Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

"KAU INGAT HIDUP BUJANG TU COOL SANGAT KE??"

Wahh. Tajuk entry tak hengat. Bunyi macam seorang bapak tengah tulis surat layang untuk anak yang suka merayap.

Taiyub Pin,
Rumah atas angin,
Kerajaan atas langit,
POBOX 999.

Kehadapan anak ku Taiyub. Balik sekarang sebelum bapak yoga. Bla bla bla. Korang sambung la. Cuma part Taiyub tu make sure suara berbisik sikit. Budak ni tauke kurma ni.

Oh well, just so u know, im just done with the exam last week, i was expecting myself to be happy lompat katak after segalanya tamat. Tapi bila abis je last paper, lompat entah ke mana katak pun entah ke mana. Mungkin katak pengsan lepas jawab exam tadi maka tak boleh teman i lompat2. So dengan hati yang lara i pun balik la keseorangan sambil mengenangkan apa yg ditulis dlm paper tadi. Susah sampai Shin Chan pun buat tarian punggung masa jawab. Sedar2 rupanya i dah sampai umah, naik bilik, bukak pintu.......hoomaigod! bila masa pulak bilik aku jadi tempat shooting geli-mat-mat-mat-kasi-murah-kalkulator-incik taboooo-kangaroo-patahkan-shinguard-amar?

Cantik gila kan masa mula2 datang? macam bercahaya je dengan sinar ceria. Semut pun
segan je nak study kat meja kontot camtu.


Namun langit tidak selalunya biru kadangkala ia kelabu.

Bangun terus study, study terus tidur.
Huh seronok betul hidup.
Ini kalau hantu kak limah bersalin kembar lapan belakang langsir pun mungkin i tak sedar ni. Tengok tu selimut pun lipat 2 je, nota berselerak,  huruf  'T' pun da layu. Takpe nanti balik msia Ecah buat semula yang baru untuk along ye? Puji sikit, eh comel betul adik i ni. Hehe.

Ok sekarang nak tanya, korang rasa hidup bujang ni cool ke tak? I tahu ramai je budak2 sekolah yang tak sabar nak abis sekolah. Nak experience university life. Hidup bebas, tak nak duduk bawah ketiak mak, nak keluar umah sesuka hati, tak nak dengar mak ngan bapak berleter. Dahla time tu darah remaja baru nak mengalir, semua serba tak kena, kan? kan? Baik mengaku! (segala contoh tu bukan i )
Well, let me tell you this...hidup bujang TAK COOL tahu? especially bila u tengah nak exam.

Sebagai contoh, kalau bilik cam kapal pecah ni mesti mak i berleter suruh kemas, maka secara tak langsung terkemas la bilik ni. Tapi selalunya i rasuah adik i la. Sekali kemas bilik, i bagi Ecah singgit. Ecah 50 sen tu Azean Irdawati. Ini adik i yang masa tu baru darjah 3, seringgit tu besar bagi dia. Kenkadang Nana yang kemas. Nana tu bukan bibik, adik i jugak. Irda ni barula bibik yang suka betul pakai seluar bunga. Eh tipu je dia adik i jugak tapi kena rasuah lagi mahal daripada Ecah. So i jarangla guna khidmat dia. Tapi kini i hidup bujang i rasa cam tak cool bila semua tu takda. I pun tak tahu nak belasah sapa untuk paksa kemas bilik. Korang paham tak ni?
Next.....
Well....it is time of the year again where everything goes haywire. Korang tau la kan kualiti hidup memang terjejas la time2 exam ni. Tido merepek, makan merepek, belajar camna cara2 nak buat kerepek. Ah korang paham je kan. So sejak i hidup bujang ni i rasa segalanya makin bertambah sedihla pulak. Tahap teruk tak jaga makan sampai i muntah kuning sebab perut merajuk. Muntah pulak 30 minit before jawab paper. Ish kesiannya kat diri sendiri. Padan muka pun ye jugak.

Serba sedikit tentang rutin harian pelajar rantauan.
Pagi i dimulakan dengan turun ke dapur untuk menggeledah makanan. Tak yah nak check meja makan sangatla dah confirm takda ape2. Kalau kat rumah paling teruk pun ade la jugak cebisan roti canai. Isk3! Ha tengok, baru intro pun da sedih. Sila sediakan tisu sekarang. Apa nak buat ni bila makanan takda? tanpa membuang masa i terus melukut di tepi gantang bersedia untuk buat pengumuman. Ehem2.

''Hoi ulat beras! Bangunlah sebelum kamu dibangunkan! Kesat taik mata,lap air liur basi i nak masak nasi ni!''

Wahh. Boleh tahan. Ada ciri2 ibu mithali jugak i ni kan?

Lepas dah basuh beras kena pikir pulak nak masak lauk apa. Kadangkala di saat genting sebegini semua student nak kejar masa. Nak mandi pun bawak jam loceng, kalau boleh time memasak tu jgk nak menulis. Gile stylo kepit senduk kat kaki, tangan pulak pegang pen. Ini memang kuak lentang gaya kucing lemas kalau kaki goreng sosej, tangan kanan buat nota, tangan kiri pulak bancuh coffee. Memang sangat lengkap lah kriteria untuk jadi Super Clock Woman dengan penuh gaya memakai costume baju kurung gambar jam banyak2. Fuh! hambik kau heroin baru, bersara terus Batman.

Apa nak buat ni kalau tak nak makan sosej tiap2 hari? Well, i did cook nasi goreng for lunch BUT nasi goreng tu untuk 3 hari punya stok. Kesian tak weh..T__T ini namanya masak secara pukal. Budak oversea memang selalu amalkan, mana nak cari kedai mamak kat sini? itu jela cara yg paling cepat. So when im sick of it, guess what is the best super fast option? nasi dengan telur + kicap la. Nasib ada kicap kat sini, kalau tak? makan ngan minyak masak? Sila kesian lagi sekali! T__T
Tapi sebenarnye i bersyukur je, orang susah lagi kesian kan, orang palestin sana tu. Ok lah, tak yah kesian kat i lah.


Pinggan corak lembu bagi meningkatkan imaginasi tengah makan daging.
Fuhh sedap betul daging salai warna kuning ni ye. Betul2 ada rasa daging lembu.

Disebabkan i yang masak makanan ni maka nama resepinya ialah 'Tiara tak rela' tapi kalau jiran i yg masak, nama dia jadi 'Encik iskandar tak rela' mudah kan puan-puan?

Selalunya kalau da abis makan kat umah, i akan berebut untuk basuh pinggan dengan mak i. Huahaha. Eh seyes ni. Tapi sejak i hidup bujang ni i kesunyiaan. Dah abis makan i terpaksa bercakap dengan lemari es, berlakon berebut basuh pinggan bagi mengubati kerinduaan. Ini tidak cool. Oh lemari es tu ialah almari ais aka fridge. Ni bahasa jawa korang ape tahu?

Eh nak tengok meja makan i tak? Inilah meja makan orang bujang. Tengok, tudung saji pun takda.


I ingat balik malaysia nnti nak beli tudung saji Siti la. I dengar tudung saji ni bagus. Bila lalat datang dekat secara otomatiknya lagu cindai akan dialunkan. Tapi yang ni upgrade sikit.

Cicak di sana~~ Aku tak berkias~~~ Lari lah lalat~ nanti cicak makan~ Ewaaahhh!!

Ok perenggan baru.
Wahai sidang hadirin yang dihormati sekalian,
sekarang i nak tanya pulak kalau kat rumah siapa yang selalu pegang remote tv? Hohoho betul tu. Mestilah pengawas ruang tamu yang berkain pelikat dan tak pakai necktie. Ish, i selalu serabut bila bapak i tengok berita kat tv. Sebab dia akan cop remote awal2 so i dengan adik2 tak dapat nak tengok Shin Chan mahupun Doraemon. Sapa je yang tak serabut kalau jadi camni? i jadi tak tentu hala ok. Kenkadang rasa nak tekan je main suis kasi blackout satu rumah. Baru adil dua2 tak dapat tengok, ye tak?

''Alonnggg!! kenapa takda letrik ni!!'' kata bapak i sambil cari lilin.
''Sebab Shin Chan mengamuk bapak tak kasi along tengok dia berguling2 macam tenggiling!!!!!!!!'' jerit i menggunakan mikrofon sambil mendabik dada.
Fuhhh gile puas hati kalau dapat jawab camtu. Confirm bapak i masak sup tenggiling paksa i makan time tu jugak.

Tapi sejak i hidup bujang ni, tak sangka pulak berita bapak i jugak la yang i cari. Kat sini sangat sunyi tau tak, umah i takda tv sebab kat ireland ni tv dia cam astro. No money no channel. Even kalau ada tv yg gemuk gila pun tetap takda fungsi kalau takda 'astro' ni. Nak beli tv pulak kena beli lesen tv jugak, duit lagi. Cool kan idup bujang tak mampu pakai tv? Lagi pulak bunyi kipas pusing pun takda sebab sini dah sejuk. Cengkerik pun takda. Nak cari pasal ngan adik dia tak on skype pulak. Cicak tak pernah terserempak langsung, huh tetiba pulak rindu bendera pahang bila teringat cicak buang air. Selalunya bila terlampau sunyi you akan cepat bosan bila study and im not the type yang boleh dengar lagu time study. Tengok movie pun tak boleh. So ended up, pasang berita yg pernah dibenci satu ketika dahulu. Sekali lagi, ini tidak cool.

Ha! So? Cool ke so far? bagi i entahla. I nak balik. Mungkin jugak sebab i ni jenis yang tak suka keluar rumah sangat kut. Im not the type yang YES! its weekend FUN FUN FUN keluar malam melalak karaoke pegi clubbing lepak2. No. Even selama i kat dublin ni pun baru sekali je i pergi tengok wayang. Wahaha loser gile. Nak lepak bilik member yang sekangkang kerengga pun jarang2 sekali. Nak gi rempit? basikal pun takda asyik jalan kaki je gi sekolah, lagipun kat sini sejuk nanti jadi ais pulak atas basikal. Mungkin sebab tu kut i rasa hidup bujang tak cool. Wuwuwuwuu dulu tak suka dengar mak bapak berleter sekarang sanggup pulak beli tiket kapal terbang ribu riban untuk balik dan mendengar leteran. Apa waras ke tidak tu?

Sebenarnya ada banyak je lagi menda lain yang i never thought of doing it pun. Bila hidup bujang you have to settle kan everything on ur own. Now that u know why your parents bising2 bila bil letrik tinggi. Last time i was like chillax la bapak, now im like cili la mulut i ni pak. You kena bayar sewa rumah, pegi bank uruskan macam2, kena uruskan duit secara berhemah, kena masak sendiri, bayar segala macam bil....ah bapak ngan mak tak yah nak tepuk tangan sangatla baca entry ni. Along ada pasang cctv la kat umah tu, amboi seronok benor ye dia, biasa ye. Hehe.

Ini ialah bukti hidup bujang yang mengajar cara berjimat tiap kali terfikirkan bil rumah.


'' Hoi tuan tiara kedaun i dah tak larat nak mengandungkan coffee u ni!
Beli la yang baru! I dah tak mampu nak berkhidmat ni! Kedekot taik idung masin! ''

So enjoy ur time with ur family kat rumah tu while it last. Jangan nak solat istikharah bagai mintak petunjuk camna nak keluar dari rumah yang menkangkung ni. Your parents kongkong u ada sebab. Sebab dia sayang! They all makan ayam kunyit lagi banyak dari kita, they know more about life. Eh gempak jugak suku kata i ni ye. Trust me you'll be missing those precious moments. Time flies bebeh. Tup tap tup tap i skang dah keluar rumah, jauh dari rumah, memang dah jarang2 balik, lepas abis belajar, keje, kawin, bila ada family sendiri dah makin bertambah jauh ngan parents....T___T

Harap2 laki i nanti buat rumah sebelah rumah mak bapak i, kalau gaduh senang nak lari umah mak. Pakai selipar jepun, jalan. Minyak kereta pun boleh dijimatkan.

Nota untuk mak: Mak, along makan nasi ngan telur kicap banyak sangat masa exam, mungkin ada perubahan warna sikit pada kulit, harap mak masih kenal along lagi bila kita jumpa di KLIA nanti. I lap u very strong mak.

-
-
-
-
-
-
-
-
-                                                            
-
-
-
-
-
-

Perghhhh gile stylo sampai kat departure hall KLIA posing camni duduk atas luggage.
''Mak!! ni along ni! anak mak! Masihkah kau ingat~~~ masihkah kau ingat?????''

Pssst~! : Hehe....jangan ingat ini pendekar yang bikin ya.... ini ha bakal doktor ni yang bikin.... memang kelakar minah ni oiii...

Apa lagi... JOM TERJAH SINI~!
3 Komentar untuk ""KAU INGAT HIDUP BUJANG TU COOL SANGAT KE??""

mula2 pelik juga, bila masa pula pendekar berkuda belajar luar negara..

tapi bila dah baca mungkin kot, dah pergi belajar sana.

tapi last2, la, perempuan rupanya. baru nak kutuk cadar warna pink. Haha~

haha lol rajin u copy! anyway thanks! :)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD