Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

DUNIA BLOG KINI HANYALAH SATU KISAH KEBIASAAN : PART 2

Bismillahirrohmanirrohim...

Bukan mahu menidakkan pendapat ramai...tetapi hanya mahu berkongsi rasa apa yang ada... Bukan mahu mengungkapkan kata demi mencapai kepuasan...tetapi itulah hakikat...Kesunyian yang dihadapi dalam dunia blogging bagaikan satu kenyataan yang pahit untuk di telan... 

Tertarik dengan pendapat teman blogger yang mengatakan bahawa dunia blog kini hanyalah satu dunia blog yang kecil sahaja...masing-masing hanya tertakluk kepada kelompok mereka sahaja...berbanding dengan dunia sebelum ini di mana lompatan dan jelajahan dunia blogging melangkau lebih daripada itu..

Itu hanyalah satu perkara kecil yang mungkin tidak mahu di amnil peduli oleh kebanyakan orang yang mengenali apa sebenarnya erti sebuah dunia blog... Jika wang adalah satu kejaran...di manakah nilai kasih sayang?

Jika sebelum ini, dunia blogging adalah dunia yang besar...di mana-mana kita boleh lihat kebanyakan blogger berada di situ...melompat dari satu tempat ke satu tempat...rajin mengomen entri-entri rakan... juga dengan kemeriahan segala jenis segmen, giveaway, dan pertandingan yang dianjurkan oleh para blogger untuk blogger...


Jika dulu nuffnang adalah satu isu yang menyokong keakraban persahabatan para blogger...kini tidak lagi... apabila blogger mula melangkah ke tempat yang lebih baru dan canggih yang menutup segala jenis kasih sayang yang ada...

Bagi diri pendekar pula...kisah silam yang pahit akibat penangan serangan dari rakan blogger sebelum ini benar-benar mematikan rasa untuk berblogging dan bercampur dengan ramai... Jika tidak kerana mereka semua menyerang pendekar di dalam entri..pendekar tidak akan berubah... InsyaALLAH... Namun hakikat bahawa serangan itu banyak mengajar pendekar untuk jadi lebih low profile tidaklah mampu untuk di tolak...

Kini, kenangan tetaplah kenangan...dunia blog tidak mungkin kembali seperti dahulu di mana kita semua bagaikan satu keluarga yang besar... mahu atau tidak...itulah hakikat yang nyata...

Maka...sekian sahaja dari pendekar untuk luahan kali ini... Mudah-mudahan kalian akan hidup baik-baik ya??? 

Salam perjuangan dan salam hati untuk kalian dari Pendekar Berkuda....
5 Komentar untuk "DUNIA BLOG KINI HANYALAH SATU KISAH KEBIASAAN : PART 2"

bila masa berlalu, manusia berubah begitu juga dengan blog yang mana dikawal oleh manusia :)

ya, dunia blog telah sedikit-sebanyak berubah..

penekar.. x kirela ape pendapat pendekar..
yg pasti.. jom kite kekalkan dunia blog yg mcm kite dulu2.. sewaktu lady br je belajar erti berblog.. msg2 saling support dan tolong lady bina blog lady sendiri.. mereka ajar melalui chatbox.. termasuk pendekar.. sampailah ldy jd spt skrg.. pendekar x perlu fikir sal org.. pendekar jadi spt pendekar dulu.. x disangkal ramai yg berubah.. dan jangan disangkal.. masih ramai yang tak berubah..

leh cakap 1 jer..
TERUSKAN BBLOGGER:)

bangga dgn pendekar yg masih meneruskan perjuangan. teruskan =)

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD