Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU NIKAH 23 FEBRUARI 2012? (GAMBAR)

Nampaknya ramai yang akan meraung bilamana gadis idaman malaya dan duda pujaan malaya, Lisa Surihani dan Yusry KRU akan melangsungkan akad nikah pada 23 Februari 2012. Begitulah spekulasi mengenai tarikh perkahwinan yusry kru dan lisa surihani. Keh keh keh...

Antara blogger yang meraung bila lisa akan berkahwin dengan yusry adalah Mejah a.k.a Hamzah Ian... hahaha...sian kau mejah...sabarlah bro...bunga bukan sekuntum derrr...keh keh keh....


SEJAK berkawan rapat dan bercinta, hubungan aktres Lisa Surihani Mohamed, 25, dan pengarah, pelakon serta penyanyi terkenal Yusry Abdul Halim, 37, menjadi perhatian media dan peminat.

Tidak sampai setahun mengulit cinta, pasangan itu telah bersedia untuk mengikat ikatan perkahwinan antara mereka.

Selepas terbocor berita Yusry telah menempah Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sebuah majlis pada bulan Februari tahun hadapan, spekulasi perkahwinan pasangan ini mula muncul.

Lisa mengunci mulutnya dan menyerahkan segala jawapan kepada Yusry. Bagaimanapun Yusry turut enggan menjawab segala pertanyaan mengenai perkahwinan kerana sibuk dengan penggambaran filem Vikingdom ketika itu.

Akhirnya, pada pagi Sabtu lalu Lisa dan Yusry telah mengumumkan berita pernikahan mereka yang akan berlangsung pada 23 Februari tahun hadapan pada sidang akhbar bertempat di Hotel Marriott, Putrajaya.

"Kami akan bernikah selepas Asar pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dan mengadakan majlis resepsi kedua-dua belah pihak pada 26 Februari di PICC," kata Lisa.
- baca lanjut sini kosmo online

Hua hua hua....
1 Komentar untuk "LISA SURIHANI DAN YUSRY KRU NIKAH 23 FEBRUARI 2012? (GAMBAR)"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD