Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

BILA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PUN KENA MINTA MAAF DENGAN MUFTI

Isu pendaftaran kad pengenalan anak Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menyebabkan Jabatan Pendaftaran Negara mendapat nama buruk.. Itulah kalau asyik nak ikut POS (Presedur Operasi Standard) atau SOP (Standard Operation Procedure) sahaja tanpa mengambil kira apa yang ada...

Itulah juga kalau tak guna akal dan hanya ikut sistem yang ada sahaja... sedangkan sistem itu manusia yang cipta...kenalah pertimbangkan dengan situasi juga... sistem kalau menyusahkan...baik campak saja masuk longkang... Huh!

Sekarang ni siapa yang malu?? Sendiri juga...hambbeeeekkk!

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memohon maaf kepada Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, atas kesulitan ketika berurusan di pejabat JPN Kuching, Sarawak, baru-baru ini bagi memohon Mykad anak perempuannya.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said, dalam satu kenyataan hari ini, berkata isu itu timbul kerana petugas kaunter berkenaan tidak merujuk pegawai atasan bagi kes yang meragukan.

"JPN sudah mengenal pasti masalah yang berbangkit dan segala usaha memperbaiki kelemahan sudah diambil supaya semua pegawai yang bertugas di bahagian kaunter dapat melaksanakan tugas secara profesional," katanya yang turut mengulangi kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan semalam.
Kelmarin, Dr Juanda dilapor mengkritik JPN selepas dimaklumkan anaknya, Sumaiyah Syahidah, tidak layak memohon kad pengenalan kerana dikatakan bukan warganegara Malaysia.

Jariah berkata, kad pengenalan pemohon sudah siap dan sedia untuk dikutip di pejabat JPN Kuching.

"Sesungguhnya, jabatan ini tidak sesekali bermaksud untuk menafikan hak serta status kewarganegaraan anak beliau sebagai warganegara Malaysia," katanya. - BERNAMA


Pengajarannya...sistem apapun...kalau menyusahkan...tak payah ikut...gunakanlah perikemanusiaan sikit derr... alahai...
1 Komentar untuk "BILA JABATAN PENDAFTARAN NEGARA PUN KENA MINTA MAAF DENGAN MUFTI"

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD