Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI - SEBUAH KISAH BENAR

Bismillahirrohmanirrohim...

Ini adalah apa yang ingin pendekar kongsikan bersama anda...kisah benar mengenai kasih sayang dan cinta seorang isteri kepada suaminya...sehinggalah dengan kasih sayangnya itu, dia berpisah nyawa dengan suaminya buat selama-lamanya...Kisah ini adalah kisah sahabat baik pendekar sendiri yang bernama Nami (bukan nama sebenar..)

Kisah ini bermula lama dahulu...kisah percintaan mereka...kisah yang memaktubkan mereka untuk membina sebuah singgahsana indah bernama perkahwinan...Pendekar sempat menghadirkan diri di majlis perkahwinan pasangan ini semasa di Kuantan..sempat jugalah pendekar bertemu dengan kedua-dua insan ini...

Selepas itu, pendekar tidak lagi bertemu mereka...kerana mereka sudahpun bergelar suami isteri...dan amatlah tidak wajar untuk pendekar menganggap rakan pendekar itu masih bujang lagi bukan?? Justeru itu, pendekar tidak pernah lagi bertemu dengan rakan pendekar..

Nami, adalah panggilan dari pendekar sejak dari zaman persekolahan..kami bersahabat sejak pendekar di Tingkatan dua lagi...dari situlah persahabatan kami bermula...Dari situlah juga kami mula join badan dakwah dan ibadah..majlis-majlis ilmu...mengaji..sehinggalah kepada aktiviti yang di anggap bebal oleh orang lain..."berjogging selepas sembahyang subuh di bulan RAMADHAN!"...agak gila bunyinya...tetapi itulah yang kami selalu lakukan untuk menguji ketahanan diri...

Mukaddimah yang mungkin agak panjang...lain kali sahajalah pendekar ceritakan tentang sahabat pendekar ini ya...kita kembalikan semula kepada asal...


Selepas kira-kira sepuluh bulan usia perkahwinan Nami dan isterinya...suatu hari, isterinya datang untuk menjemput Nami dari Kuala Lumpur ke Kuantan...Walaupun dalam keadaan masih letih dan penat...diteruskan juga niatnya untuk bertemu dengan suaminya hanya kerana rindunya pada sang suami...

Ketika sampai di Gambang, hanya beberapa kilometer sahaja lagi untuk sampai ke Kuantan..di situlah detiknya yang memisahkan mereka untuk selama-lamanya... Kasihnya seorang isteri termaktub di dalam perjalanannya untuk mengejar cinta seorang suami... Dan demi cintanya kepada suaminya, sanggup bersusah payah untuk menahan kepenatan dan kantuk yang menyerang...

Kereta yang di pandu oleh sang isteri telah terlibat di dalam kemalangan...kemalangan yang sangat ngeri melibatkan kereta dan lori... sang isteri meninggal dunia di tempat kejadian...dengan perasaan cinta dan rindu yang tidak sempat untuk diluahkan...Sungguh kasihan bukan??

Dan untuk pengorbanannya itu, mudah-mudahan ALLAH memberikannya suatu ganjaran pahala yang paling besar buatnya...kerana amat sukar untuk menemui seorang isteri yang begitu mencintai suaminya masa kini...

Demi Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta sekalian isi-isinya...mudah-mudahan syurgalah balasan buat sang isteri...Amin...

Tatkala mendengar cerita sedih itu dari sang suami...pendekar terdiam tanpa kata...sungguh tak mampu terluah...cintanya seorang isteri kepada suaminya membawanya pergi meninggalkan dunia...alangkah hibanya hati mendengarnya....

Saat ini, sehingga cerita ini di tulis, pendekar masih belum lagi bertemu dengan sahabat pendekar itu...mudah-mudahan dipermudahkan ALLAH untuk suatu hari nanti pendekar datang menemuinya...Amin....

Persoalannya...bisakah kita temui lagi seorang isteri yang mencintai dan mengasihi suaminya lebih dari segala-galanya?? Sehingga baginya, suaminyalah yang terbaik yang dianugerahkan oleh ALLAH s.w.t untuknya.... Jika ada...sebutkanlah...mudah-mudahan hati pendekar ini akan lembut untuk menerima hakikat betapa seorang isteri itu adalah yang terbaik untuk seorang suami...

Juga jika semua isteri mencintai suaminya walau seburuk apapun dia...mudah-mudahan tiada lagi kes-kes cerai berai di mana-mana...Amin...

Untuk itu, izinkanlah pendekar noktahkan segalanya di sini ya sekalian.... mudah-mudahan anda di bawah lembayung perlindungan Yang Maha Melindungi... Amin...

Salam hati dan salam perjuangan dari Pendekar Berkuda....
6 Komentar untuk "PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG SEORANG ISTERI - SEBUAH KISAH BENAR"

memang sukar nak cari pasangan sebegitu..

:) :) :)
i'm back
terbaeekkk!!!!
jengjalan dari mknace unlimited

sedihnya pendekar:'( semoga roh arwah berada di sisi org2 beriman!

utk pengetahuan pndekar...msih ade lg wanita yg brgelar isteri snggup brkorban apew sje utk suami trsayang.... sy sbgai isteri pn snggup brkorban apew sje utk suami sy lbey2 lg kalo 2 yg buat dye bhgia....tp kdang2 Allah 2 Dia jodoh kn kte psangn yg brlainan sifat... ade kew suami yg snggup brkorban utk isteri????????? :-).......

x kisah buruk mana pon..selagi dia bergelar isteri/suami kenalah sayang dan cintainya..

kisah yg begitu m'yedihkan..t'ingat di zmn p'sekolahan setelah sekian lama d'tgglkn..ermmmm

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD