Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

KEPUTUSAN CHELSEA LAWAN (VS) MANCHESTER CITY 13/12/2011 - ULASAN PERLAWANAN

Perlawanan antara Chelsea dan Manchester City mencetuskan gegak gempita di Stadium Stanford Bridge, London. Perlawanan yang boleh disifatkan sebagai Match of The Week ini adalah satu perlawanan yang ternyata memberikan impak yang sangat tinggi terhadap kedudukan kedua-dua belah pasukan di dalam carta.

Jaringan Mario Balotelli seawal minit kedua mendiamkan stadium untuk satu ketika. Woahha! Balotelli yang dilabelkan sebagai budak nakal memang berhak untuk mendapat pujian atas persembahannya di dalam perlawanan ini. Jaringannya yang cantik hasil dari gerakan yang mantap dan tipu helah sehingga berjaya memperdayakan Petr Cech memang wajar untuk di puji.

Walaupun Chelsea menguasai hampir majoriti perlawanan malam ini, namun kekebalan pertahanan Man City sukar untuk ditembusi. Tetapi akibat asakan bertali arus oleh barisan serangan menghadiahkan satu gol yang cantik oleh Raul Meireles yang terhasil dari hantaran lintang yang tepat oleh Daniel Sturridge.

Keputusan perlawanan ini mungkin akan seri jika tidak kerana bola yang terkena tangan pemain City iaitu Joleon Lescott yang dikeluarkan dan kemudiannya digantikan oleh Edin Dzeko. Frank Lampard menghadiahkan gol melalui sepakan penalti yang kencang untuk menewaskan Joe Hart.

Apa yang kelakar adalah ada minit-minit terakhir perlawanan di mana Drogba mempermainkan para pemain City untuk membazirkan masa yang ada. Keh keh keh...memang kelakar seh...Woahha!

Keputusan penuh perlawanan dimenangi oleh Chelsea dengan 2 jaringan berbalas 1 untuk Manchester City. Keputusan yang akan menyaksikan Chelsea melonjak 2 anak tangga ke kedudukan ketiga dalam carta EPL....

Dan akhirnya, kekebalan Manchester City lebur di kaki Frank Lampard... Woahha! Chelsea telah berjaya memusnahkan rekod tanpa kalah City sebanyak 14 perlawanan.

Manchester City tumbang di Stanford Bridge bhaii.... keh keh keh....

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN CHELSEA VS MANCHESTER CITY

CHELSEA 2 - 1 MAN CITY

Man of The Match : Daniel Sturridge

0 Komentar untuk "KEPUTUSAN CHELSEA LAWAN (VS) MANCHESTER CITY 13/12/2011 - ULASAN PERLAWANAN"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD