Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

DATO SHAHRIZAT JALIL WAJIB DI BUANG JAWATAN. NOKTAH!

Kes penyalahgunaan wah projek Fidlot yang menggemparkan negara apabila Menteri yang bertanggungjawab menyalahgunakan peruntukan yang ada untuk projek tersebut. Kes ini bukan kes terpencil kerana akibat perbuatan pecah amanah ini memberikan kesan yang tidak sedikit kepada tujuan sebenar perlaksanaan projek tersebut. Juga menyebabkan sasaran yang seharusnya di capai langsung tidak kelihatan.

Kes pecah amanah seperti ini juga seperti mana-mana kes pecah amanah yang lainnya menuntut pertanggungjawaban yang sepenuhnya oleh pelaku. Wajib untuk dilaksanakan sebarang hukuman yang selaras dengan hukum yang telah termaktub di dalam negara.

Tambahan lagi, Datok Shahrizat bukanlah seorang pemimpin yang dipilih dari undi malah kalah dalam pilihanraya umum yang lepas. Bukan sahaja beliau sudah tidak mampu lagi meneruskan tugas dengan penuh iltizam, malah kes ini telah menyebabkan kerajaan di pandang sebagai tidak adil kepada rakyat. Dan ini adalah liabiliti yang sungguh menyemakkan.

Tindakan yang tegas wajar di ambil terhadap si pelaku memandangkan kes ini adalah kes berprofil tinggi yang memusnahkan kepercayaan rakyat kepada pemimpin kerajaan yang diberikan amanah. Tindakan gantung atau buang dari jawatan adalah tindakan yang paling wajar dilakukan sebagai satu amaran keras supaya tidak lagi akan ada pemimpin-pemimpin seperti ini di dalam kerajaan.

Kita telah mendengar tidak sedikit mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan yang pecah amanah dan membolot sedemikian banyak wang-wang peruntukan untuk projek kebajikan rakyat. Malah sudah jenuh untuk mengatasinya tetapi kenapa pemimpin tersebut masih lagi di beri kepercayaan untuk memegang mana-mana jawatan? Apakah sudah tidak ada wakil pelapis yang mampu untuk melaksanakannya dengan lebih berkesan?

Sudah-sudahlah tu wahai orang-orang tua. Umur bersara wajib bagi sektor kerajaan sudahpun ditambah lagi. Konon-konon untuk mengelakkan sebarang projek yang dilakukan diselesaikan sepenuhnya. Namun apa yang mereka terlepas pandang adalah pucuk-pucuk muda yang di cantas akarnya untuk tumbuh berbakti kepada bumi yang di pijak.

Berilah peluang kepada generasi pelapis muda pula untuk memerintah dan mengatur perjalanan negara. Orang-orang tua boleh menjadi tempat mereka untuk meminta pendapat dan pedoman. Menjadi pemandu ke arah jalan yang selebihnya. Biarkan generasi muda menentukan masa depan negara. Kerana merekalah pemimpin yang akan mengepelai negara di masa hadapan.

Suara generasi muda. Biarkan ia berkumandang setinggi-tingginya!! Apa mereka fikir cuma mereka saja yang hidup di dunia ini? Lupa pada pepatah. HIDUP UMPAMA RODA. Dan hakikatnya. HIDUP MEMANG SEPERTI RODA! Kerana itulah kita dengar istilah, roda dan kitaran kehidupan.

Yang di atas, pasti akan ke bawah. Siapa yang tidak sedar. Hancurkan saja segalanya.


SHAHRIZAT JALIL WAJIB DI LUCUTKAN JAWATAN~!! NOKTAH~!!!
4 Komentar untuk "DATO SHAHRIZAT JALIL WAJIB DI BUANG JAWATAN. NOKTAH!"

dh terbukti kesahihannya ker?

ape kes ni??? lame tak tengok berita..tapi kalau terbukti wajib la letak jawatan... mkn duit yg diperuntukkan utk rakyat ... hurmm... yg kaya makin kaya yang miskin macam tu je la sampai bila2...

kalau menteri KPWKM itu lelaki, ok tak?? :-)

Menteri yang terlibat ialah Menteri Asas Tani dulu YAB TS Muhyiddin Yassin, dan sekarang YB D Noh Omar....Shahrizat tak terlibat secara langsung, tapi tidak mungkin jahil langsung tentang kepincangan pengurusan NFC itu. Shahrizat kalah dlm PRU 12 di Lembah Pantai, PRU 13 Lembah Pantai mungkin diberi kpd Sen. R Nong Chik.....Dato Shahrizat nak bertanding di mana tak pasti....mungkin ramai tokoh terlibat dengan NFC...ni baru tips of the iceberg

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD