Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

KEINDAHAN ISNIN | BEAUTIFUL MONDAY

Jika dulu orang selalu melabelkan bahawa Isnin adalah hari yang penuh dengan kemalasan...kemengantukan....kekuyuan...kemurungan dan sebagainya..apa kata kali ini kita ambil langkah proaktif untuk mengubah presepsi orang ramai kepada yang lebih baik tentang hari Isnin...

Keindahan Isnin ataupun dalam bahasa mudahnya Beautiful Monday adalah satu cara untuk mengubah mentaliti masyarakat dan orang ramai terhadap hari Isnin. Inilah yang ingin pendekar tanamkan di dalam diri setiap pembaca...

Untuk pengetahuan anda sekalian... Nabi Allah Muhammad SollALLAHu'alaihiwasallam di lahirkan dan wafat pada hari Isnin....Namun terdapat perselisihan pendapat mengenai tarikh sebenar kelahiran Rasulullah... Ada yang mengatakan pada 12hb Rabiul Awal Tahun Gajah... Ada pula yang mengatakan pada 9 Rabiul Awal Tahun Gajah...

Namun hari kelahirannya langsung tidak berubah... Indah bukan? Dunia menerima kelahiran pembawa kesejahteraan ummah pada hari Isnin... Allah menerima kesempurnaan Islam juga pada hari Isnin..dan Rasulullah wafat pada hari Isnin...

Tetapi kita...yang masih terbelenggu dengan mentaliti sekular dan hedonisme barat tidak pernah mengambil iktibar di atas peristiwa ini... Banyak peristiwa yang berlaku pada hari Isnin di dalam Islam... Kemenangan di dalam perang.... dan pelbagai macam lagi peristiwa yang indah-indah...

Jadi apa kata kita sambut Keindahan Isnin pula ya... dengan penuh iltizam dan semangat yang menghangatkan...

Jangan malas! Ayuh bangkit menikmati ISNIN YANG INDAH! Woahha~!!!

Salam hari ISNIN!

Orang kata, pagi-pagi kena lihat warna alam...baru semangat....(^_^)
5 Komentar untuk "KEINDAHAN ISNIN | BEAUTIFUL MONDAY"

mungkin hari Isnin adalah hari kuyu bagi yang bercuti am pada hari Sabtu dan Ahad. Rasanya tidak begitu bagi yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

tak nampak tulisan -.-

oyeahhh..memg hari ni sgt bersemangat ^_^

mulakan isnin dengan ceria.....semoga hari2 yang mendatang lebih ceria....dengan permulaan yang ceria...=D

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD