Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

ALEX FERGUSON KETAKUTAN. WOAHHA!

Alex Ferguson yang terkenal sebagai seorang jurulatih yang kental mula ketakutan dengan ancaman kelab dari London iaitu Tottenham Hotspur dan Chelsea. Tottenham yang kurang satu perlawanan daripada kelab di tangga teratas adalah yang paling di takuti oleh pengurus Manchester United ini. Koh koh koh...

Apa barang MU....dah tak relevan...setan merah akan terkucil kali ini...keh keh keh...

MANCHESTER - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menegaskan masih terlalu awal untuk meramalkan pasukan mana yang bakal bergelar juara Liga Perdana England musim ini.

Ketika ini, dua pasukan dari Manchester, Manchester City dan United mengungguli dua kedudukan teratas dalam carta liga.

City kekal selaku pendahulu selepas mengumpul 44 mata, dua mata meninggalkan United di tangga kedua.

Berdasarkan kedudukan tersebut, banyak pihak membuat ramalan bahawa persaingan bagi memburu trofi kejuaraan musim ini bakal menyaksikan persaingan yang sengit antara City dan United.

Bagaimanapun, Ferguson berkata, cabaran daripada pasukan yang menghuni tangga ketiga liga, Tottenham Hotspur juga tidak boleh dipandang rendah.

Ketika ini, Spurs ketinggalan sembilan mata di belakang City dan tujuh mata dengan United.

Ferguson berkata, pasukan yang berpangkalan di London yang kurang satu perlawanan itu turut berpeluang menjulang trofi liga musim ini.

Malah, berdasarkan rekod saingan dalam beberapa musim sebelum ini, Ferguson meramalkan bukan sahaja Spurs tetapi United juga berkemungkinan akan berdepan cabaran dari pasukan seperti Chelsea dan Arsenal dalam usaha mempertahankan gelaran juara.

"Ketika ini, ramai yang menganggap bahawa kedudukan satu dua teratas liga akan menjadi milik di antara kami (United) dan City.

"Namun, saya menjangkakan, apabila saingan memasuki bulan Mac tahun depan, persaingan akan berubah dan kamu perlu melihat kembali rekod-rekod dalam beberapa musim sebelum ini.

"Kami sendiri pernah merasainya apabila terlepas 11 mata kepada Arsenal sebelum bangkit semula, sekali gus meninggalkan Chelsea dengan kelebihan 10 mata untuk bergelar juara musim lalu.

"Apabila kamu tewas sekali dalam perlawanan liga, pasukan-pasukan lain akan menggunakan kelebihan tersebut untuk memintas kamu. Perkara ini dapat dilihat dengan menjelang Mac tahun depan," kata Ferguson.

United berpeluang untuk merampas kedudukan selaku pendahulu liga sekiranya menewaskan Wigan Athletic di Old Trafford malam ini sambil mengharapkan City tewas kepada West Bromwich Albion dalam satu lagi perlawanan. - AFP


P/s : Chelsea tetap terbaik...koh koh koh...
1 Komentar untuk "ALEX FERGUSON KETAKUTAN. WOAHHA!"

Ooo... Chelsea rupanya ehhh..

MU akan tetap mengejar takhta.. kehh3...

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD