Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

GAMBAR YANG MENJADI MUKA DEPAN AKHBAR SELURUH DUNIA

GAMBAR KESAN PENGEBOMAN DI KABUL AFGHANISTAN


Imej seorang kanak-kanak yang menjerit ketakutan melihat kesan-kesan akibat pengeboman berani mati di Kabul pada 6 Disember 2011...

KABUL - Seorang jurugambar agensi berita AFP di Kabul, Afghanistan, Massoud Hossaini berjaya merakam imej-imej betapa dahsyatnya keganasan antara fahaman mazhab di Afghanistan pada 6 Disember lalu apabila seorang pengebom berani mati menyerang sekumpulan penganut Syiah.


Imej tersebut menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Tarana Akbari yang memakai jubah berwana hijau terang menjerit kerana terkejut dan dikelilingi oleh sanak-saudaranya yang terbunuh serta cedera.


"Tiba-tiba berlaku letupan. Rasanya seperti dunia sudah terbalik dan semua dinding menimpa saya. Apabila bangun, saya nampak semua orang di sekeliling saya terbaring di tanah dan berdarah. Saya sangat takut," cerita Tarana yang seminggu lalu keluarganya bersedih berikutan kematian saudara mereka.


Gambar yang memaparkan jubah Tarana dipenuhi darah telah menjadi hiasan muka depan akhbar-akhbar di seluruh dunia. Ia turut menggambarkan keganasan di Afghanistan dan masa depannya yang tidak menentu.


Ketika kejadian, Hossaini berada hanya beberapa meter daripada lokasi pengeboman yang membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa. Hossaini memberitahu, dia hanya melihat-lihat kameranya ketika letupan berlaku.


"Apabila asap sudah hilang, saya dapati saya berdiri di tengah-tengah mayat yang bergelimpangan.


"Saya berdiri tepat di mana pengebom berani mati berada sebelum itu.


"Saya toleh ke kanan, nampak Tarana dan merakam gambarnya. Sebaik sahaja dia melihat apa yang berlaku kepada saudara-saudaranya, dia hanya menjerit ketakutan," jelas Hossaini. - AFP
3 Komentar untuk "GAMBAR YANG MENJADI MUKA DEPAN AKHBAR SELURUH DUNIA"

simpati sangat2 dgn depa...syukurlah kita hidup di bumi bertuah yg aman ni...v('___')v

sedihnya..baca entry nie..mati syahid....

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD