Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

RAYUAN DERMA UNTUK MASJID PERTAMA HIROSHIMA. DEMI ISLAM YANG KITA JUNJUNG ATAS JEMALA - @DENAIHATI @NAJIBRAZAK


Bismillahirrohmanirrohim...

Assalamualaikum dan salam satu dunia untuk sekalian para pembaca di sini. Izinkan pendekar untuk memohon bantuan sekalian saudara se-Islam untuk membantu merealisasikan pembinaan sebuah masjid di Hiroshima, Jepun.

Entri ini adalah atas permintaan rakan blogger yang mahu pendekar bantu sebarkan mengenai permohonan ini. Apa salah jika kita luangkan sedikit masa dan tenaga untuk merealisasikan impian murni saudara seIslam yang ingin melihat sebuah masjid terbina indah nun jauh di Hiroshima, Jepun sebagai tanda bahawa umat Islam semakin berkembang di sana. Sama-sama kita bantu mereka untuk merealisasikan impian mereka agar kelak, jika diizinkan ALLAH, mereka mampu untuk beribadah dengan lebih baik dan terbuka di sana.

Juga jika diizinkan ALLAH, mereka mampu menyebar-luaskan dakwah Islam di sana. Jadi, apa salah kita bantu mereka bukan? Kita di sini punya beribu-ribu masjib dan berpuluh ribu (mungkin ratusan ribu) surau dan madrasah untuk beribadat, tetapi mereka yang di sana tidak memiliki masjid walau satu pun. (betulkan andai pendekar salah).

Rayuan derma ini adalah rentetan dari deposit 22 juta yen Jepun yang akan hangus jika 7.3 juta yen lagi tidak mampu di kumpul selewat-lewatnya 25 NOVEMBER 2011 ini. 7.3 juta yen itu bersamaan dengan RM 300 ribu. Dan setakat ini mereka telah berjaya mengumpul sebanyak 32.7 juta yen. (sumber)

Apalah sangat 300 ribu itu bukan jika kita memiliki lebih kekayaan?? kalau setiap orang derma RM10, cukup sekadar 30 ribu orang dari semua umat Islam yang lebih daripada 18 juta di Malaysia ini sudah lebih dari mampu untuk merealisasikannya. Ia hanya mengenai mahu atau tidak kita menyebarkannya.

Jika anda mahu menderma, langsung saja ke laman fan page FACEBOOK yang berkaitan, APPEAL FOR HIROSHIMA MASJID yang memberikan kepada anda semua maklumat yang anda perlukan untuk menderma mahupun tidak. Mudah-mudahan sekecil-kecil sumbangan kita mampu merealisasikan Masjid Pertama di Hiroshima nanti. Amin.

Besarlah kiranya jasa anda sekalian yang menyumbang kepada pembinaan rumah ALLAH. Hanya dia yang layak menganugerahkan balasan yang terbaik untuk anda. Dan pendekar doakan moga-moga anda sekalian di murahkan rezeki. Ingatlah...

"Tangan kiri yang memberi itu lebih baik daripada tangan kanan yang menerima...."

Salam indah persaudaraan se-addin...(^_^)...
3 Komentar untuk "RAYUAN DERMA UNTUK MASJID PERTAMA HIROSHIMA. DEMI ISLAM YANG KITA JUNJUNG ATAS JEMALA - @DENAIHATI @NAJIBRAZAK"

Allahuakbar! semoga bumi matahari terbit semakin brcahaya dlm pancaran sinar Iman dan Islam~

saya adalah salah satu pengikut blog abag pendekar..tahniah atas entrynya yg bgus..truskan usaha murni itu..saya sentiasa menyokong dari belakang..

subahanallah....

salam kenal folow kamu
http://cikwanielovela.blogspot.com/

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD