Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

APA ITU PERMALINK? BAGAIMANA NAK TAHU PERMALINK ITU WUJUD ATAU TIDAK?

Bismillahirrohmanirrohim...

Ada seorang blogger bertanya pada pendekar apakah yang dimaksudkan dengan permalink? Jadi di kesempatan ini pendekar ingin menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai permalink yang pendekar tahu. Atau mungkin saja sedikit membantu anda untuk mengetahui mengenai permalink ini di dalam proses membina laman web dan blog.


DEFINISI PERMALINK

" A permalink (portmanteau of permanent link) is a URL that points to a specific blog or forum entry after it has passed from the front page to the archives. Because a permalink remains unchanged indefinitely, it is less susceptible to link rot. Most modern weblogging and content-syndication software systems support such links. Other types of websites use the term permanent links, but the term permalink is most common within the blogosphere. Permalinks are often simply stated so as to be human-readable. "

Dengan kata lain bermaksud :

Satu URL atau link yang mengarah ke sesuatu entri khusus di dalam blog selepas melepasi muka depan blog ke isi-isi blog.

Perumpamaan ianya adalah seperti muka surat dalam sebuah buku. Muka depan buku pasti kita akan tahu dulu.... apabila diketahui muka surat itu ataupun muka surat itu didedahkan kepada ramai untuk bacaan, kita terus sahaja ke muka surat tersebut tanpa perlu menyelak halaman demi halaman buku tersebut bukan??

Begitulah juga perumpamaan permalink. Sebagai contoh, lihat URL link di bawah

http://www.pendekarberkuda.org/ - boleh di anggap sebagai halaman depan sebuah buku.

http://www.pendekarberkuda.org/p/siapa-pendekar.html - anggap sebagai Tajuk/topik khusus di dalam buku tersebut.

http://www.pendekarberkuda.org/2011/12/keputusan-chelsea-lawan-vs-manchester.html - halaman cerita di dalam buku.

Permalink Structure di dalam Wordpress

PERMALINK ADALAH KEKAL

Permalink adalah bersifat kekal dan tidak boleh berubah. jika anda ubah permalink, samalah seperti anda mengubah nombor halaman di sesebuah buku. Anda boleh jumpa tajuk cerita tersebut tapi anda takkan jumpa di halaman manakah cerita itu berada.

Untuk mendapatkan semula cerita tersebut ke tempat asal walaupun permalink sudah berubah, anda boleh menggunakan "redirection method"...kebiasaannya digunakan untuk blog wordpress. Permalink entri untuk yang menggunakan platform blogspot adalah kekal dan tidak boleh diubah. Anda hanya boleh mengubah URL induk seperti http://www.pendekarberkuda.org/ untuk ditukar kepada URL baru misalnya http://www.pendekarberkuda.com/...

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Jika anda ada sebarang kemusykilan, jangan lupa untuk mengajukannya di dalam ruangan komen ya....

Selamat berkongsi ilmu...dan salam perjuangan...(^_^)

p/s : dalam kerendahan hati ada ketinggian budi...dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa...dalam kesempitan hidup ada keluasan ilmu...
2 Komentar untuk "APA ITU PERMALINK? BAGAIMANA NAK TAHU PERMALINK ITU WUJUD ATAU TIDAK?"

tq satu perkongsian ilmu yg bagus.. sebab banyak org tak fham permalink ni

Assalamualaikum...

Saya skrg ni nak tahu entri saya ini jenis permalink ke tidak, dulu G+1 , 60 lebih skrg ni akibat bertukar tarikh dan template, semua tu hilang. Nak tahu pergi ke FB denaihati network??
Dptkah kes saya ini diselesaikan.

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD