Pblegacy.Org™

Pblegacy.Org™ | Blog TravelBlogger di bawah payung Pblegacy Network™

CINTAKU MILIKMU, TUBUHKU MILIKNYA.

Bismillahirrohmanirrohim...

Bukan sengaja ingin membikin tajuk seperti ini, namun apa yang pendekar ingin kongsikan adalah sesuatu yang semakin membarah di dalam masyarakat kita terutama sekali di dalam masyarakat Islam dan Melayu.

Mengambil situasi semasa sebagai petunjuk keadaan semasa, dapatlah disimpulkan kini bahawa perhubungan kini adalah sangat murah, murah sekali sehingga mampu di nilai hanya dengan wang ringgit sahaja. Bukankah itu mencerminkan kepada kita bahawa perhubungan itu sendiri bisa di ukur dengan kebendaan semata?  Alangkah murahnya maruah dan harga diri kita.


Di sebalik cerita "Cintaku Milikmu, Tubuhku Miliknya" adalah ulasan mengenai kejadian yang semakin banyak berlaku di dalam institusi kekeluargaan umat Islam. Kisah kecurangan sang isteri bersama lelaki lain yang memporak-perandakan institusi kekeluargaan yang ada di dalam masyarakat. Juga kisah lelaki bejat yang mengambil kesempatan di sebalik kekurangan yang ada pada diri perempuan.

Kebanyakan kisah kecurangan isteri ini berlaku kepada mereka-mereka yang bekerja. Yang memiliki masa yang lebih banyak bersama orang luar berbanding bersama keluarga mereka sendiri. Kebanyakan perkara ini berlaku ketika ruang lingkup pekerjaan membolehkan lelaki dan perempuan bergaul secara bebas. Di situlah titik mula proses kecurangan ini berlaku.

Suami orang dengan isteri orang, isteri orang dengan suami orang, anak dara dengan suami orang, duda, bujang, dan suami orang dengan isteri orang, anak dara orang mahupun mak-mak orang. Semuanya kini semakin banyak kelihatan akibat sikap kita yang memandang rendah kepada nasihat Baginda Rasulullah Sollalluhu'alaihiwasallam.

"Tidak boleh keluar rumah seseorang wanita itu kecuali di temani dengan mahram"

Berapa kerat wanita dan lelaki yang mengambil pengajaran ke atas ayat di atas ini? Berapa kerat ibu bapa yang mengambil berat akannya? Kita tidak mahu langsung mengikut segala apa yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah kepada kita tapi kita sibuk hendak membetulkan "bangunan yang senget."

Masalah utama kita untuk membanteras masalah sosial adalah WANITA atau PEREMPUAN atau GADIS atau segala yang berkaitan dengannya. Masalah utama kita adalah bagaimana untuk menyedarkan ibu-ibu dan bapa-bapa, para suami dan isteri tentang tanggungjawab sebenar mereka.Untuk menyelamatkan UMMAH, yang terlebih dahulu perlu diselamatkan adalah para wanita dan generasi muda.

Jika tidak, harapan untuk melihat sebuah masyarakat yang benar-benar generasi pemegang panji-panji Imam Mahdi hanyalah satu angan-angan kosong. Menyelamatkan generasi muda itu lebih daripada wajib untuk kita semua lakukan. Dan dalam semua itu, menyedarkan wanita Muslim mengenai peranan sebenar mereka adalah fardu kifayah buat sekalian pejuang-pejuang Islam. Tak usah dibiarkan mereka terkapai-kapai. Kelak, merekalah penyumbang terbesar kepada kemusnahan generasi muda yang seterusnya.

Berbalik kepada tajuk, selagi wanita memasuki pasaran pekerjaan, selagi itulah masalah-masalah sosial tidak akan mampu terbendung dengan sendirinya. Meski kita himpun sepuluh ribu juta makhluk di muka bumi ini, tidak akan mampu untuk membendung masalah ini. Kerana pengaruh pergaulan bebas adalah satu malapetaka terbesar buat umat Islam.

Tidak Percaya? Percayalah...

Salam Indah Hari Jumaat...Moga keberkatannya sentiasa bersama anda sekalian. Amin...

Aku lakarkan rasa hati..
di sini terus meladeni...
pinggir-pinggir pantai yang memutih...
menyaksikan desiran ombak yang menghempas...
kasar dan keras...
umpama tamparan dunia yang kejam lagi bengis..
menampar tanpa rasa simpati pada diri...
sehingga aku pingin untuk menangis...
menghitung dosa-dosa silam yang pernah tercipta...
lewat gugusan awan yang berarak hiba...


masihkah ada sinar ceria...
pada langit yang setiap hari menangis pilu?

.....
0 Komentar untuk "CINTAKU MILIKMU, TUBUHKU MILIKNYA."

Seni menghuraikan topik adalah curahan dari rasa hati yang merasa. Anda boleh memberikan maklumbalas sesuka hati anda. Tapi sebarang ulasan yang tidak berkaitan dengan topik mohon dielakkan. Begitu juga ulasan yang bersifat memalukan. Terima kasih kerana bekerjasama.

 
Copyright © 2014 - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info - PB Networks - Buku Rujukan PTD