Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

GAMBAR POLIS WANITA MUSLIMAH PERTAMA DI SWEDEN

Dia hanya orang biasa...jika berjalan-jalan di Malaysia..sudah pasti orang tidak akan berkata apa-apa mengenai dia.. dia tidak menjadi satu perkara yang bersifat luar tabii.. Ya..bukan menjadi satu perbuatan luar tabii jika ia berlaku di Malaysia... tetapi sangat luar biasa jika ia berlaku di dalam sebuah negara yang pernah menjadi tempat kita melepaskan amarah kerana penghinaan mereka terhadap Islam..

Dia adalah seorang muslimah biasa seperti juga muslimah-muslimah yang lain...Apa yang menjadikan dia luar biasa adalah kerana dia merupakan Muslimah pertama yang lengkap berpakaian seperti seorang Muslimah untuk diterima menganggotai polis di Sweden.


Donna Eljammalyang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. Demikian dilaporkan Metro Se, Rabu (7 / 12).Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung.
“Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer,” katanya. Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan.
Apabila beliau ditanya adakah dengan bertudung mendatangkan masalah pada kerjaya dan masa depannya, beliau menjawab, beliau menjawab, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.
“Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana.
Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi,” jelasnya.
Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.
1 Komentar untuk "GAMBAR POLIS WANITA MUSLIMAH PERTAMA DI SWEDEN"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD