Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

MAYAT KANAK-KANAK LEMAS DI BERA DI TEMUI

Kanak-kanak. Jangan dibiarkan mereka bermain air sungai... Terutamanya sekali kalau tidak pandai berenang. Berita terkini yang keluar dari surat khabar bahawa mayat seorang kanak-kanak yang lemas telah di temui di Sungai Kerayong, Bera adalah buktinya.

Kanak-kanak adalah golongan yang aktif..mereka akan cuba untuk melakukan berbagai macam perkara untuk memenuhi naluri sifat ingin tahu mereka yang tinggi. Kerana itulah, kanak-kanak wajar di pantau oleh ibu bapa mereka seberapa yang boleh.

Petikan berita di bawah adakah satu kesilapan dari para ibu bapa atau kanak-kanak itu sendiri?

BERA: Mayat murid lelaki Tahun Tiga Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Triang 2, Pua Ru Xiang yang lemas di Sungai Triang dekat Kerayong Isnin lalu, ditemui hari ini.

Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor berkata mayat kanak-kanak itu dijumpai tersangkut pada sebuah sangkar ikan kira-kira 400 meter daripada tempat dia jatuh tergelincir pada jam 7.55 pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 petang Isnin lepas, Pua dipercayai tergelincir ketika bermain bersama dua lagi rakannya berhampiran jeti sungai itu.

Gerakan mencari dijalankan oleh lebih 60 anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, tentera, Jabatan Pertahanan Awam, serta penduduk setempat dengan bantuan tujuh bot.

Mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat. - Bernama
0 Komentar untuk "MAYAT KANAK-KANAK LEMAS DI BERA DI TEMUI"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD