Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

KUALA LUMPUR ADALAH DUNIA TANPA KASIH SAYANG. SIAPA SETUJU?

Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum wahai teman...pendekar bukan mahu menghentam semberono. Bukan juga mahu kalian rasa bengkak hati. Tapi itulah hakikat. Kalian tidak akan menjumpai kasih sayang di sebuah bandar besar. Jika tidak. Tidak mungkin kalian akan jumpa istilah balik kampung. Makan angin di luar kota. Atau apa-apa sahaja istilah yang membawa kalian keluar dari dunia metropolitan Kuala Lumpur.

Pendekar pernah merasa hidup di sebuah kota besar. Di mana kamu akan di pandang bagaikan orang-orang asing di hadapan manusia lain. Hatta, di sini, kamu tidak akan mampu kenal siapakah kawan dan siapakah lawan. Kehidupan yang serba pantas dan menghimpit membunuh rasa kemanusiaan di dalam diri.

Kadangkala bila di fikir semula. Alangkah baiknya jika pendekar tidak pernah kenal sebuah tempat yang bernama Kuala Lumpur. Di sebalik kemegahan seni binanya. Terselit sejuta macam kekurangan. Masalah sosiah, jenayah, dan segala macam kebejatan kalian bisa lihat di sana-sini.


Dari Kuala Lumpur lah, segala pengaruh budaya asing mula melebar dan meluas sehingga ke ceruk-ceruk kampung. Dari Kuala Lumpur lah segala penyakit-penyakit sosial mula menapak dan mewabak menjangkiti masyarakat. Dalam kerancakan pembangunan, jiwa penghuni kotanya adalah jiwa dunia. Jiwa yang terkejar-kejar akan kemajuan dunia yang serba pantas. Sehingga mereka tidak punya masa untuk memahami apa itu erti kasih sayang. Pendekar pernah hidup 4 tahun di sini. Kelajuannya membunuh jiwa dan roh....

Dunia kini, di mana kuasa dan wang adalah satu kemestian. Di mana kita dimomokkan dengan "Jika kau ada wang, kau akan bahagia..." Maka berduyun-duyunlah manusia mengumpul harta. Dari pekerjaan biasa.. mereka mula bekerja separuh masa dan kerja-kerja-kerja lagi sehingga tiada langsung masa untuk keluarga dan diri sendiri.

Apabila keluarga tidak lagi menjadi satu entiti yang penting dan kukuh. Janganlah mimpi wahai para pejuang agama! Janganlah mimpi wahai para pejuang perpaduan! Untuk kamu lihat perpaduan di mana-mana! Kerana masyarakat itu di bina dari sebuah keluarga! Jika keluarga sendiri punah-ranah, bagaimana kau mahu membina sebuah masyarakat perpaduan? Usahlah bermimpi di siang hari!

Pendekar ingin tanya kepada para ibu-bapa yang mungkin sedang membaca apa yang pendekar tulis ini. Di manakah anak-anak anda?? Apa yang mereka sedang perbuat? Sama ada sedang berkelahi lewat Facebook, ataupun sedang berpeleseran di mana-mana. KL PAVILLION? Bukit Bintang? Hotel-hotel murah? Ataupun Tepian pantai memadu asmara? Woahha! Kau tanya sendiri sama kau punya anak!

Begitulah dunia kini. Sama ada kita mahu sedar atau tidak. Itulah hakikat yang nyata lagi jelas. Kalian boleh lihat semua itu di Kuala Lumpur. Kerana di situlah dunia pura-pura yang dipayungi syaitan bermaharajalela.

Selamat malam!

Salam perjuangan dan salam hati..(^_^)
3 Komentar untuk "KUALA LUMPUR ADALAH DUNIA TANPA KASIH SAYANG. SIAPA SETUJU?"

kl is my hometown..yeah aku ngaku jugak kdg2 dok kl ni tak setenang dok kat kmpung yang sangat cantik pemandangannye n udara yg bersih..tp aku still syg my hometown :)

betul-betul.perpaduan dibentuk melalui keluarga.baru lah ade kasih syg kepada masyarakat dan jd lah perpaduan.

betol2.....boring kot dok KL.....msti akan cr ms untuk blk klate...huhu...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD