Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

MAHKAMAH TIDAK PERNAH MENGHALANG KEADILAN.

Pengumuman keputusan mahkamah mengenai kes Bekas menteri besar selangor, Khir Toyo kerana penyalahgunaan kuasa dan rasuah membuktikan bahawa siapapun yang terlibat tidak akan pernah terlepas dari tindakan. Begitu jugalah halnya sama ada dia adalah seorang penyokong kerajaan ataupun pembangkang...keadialan tetaplah keadilan... Penjara setahun bersama rampasan harta adalah satu hukuman yang lebih berbaloi kerana apa yang dilakukannya semasa memegang tampuk pemerintahan...


Dan sudah pasti para penyokong pembangkang akan bersorak gembira... Dan sudah pasti juga para penyokong kerajaan akan terkesima... Tetapi adakah kalian masih belum lupa? Pada keadilan yang di tuntut oleh Saiful Bukhari? Keadilan untuk dirinya sendiri... Keadilan yang mahu didapatkannya kerana berasa teraniaya... Hanya melalui mahkamah sahaja dia mampu mendapatkannya...dari orang lain...sudah pasti dia tidak akan mampu...

Keadilan yang dituntutnya...adakah mampu kalian beri?? Dia seorang yang mengaku tertindas dan di tindas... tetapi kamu nafikan haknya untuk mendapatkan keadilan...kamu caci maki dia...kamu katakan bahawa dia adalah penipu dan pembohong...kamu bilang pada khalayak bahawa dia anjing UMNO yang cuba untuk menjatuhkan DSAI... kamu tuduh dia macam-macam... kamu nafikan haknya...alangkah dahsyatnya perilaku kamu sekalian!!!

Ya...jika benar dia seorang pembohong...jika benar dia seorang penipu... biarkanlah mahkamah yang mengadilinya... apa hak kamu untuk menghukumnya begitu dan begini? Dia menuntut keadilan untuk dirinya sendiri... tanpa sokongan dari kebanyakan orang... yang kebetulannya hanya penyokong kerajaan sahaja yang sudi menyokongnya... tetapi para penyokong pembangkang menghinanya bagaikan dia tiada hak apa pun! Sungguh celaka mereka itu...

Ya...mentang-mentang dia cuma manusia biasa... dia cuma seorang yang tidak bernama... kamu nafikan haknya...kamu hina dia..kamu keji dia... sedang ALLAH itu lebih mengetahui akan kebenarannya... Oh...alangkah hinanya manusia...

Begitu juga dengan kisah Ummi Hafilda Ali...yang mengatakan itu dan ini... juga kisah-kisah mereka yang pernah tertindas oleh sebab pemimpin yang kamu sanjung...tetapi kamu nafikan juga hak mereka... Tidak seperti Mat Sabu yang ditangkap khalwat dengan isteri orang...malah kamu sanjung lagi dia seperti dia tidak langsung melakukan kesalahan... Woahha! Sangat hebat!

Begitulah minda para penyokong pembangkang yang tegar dan kental...mereka sanggup menafikan hak dan keadilan orang lain asal sahaja mereka dapat memuaskan hati dan kehendak mereka... Tetapi apabila hak mereka di sentuh...mereka tahu pula untuk bersuara... Woahha! Kalian memang terbaik!....

Jadi...di manakah keadilan bagi mereka-mereka yang tertindas ini?? Adakah di bawah telapak kaki para penyokong pembangkang?? Yang menjadikan DSAI sebagai idola mereka? Ya ALLAH...sesungguhnya Kau lebih mengetahui... :(
0 Komentar untuk "MAHKAMAH TIDAK PERNAH MENGHALANG KEADILAN."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD