR IBRAHIM"

Ak x stuju!! We can judge people like that....

AaAnwar tidak bersalah tetapi dihadapkan kemuka pengadilan tanpa sebab munasabah , ianya disebabkan oleh salah guna kuasa oleh setengah pihak.Saiful merupakan kambing hitam yang paling bodoh didunia.

SETUJU 100% ..

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD