Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

NAIK BASIKAL JER NAK SAMUN RM120 RIBU?

KLANG: Hanya dengan menaiki basikal, tiga penjenayah melarikan pelbagai mata wang asing bernilai RM120,000 dalam kejadian samun di sebuah premis pengurup wang di Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Klang, dekat sini, kelmarin.

Kejadian tidak sampai lima minit itu berlaku jam 10.30 pagi ketika hanya seorang pekerja di dalam premis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Md Yusof berkata, siasatan awal mendapati seorang daripada tiga lelaki terbabit membawa pistol mengugut pekerja menyerahkan semua mata wang yang ada.

Beliau berkata, mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan ketiga-tiga suspek sebelum mereka melarikan diri dengan hasil samun.

“Mangsa membuat laporan polis dan hasil siasatan, ada saksi yang nampak ketiga-tiga suspek berlari keluar daripada premis tersebut dan melarikan diri dengan basikal.

“Bagaimanapun, kami masih belum dapat memastikan sama ada maklumat tersebut benar atau tidak,’’ katanya ketika dihubungi, di sini, semalam. - hmetro

******

Macam mana la agaknya ek? haha...
0 Komentar untuk "NAIK BASIKAL JER NAK SAMUN RM120 RIBU?"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD